Kemarin bersamaan 16 Julai 2012. aku sempat melayan Ice Age 4: Continental Drift 3D kat Big Cinema, Kulim bersama adikku.Harga tiket RM18. mahal tu. Pastu beli tiket hampir 10 minit terlewat. Walaupun pada dasarnya aku hanya tengok Ice Age 1 tanpa menghayati Ice Age 2: The Meltdown dan Ice Age 3: Dawn of Dinosaurs. Jadi aku tak berapa pasti cerita ni adalah sekuel daripada Ice Age 3 ataupun tak.
Love Diego sebab wataknya yang sentiasa COOL dan tak lupa si Scrat yang sentiasa melucukan |
Ni kira pertama kali aku dengan terbuka hatinya nak tengok movie animasi. Selalunya aku tak berapa suka layan cerita kartun kat panggung wayang. Tapi Ice Age ni sememangnya best dan tak mengecewakan kot. Kelakor. Cuma yang tak berapa nak best sebab ianya 3D. Aku pening sikit tengok cerita jenis dalam 3-Dimension ni. Tambahan kena pakai spec yang tak berapa cool 2. Sangat spoil.
Ice Age kali ni rasanya berkisar pasal Manny the Mammoth nak kembali kepada familinya selepas terpisah ke tengah laut yang luas semasa berlaku perpecahan pada struktur tanah. Jadi bermula la pengembaraan Manny, Diego, Sid dan Nanny untuk kembali semula ke daratan untuk bertemu dengan famili Manny and haiwan-haiwan lain. Dalam perjalanan depa tu, terserempak pulak dengan seekor monyet huduh dan agak keji, Captain Gutt (lanun) dengan anak-anak kapal yang jahat tetapi agak blurr. Berlaku beberapa aksi sepak menyepak, tumbuk menumbuk, terpelanting sana sini sebelum berjaya mengalahkan geng-geng pirate tersebut.
Sesuai jugak ditonton sebab cerita ni ringan, tak serabut kepala, boleh enjoy gelak-gelak. Walaupun kartun, tapi ada jugak pengajaran yang boleh dijadikan tauladan.