Tuesday, February 19, 2013

Harapan~

Assalamualaikum wbt.

" Harapan 
  Harapan menjadi layu
  Ingin ku bahgia bersama
  Menjadi kenangan
  Memburu impian masa kita selamanya " 

Harapan by Hyper Act
------------------------------------------------------------

Entri ini dimulakan dengan chorus lagu Harapan yang jadi soundtrack Seindah Sakura slot Akasia TV3 satu ketika yang lalu. Dalam drama ni, watak Fahrin sangat-lah hampeh. Naik meluat aku tengok. Haha. 

sapa layan?

Kenapa aku bercakap pasal Harapan ni? Ye la hari ni agak hot dalam dunia artis bercerita pasal Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang?? Haha. Pelik kan.Depa ni sempat bertunang seminggu sahaja.  Kenapa la dia tak siasat dulu habis-habisan. Tapi tak pasti la tunang dia tu betul-betul isteri orang ka tak. Satu hal lagi pulak, Fizz ni sebenarnya sebelum-sebelum ni bercintan dengan Almy Nadia. Artis jugak. Tup-tup bertunang dengan minah lain. Kalau aku jadi si Fizz ni tak tau la nak letak muka kat mana. 

Ini la yang aku maksudkan, memberi harapan kepada orang lain,  but at last, dia sendiri yang memusnahkan harapan tersebut. Tak kisah la terjadinya benda-benda camni kat perempuan atau lelaki. Tapi kes yang jadi depan mata aku selalunya perempuan. hehe. 

Bukan nak sebelahkan perempuan sebab aku perempuan. Perempuan ni unik, walaupun nampak dia tu jenis outstanding habis, dia still malu dengan lelaki kot( tak semua, sesetengah!) . Kalau dah lelaki tu tak mboh, dia tak terhegeh-hegeh kot pujuk rayu (ingat, perempuan pon ada ego), tambah-tambah kalau lelaki tu bertunang atau kahwin senyap-senyap. Muka tetap senyum. Tapi kat dalam, sakit hati !!!! - Tuhan sahaja yang tau. Tabek spring la kat perempuan macam ni. 

Bagi yang tak berapa nak matang, mungkin ada yang akan ambik tindakan kurang cerdik kalau ditinggalkan oleh balak/pakwe/boyfriend-  macam tak dak semangat belajaq la, telan pil tidur banyak-banyak (terpengaruh dengan drama) bla bla. Sepatutnya kita kena fikir positif,  matang, redha dan percaya itu bukanlah jodoh kita beb

Lagi satu pesanan, bertunang jangan heboh-heboh sangat-diam diam sudah. Nabi Muhammad SAW sendiri menyarankan untuk merahsiakan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan. Time bertunang ni la nak kenai sama ada dia betoi betoi sesuai tak dengan kita. Tapi kalau hang tu artis lain cerita sikit la, orang buat senyap-senyap pon wartawan boleh hidu. Hehe. 

Pesanan Ustaz Azhar Idrus untuk LELAKI & PEREMPUAN : 


klik untuk besorkan imej


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...