Thursday, May 3, 2012

Ayat Mau Power~

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba teringat soalan-soalan power anak-anak sedara aku. 

Kes 1

Masa tu kenduri dekat kampung ja, kak aku drive masa pi kenduri, time balik dia suruh aku balik dulu, bawak anak-anak sedara aku balik. Masa nak bawak tu, tiba-tiba anak sedara aku yang masa tu umur dia 5 tahun bersuara. 

Anak sedara  : Awak reti bawak kereta ke tak ni?

Aku : Erkk ? gheti la...( padahal nervous gak aku pon)

Haha, lawak gila aku rasa. Masa tu aku baru ja pandai drive kereta. Manual. Jadi kadang-kadang masuk gear main bedal ja, tak pandai bajet lagi masa bila nak pakai gear 1 bila masa nak pakai gear 2 bla bla. So bila dia tengok aku ni macam terkial-kial ja, terus tanya soalan macam tu dengan expression muka yang suspicious. Haha. Dia panggil aku awak sebab dia asyik lupa pangkat aku. Tambah-tambah mak ngan bapak sedara dia ramai sangat, dan jarang-jarang balik kampung. Haha

Kes 2

Anak sedara : Mak Teh tau tak terjemahan Surah Al-Fatihah?

Aku : Erkk ? Hm...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasi...hmmmm..errr...

Tetiba dia potong line. 

Anak Sedara : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasi hari pembalasan. Hanya Engkau kami sembah dan memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan yang engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat.

Lancar tanpa sekat-sekat. Malu oi. 

Anak sedara aku yang sorang ni macam ala-ala ustazah sikit. Baru darjah 4. Bagus la tu. Tapi yang buat aku terkejut tu boleh pulak mai soal aku. Nasib la Surah Al-Fatihah. Ada gak la aku hafal. 

Ada banyak lagi, tapi yang aku dok teringat sampai sekarang dua kes ni la. Budak-budak sekarang ni agak outspoken betoi. 

Wednesday, May 2, 2012

ShowDown Twenty Twelve ~

Assalamualaikum WBT

Showdown 2012 is back. Semalam dah start top 12 punya persembahan. Selepas 2-3 minggu pemilihan yang melibatkan battle, meltdown. Penat kot nak tunggu Maple Loo & Joe Flizzow pilih top 12.

Bagi aku tahun ni tak ada crew yang mcm Elecoldshot macam tahun lepas, kebanyakkan sama ja, dan tahun ni banyak group yang mempunyai sorang bunga yang dikelilingi kumbang. 

Antara 12 group yang telah membuat persembahan semalam. 

Soul Gang - best gak depa ni, ala-ala Floor Fever aku penah minat dulu, lagu yang dipilih pon best berbanding crew-crew lain semalam yang pilih lagu yang tak berapa nak best. 

Syko Breakerz Crew - tak berapa best sangat, biasa ja 

The Hype - best jugak, ada 4 orang ja ahli kumpulan, nampak macam tak lengkap. 

Inversion - best jugak

E.G.S Monster - best jugak, depa ni pernah masuk untuk 2010 ka 2011 ntah, tapi kali ni depa nampak lain.

D'Vol Blacky Wacky - boleh tahan la.

Project Elementz - besa ja bagi aku, tapi dapat pujian Maple ngan Joe. 

Kitta Move - best. Mai dari Sabah

Walawei - best gak. Budak sekolah lagi. Better pi sekolah dulu la. Dah habis baru masuk SD. Haha

Dem Lepak Boyz - boleh la.

We Taking Over - serabut sikit, besa la banyak B-Boy dalam group

Soul Crazy - Semua perempuan. Aku rasa macam best. Sebab masa time depa perform, aku tertidoq la. Adoi. 

Persembahan Bebas, without specific theme, but next week, dah start ada theme. Minggu depan 90's punya Music Genre. 

Pesembahan yang menarik bagi aku adalah Soul Gang & Kitta Move. 

Crew mana yang masuk battle semalam pon aku tak pasti, sebab dah hanyut dibuai mimpi yang tak sudah. Ada ka penyingkiran? Hmmm....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...