Assalamualaikum wbt.
Cuaca sejuk sejuk ni memang boleh membuatkan mata nak terpejam. Tambah tambah pagi tadi dah bantai nasik lemak sebungkus + donut + teh o panas. Menu menu tambah lemak kat muka. Haha.
Tiada topik menarik pon nak cerita, lagipu cuti 2 hari tidak produktif langsung, semua benda yang dirancang semua aku batalkan atas sebab sebab cuaca kesihatan dan kemalasan. Hanya mengadap rancangan rancangan tv yang tak berapa membawa faedah.
Salah satu yang nak dikongsi kat sini adalah satu statement daripada sorang artis ni. Aku minat gak la stail dia macam sempoi sempoi sikit la kan. Tapi sejak dua menjak ni dia banyak tampil di depan khalayak ramai dengan salinan yang kureng sopan la sebagai seorang Muslim Melayu.
Yang menjengkelkan (betoi ka?) adalah bila peminat komen cara pemakaian artis tu dia bidas dengan ayat ayat yang bagi aku tak boleh belah. Contoh :
'saya tak suka hipokrit '
'saya g skuba diving kot, tak kan nak pakai baju kurung?? Sila suggest kat saya pakaian apa yang sesuai??
Tak boleh belah kan soalan dia. Haha.
Malu sebahagian dari iman. Kalau dah hilang rasa malu?
Aku pon tak la baik sangat, sekurang kurangnya bila dah ditegur bermaksud ada benda kita buat tu mungkin tak betul. Rendahkan ego. Terima teguran. Lagi satu tak payah sangat la berbangga dengan dosa, kalau buat dosa tak payah nak tunjuk kat orang dan biar orang lain turut buat dosa mulut, mata dan telinga. Bukan nak mengalakkan buat dosa dalam diam tapi depan orang buat buat baik macam suci sangat. At least still lagi ada rasa malu dan bersalah bila buat salah. Ada jugak orang yang jenis pandai tegur orang, depan depan buat baik tapi belakang dia yang lagi teruk. Wallahua'lam
Hadis dari Abu Said al-Kudri riwayat Imam Muslim berkenaan dakwah ini. Maksud hadis itu- Jika kita tengok maksiat, kita wajib tegur dengan kuasa. Jika tak mampu, tegur dengan mulut, jika tak mampu, tegur dengan hati dan itu ialah selemah-lemah iman.
Hadis ini disalin (bukan dia yang buat hadis ni dia just sertakan statement beliau dengan hadis ini, jangan salah faham) dari blog Bayyinat : Dia kawan aku. Macam mana aku nak tegur dia?
Bagi pendapat aku, kalau tegur dengan kuasa boleh dimaksudkan dengan pemimpin macam ayah suami abang bapak saudara ulama kakak ibu dan sebagainya. Tegur mulut pulak mungkin kawan kawan sebaya kawan kawan rapat tapi selalunya yang rapat ni la yang tak terkeluar dari mulut teguran tu. Tambah kalau jenis tak boleh terima teguran, confirm tarik muka.
Bagi situasi artis yang diceritakan tadi, artis tersebut ditegur melalui instagram, twitter iaitu laman sosial yang tengah top sekarang. Ini dikategori sebagai teguran melalui kuasa/mulut/hati? Kalau diistilahkan sebagai kuasa laman sosial?? Hmmm...
Jom audit diri sendiri. Kita kategori yang mana satu?
Kata -kata Prof Muhaya :
Pilih untuk sentiasa berhati lembut dan hilangkan sifat keras hati. Sebagaimana kita tidak menyukai orang yang keras hati maka kita didik diri sendiri
Jom jaga pandangan dan pendengaran utk menjaga iman. Kaum wanita jaga aurat solat dan pergaulan. Jika kita banyak masaalah audit diri
"Aku rasa terkejut orang yg bercakap tentang malu- tetapi ia tidak malu dgn tuhan dgn maksiatnya"- Imam Ghazali
No comments:
Post a Comment