Monday, July 25, 2011

Lama sudah~

Assalamulaikum

Haha..lama betul den tak tulis. Sejak dua menjak tiga menjak ni asyik menjenguk blog orang. Blog sendiri bersawang. Den tengok follower pun tak bertambah. So rasa boleh stop sementara aktiviti posting memosting. Haha. 

Lagipun tak dak cerita best pon yang jadi dalam hidup den selama den tak menulis. Banyaknya benda yang jadi menghabiskan duit den, menyakitkan hati den. Den pulak memang tak suka sangat nak kongsi kesedihan dan kepayahan den. Rasanya elok den simpan dalam. Biaq makan dalam. Biaq den sorang-sorang ja tanggung. 

Pejam celik pejam celik minggu depan dah masuk Bulan Ramadhan. Aii..cepat sungguh la masa berlalu. Tapi den ja yang tak banyak berubah. Masih ditakuk lama. Kalau ikutkan kita perlu ubah diri kita. Maksudnya hari ni perlu lebih baik daripada semalam. Tak boleh lebih teruk. Tapi den rasa, kadang-kadang tu ja lebih baik, selalunya lebih teruk daripada semalam. 

Tapi Ramadhan tahun ni den macam berazam nak buat sesuatu, tapi tak tau la menjadi ka tak. Haha. Kang den takut orang cakap den nak menunjuk-nunjuk pulak. Tapi biaq la orang nak mengata den ni hangat-hangat tahi ayam ka. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Mungkin tahun ni kita tak boleh sempurnakan, InsyaAllah kalau ada umur yang panjang, bertemu lagi dengan Ramadhan, kita boleh perbaiki lagi. 


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya"

2 comments:

  1. Takpala, kita doakan semoaga hari ni lebih baik drpd semalam n esok lebih baik drpd hari ni..
    Slamat menyambut kedatangan ramadhan.. ;)

    MySuaraBlog: SODA itu STRESS

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...