Assalamualaikum
Bila dah lambat, sure sampai tempat kerja pun lambat. Bila dah scan dah merah. Minggu ni dah 2 kali aku merah. Setakat ni tak la kena sound dengan big boss. Tapi kena perli dengan member-member ada la jugak. Sekali pernah member aku cakap aku ni MISS MERAH. Tapi aku tak ambik hati. Sebab memang betoi. Haha.
Antara faktor utama aku sampai lambat, semestinya la sebab bangun lambat. Tapi ditambah dengan faktor-faktor lain menyebabkan aku bertambah-tambah lambat. Kalau lambat sebab bersolek sakan, memang tak boleh terima la, tambah-tambah kalu aku dah lambat, 5 minit ja aku boleh bersiap.
Faktor-faktor sampingan yang aku sebut tadi adalah seperti berikut.
1. Kebanjiran Kenderaan Berat
Memang tak dinafikan la, laluan yang aku selalu guna untuk mai keja memang menjadi laluan fevret kepada lori-lori, treler-treler yang berganda besaq daripada kereta kecilku. Tak kisahlah depa nak guna jalan tu, tapi masalahnya bila dah berat, mesti la lambat. Hadoi. Kadang-kadang aku boleh ja sampai tepat pada waktu, tapi disebabkan kemunculan makhluk raksasa ni, aku lagi la lambat. Nak membuat pemotongan memang tak selamat. Dah la single lane. Kalau dua lane macam kat highway tu kan senang.
Jadi aku rasa, kenderaan berat macam depa ni kena la start bergerak dalam pukul 8.30 keatas. Tambah-tambah waktu kemuncak orang nak pi keja dalam area 8.00-8.30 pagi. Lepas tu depa nak beratur dari Sungai Petani sampai Padang Serai pun tak pa dah.
2. Kereta Mahai Tapi Bawak Slow
Ni satu lagi aku pantang, pakai kereta cun mahai dah, tapi bawak pulak slow. Tengok meter 240km/j...tapi bawak tak sampai 80 km/j kot. Aku nak potong satgi depa kata tak padan ngan kereta kecik. Tapi aku potong kalau selamat, time tak selamat tu yang aku agak bengang. Macam tadi, pakai Toyota Vios, bawak slow, pastu time 2 lorong dia ambik belah kanan, belah kiri pun banyak kereta. Sabaq ja la.
3. Traffic Light Tak Munasabah
Ada la traffic light sebelum sampai tempat kerja aku lembab nak mampos. Padahal jalan tu tak sibuk sangat pun. Kalau ada number aku rasa kena tunggu 99 saat dah. Kadang-kadang tak dak kereta pun, kena jugak tunggu. Aduhai. Patutnya orang yang set tu, usha line la dulu. Baru set. Ni men tembak ja.
Aku bukan la nak buat alasan. Tapi benda ni hanya nak membantu orang yang kadang-kadang terlambat bangun. Bukan sengaja pon nak bangun lambat. Haha. Boleh terima ka.
Ni pendapat aku ja la, sebab rumah aku dikira jauh gak dari tempat kerja. Kalau sapa-sapa yang dekat, tapi mai lambat gak. Aku no comment la.Haha
:: L.e.w.a.t :: seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. |
No comments:
Post a Comment