Thursday, November 14, 2013

BUNOHAN~

Assalamualaikum wbt. 

Kembali menulis ke blog yang suram, dull colour. bersawang (bahasa blogger- la sangat) dan yang penting followers yang tak bertambah sejak blog ini dilancarkan. Sangat sedih bunyinya tapi aku tak la sedih sangat pon sebenarnya. HAHA.

So apa topik yang aku nak bincangkan hari ini? Sebenarnya topik ada tetapi idea menulis kelaut. HAHA.

Dimulakan dengan KES BUNUH...Sangat mengerikan.Menjadi-jadi kes bunuh sekarang ni. Asal bukak berita ja wajib ada kes bunuh. HAIZ. Belum jadi depan mata, kalau depan mata sendiri tak tau la chek rasa gena. Mintak dijauhkan- lah. 

Kes Bunuh Pegawai Ambank Norazita Abu Talib, Subang Jaya, 23 Oktober 2013.
Memang kejam , kerana yang membunuh dengan KEJAM,  - Pak Guard Bank ; yang di bunuh - Pegawai Bank dan merompak Bank tempat dia cari rezeki. Apa punya turr. Bila syaitan menguasai, manusia mula hilang PERIKE-MANUSIA-N. Bila manusia tidak pernah meletakkan dirinya ditempat orang yang dianiaya tersebut, benda benda begini la yang akan terjadi. TERLAMPAU MELAMPAU. Pembunuh dah ditangkap. Biar undang undang yang menilai. Hukuman duniawi. Ukhrawi belum pasti.

Terbaru tak sampai 10 hari dari hari kejadian di atas.

Kes Bunuh Penguatkuasa JAIP Ahmad Rafli Abd Malek, Dihadapan Rumahnya, 10 November 2013
Motif- belum dikenalpasti tetapi kemungkinan berkaitan dengan pengikut ajaran sesat. Gambar ilustrasi pembunuh dah diedarkan, cuma tunggu masa untuk ditangkap.

Motif kedua - dua kejadian berbeza tapi method pembunuhan adalah sama TEMBAK-MATI !

Sebenarnya banyak lagi kes jenayah yang makin menjadi-jadi sekarang ni. Bunuh, samun, rompak, rogol. Macam dah  tak berapa selamat MALAYSIA-ku ini . Malas nak sebut tindakan yang sepatutnya kerajaan perlu buat SEKARANG kerana aku ni sekadar rakyat marhaen (rakyat biasa). Perlu bertindak SEKARANG ! kerana ada rakyat dan bukan rakyat Malaysia yang dah mula hilang rasa takut dengan UNDANG-UNDANG yang digubal oleh manusia yang tak maksum. 

So pesanan aku, pandai-pandai la jaga diri, keluar rumah amalkan baca Ayatul-Kursi kerana salah satu kelebihan membaca ayat ini adalah

" Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya - mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya " 

Wallahua'lam. Baca dan yakin, insyaAllah semuanya selamat. Sumber : SINI 


Ayatul Kursi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...