Thursday, November 14, 2013

Trick Art Museum ~

Assalamualaikum wbt..

Pernah sampai Trick Museum kat I-City Shah Alam? Aku berkesempatan masuk semasa lawatan sambil belajar 22 Mei 2013. Okay jugak la, cuma kalu nak gambor-gambor tu nampak real (3D) kena pandai cari angle yang sesuai. So kalu pro-photographer mungkin tiada masalah untuk capture gambar gambar yang superb.

Trick Art Museum ni salah satu tarikan yang ada di I- City. Bagi aku I-City ni macam Genting Theme Park, Pulau Sentosa Singapore yakni ada macam-macam dalam satu tempat. Tak caya tengok Maps I-City ni:


Besor kan.. Haa jenuh gak la nak berjalan. Siang tak berapa cantik, malam cantik sebab ada City Digital Light tu kan. Siap ada Water World lagi. 

Jom layan gambor - gambor yang tak seberapa ; yang di-snap sendiri, ada banyak lagi tapi malas nak upload. Nak lagi puas, kena la pergi dan alaminya sendiri. HEHE

Gambaran di luar. Abaikan mamat kat atas : Sukri


Pic ni macam sempoi sikit. Lakon oleh Izzat Syahmi & Fadhlan

Kaki Posing ini Budak : Nad
Nampak sangat berlakon: Mo En
Apa motif depa ni? Haha : Adib, Mo En, Fadhlan & Izzat
Susah betoi nak cari angle bagi nampak real : Awang & Akmal 
Pose Anggun : Cik Sue
Sekali lagi: Nad

Kalau time kita masuk tak ramai rasanya best sikit nak posing. Bayangkan kalau ramai-ramai? Tambah-tambah untuk golongan yang pemalu dan tak suka bergambaq macam aku ni. Sekian ;)

BUNOHAN~

Assalamualaikum wbt. 

Kembali menulis ke blog yang suram, dull colour. bersawang (bahasa blogger- la sangat) dan yang penting followers yang tak bertambah sejak blog ini dilancarkan. Sangat sedih bunyinya tapi aku tak la sedih sangat pon sebenarnya. HAHA.

So apa topik yang aku nak bincangkan hari ini? Sebenarnya topik ada tetapi idea menulis kelaut. HAHA.

Dimulakan dengan KES BUNUH...Sangat mengerikan.Menjadi-jadi kes bunuh sekarang ni. Asal bukak berita ja wajib ada kes bunuh. HAIZ. Belum jadi depan mata, kalau depan mata sendiri tak tau la chek rasa gena. Mintak dijauhkan- lah. 

Kes Bunuh Pegawai Ambank Norazita Abu Talib, Subang Jaya, 23 Oktober 2013.
Memang kejam , kerana yang membunuh dengan KEJAM,  - Pak Guard Bank ; yang di bunuh - Pegawai Bank dan merompak Bank tempat dia cari rezeki. Apa punya turr. Bila syaitan menguasai, manusia mula hilang PERIKE-MANUSIA-N. Bila manusia tidak pernah meletakkan dirinya ditempat orang yang dianiaya tersebut, benda benda begini la yang akan terjadi. TERLAMPAU MELAMPAU. Pembunuh dah ditangkap. Biar undang undang yang menilai. Hukuman duniawi. Ukhrawi belum pasti.

Terbaru tak sampai 10 hari dari hari kejadian di atas.

Kes Bunuh Penguatkuasa JAIP Ahmad Rafli Abd Malek, Dihadapan Rumahnya, 10 November 2013
Motif- belum dikenalpasti tetapi kemungkinan berkaitan dengan pengikut ajaran sesat. Gambar ilustrasi pembunuh dah diedarkan, cuma tunggu masa untuk ditangkap.

Motif kedua - dua kejadian berbeza tapi method pembunuhan adalah sama TEMBAK-MATI !

Sebenarnya banyak lagi kes jenayah yang makin menjadi-jadi sekarang ni. Bunuh, samun, rompak, rogol. Macam dah  tak berapa selamat MALAYSIA-ku ini . Malas nak sebut tindakan yang sepatutnya kerajaan perlu buat SEKARANG kerana aku ni sekadar rakyat marhaen (rakyat biasa). Perlu bertindak SEKARANG ! kerana ada rakyat dan bukan rakyat Malaysia yang dah mula hilang rasa takut dengan UNDANG-UNDANG yang digubal oleh manusia yang tak maksum. 

So pesanan aku, pandai-pandai la jaga diri, keluar rumah amalkan baca Ayatul-Kursi kerana salah satu kelebihan membaca ayat ini adalah

" Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya - mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya " 

Wallahua'lam. Baca dan yakin, insyaAllah semuanya selamat. Sumber : SINI 


Ayatul Kursi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...