Tuesday, July 26, 2011

Lambat sudah~

Assalamualaikum

Hari ni aku lambat lagi. Aduss. Ni semua gara-gara kes sambung tidoq balik. Aku ni benda paling susah nak buat dalam hidup. BANGUN PAGI. Memalukan betol.

Bila dah lambat, sure sampai tempat kerja pun lambat. Bila dah scan dah merah. Minggu ni dah 2 kali aku merah. Setakat ni tak la kena sound dengan big boss. Tapi kena perli dengan member-member ada la jugak. Sekali pernah member aku cakap aku ni MISS MERAH. Tapi aku tak ambik hati. Sebab memang betoi. Haha.

Antara faktor utama aku sampai lambat, semestinya la sebab bangun lambat. Tapi ditambah dengan faktor-faktor lain menyebabkan aku bertambah-tambah lambat. Kalau lambat sebab bersolek sakan, memang tak boleh terima la, tambah-tambah kalu aku dah lambat, 5 minit ja aku boleh bersiap. 

Faktor-faktor sampingan yang aku sebut tadi adalah seperti berikut.

1. Kebanjiran Kenderaan Berat 
Memang tak dinafikan la, laluan yang aku selalu guna untuk mai keja memang menjadi laluan fevret kepada lori-lori, treler-treler yang berganda besaq daripada kereta kecilku. Tak kisahlah depa nak guna jalan tu, tapi masalahnya bila dah berat, mesti la lambat. Hadoi. Kadang-kadang aku boleh ja sampai tepat pada waktu, tapi disebabkan kemunculan makhluk raksasa ni, aku lagi la lambat. Nak membuat pemotongan memang tak selamat. Dah la single lane. Kalau dua lane macam kat highway tu kan senang. 

Jadi aku rasa, kenderaan berat macam depa ni kena la start bergerak dalam pukul 8.30 keatas. Tambah-tambah waktu kemuncak orang nak pi keja dalam area 8.00-8.30 pagi. Lepas tu depa nak beratur dari Sungai Petani sampai Padang Serai pun tak pa dah. 

2. Kereta Mahai Tapi Bawak Slow
Ni satu lagi aku pantang, pakai kereta cun mahai dah, tapi bawak pulak slow. Tengok meter 240km/j...tapi bawak tak sampai 80 km/j kot. Aku nak potong satgi depa kata tak padan ngan kereta kecik. Tapi aku potong kalau  selamat, time tak selamat tu yang aku agak bengang. Macam tadi, pakai Toyota Vios, bawak slow, pastu time 2 lorong dia ambik belah kanan, belah kiri pun banyak kereta. Sabaq ja la. 

3. Traffic Light Tak Munasabah
Ada la traffic light sebelum sampai tempat kerja aku lembab nak mampos. Padahal jalan tu tak sibuk sangat pun. Kalau ada number aku rasa kena tunggu 99 saat dah. Kadang-kadang tak dak kereta pun, kena jugak tunggu. Aduhai. Patutnya orang yang set tu, usha line la dulu. Baru set. Ni men tembak ja. 

Aku bukan la nak buat alasan. Tapi benda ni hanya nak membantu orang yang kadang-kadang terlambat bangun. Bukan sengaja pon nak bangun lambat. Haha. Boleh terima ka. 

Ni pendapat aku ja la, sebab rumah aku dikira jauh gak dari tempat kerja. Kalau sapa-sapa yang dekat, tapi mai lambat gak. Aku no comment la.Haha

:: L.e.w.a.t ::

seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.



Monday, July 25, 2011

Lama sudah~

Assalamulaikum

Haha..lama betul den tak tulis. Sejak dua menjak tiga menjak ni asyik menjenguk blog orang. Blog sendiri bersawang. Den tengok follower pun tak bertambah. So rasa boleh stop sementara aktiviti posting memosting. Haha. 

Lagipun tak dak cerita best pon yang jadi dalam hidup den selama den tak menulis. Banyaknya benda yang jadi menghabiskan duit den, menyakitkan hati den. Den pulak memang tak suka sangat nak kongsi kesedihan dan kepayahan den. Rasanya elok den simpan dalam. Biaq makan dalam. Biaq den sorang-sorang ja tanggung. 

Pejam celik pejam celik minggu depan dah masuk Bulan Ramadhan. Aii..cepat sungguh la masa berlalu. Tapi den ja yang tak banyak berubah. Masih ditakuk lama. Kalau ikutkan kita perlu ubah diri kita. Maksudnya hari ni perlu lebih baik daripada semalam. Tak boleh lebih teruk. Tapi den rasa, kadang-kadang tu ja lebih baik, selalunya lebih teruk daripada semalam. 

Tapi Ramadhan tahun ni den macam berazam nak buat sesuatu, tapi tak tau la menjadi ka tak. Haha. Kang den takut orang cakap den nak menunjuk-nunjuk pulak. Tapi biaq la orang nak mengata den ni hangat-hangat tahi ayam ka. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Mungkin tahun ni kita tak boleh sempurnakan, InsyaAllah kalau ada umur yang panjang, bertemu lagi dengan Ramadhan, kita boleh perbaiki lagi. 


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...