Showing posts with label Rasa Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Rasa Perasaan. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Harapan~

Assalamualaikum wbt.

" Harapan 
  Harapan menjadi layu
  Ingin ku bahgia bersama
  Menjadi kenangan
  Memburu impian masa kita selamanya " 

Harapan by Hyper Act
------------------------------------------------------------

Entri ini dimulakan dengan chorus lagu Harapan yang jadi soundtrack Seindah Sakura slot Akasia TV3 satu ketika yang lalu. Dalam drama ni, watak Fahrin sangat-lah hampeh. Naik meluat aku tengok. Haha. 

sapa layan?

Kenapa aku bercakap pasal Harapan ni? Ye la hari ni agak hot dalam dunia artis bercerita pasal Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang?? Haha. Pelik kan.Depa ni sempat bertunang seminggu sahaja.  Kenapa la dia tak siasat dulu habis-habisan. Tapi tak pasti la tunang dia tu betul-betul isteri orang ka tak. Satu hal lagi pulak, Fizz ni sebenarnya sebelum-sebelum ni bercintan dengan Almy Nadia. Artis jugak. Tup-tup bertunang dengan minah lain. Kalau aku jadi si Fizz ni tak tau la nak letak muka kat mana. 

Ini la yang aku maksudkan, memberi harapan kepada orang lain,  but at last, dia sendiri yang memusnahkan harapan tersebut. Tak kisah la terjadinya benda-benda camni kat perempuan atau lelaki. Tapi kes yang jadi depan mata aku selalunya perempuan. hehe. 

Bukan nak sebelahkan perempuan sebab aku perempuan. Perempuan ni unik, walaupun nampak dia tu jenis outstanding habis, dia still malu dengan lelaki kot( tak semua, sesetengah!) . Kalau dah lelaki tu tak mboh, dia tak terhegeh-hegeh kot pujuk rayu (ingat, perempuan pon ada ego), tambah-tambah kalau lelaki tu bertunang atau kahwin senyap-senyap. Muka tetap senyum. Tapi kat dalam, sakit hati !!!! - Tuhan sahaja yang tau. Tabek spring la kat perempuan macam ni. 

Bagi yang tak berapa nak matang, mungkin ada yang akan ambik tindakan kurang cerdik kalau ditinggalkan oleh balak/pakwe/boyfriend-  macam tak dak semangat belajaq la, telan pil tidur banyak-banyak (terpengaruh dengan drama) bla bla. Sepatutnya kita kena fikir positif,  matang, redha dan percaya itu bukanlah jodoh kita beb

Lagi satu pesanan, bertunang jangan heboh-heboh sangat-diam diam sudah. Nabi Muhammad SAW sendiri menyarankan untuk merahsiakan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan. Time bertunang ni la nak kenai sama ada dia betoi betoi sesuai tak dengan kita. Tapi kalau hang tu artis lain cerita sikit la, orang buat senyap-senyap pon wartawan boleh hidu. Hehe. 

Pesanan Ustaz Azhar Idrus untuk LELAKI & PEREMPUAN : 


klik untuk besorkan imej


Monday, February 18, 2013

3 Tabiat Memandu yang Grrrrrr !!! ~

Assalamualaikum wbt.

Aku merupakan seorang pemandu kereta. Baru 3 tahun lebih memandu. Kira junior lagi la. Memandangkan hampir setiap hari memandu, macam-macam perangai pemandu yang dapat dilihat, yang paling tak best bila ianya menyakitkan hati dan menerbitkan maki hamun (dalam hati) haha. Aku senaraikan 3 ja la bersempena 3 tahun aku memandu. Huhu. 

=======================================================================

# 1 : Memandu Sambil Makan Angin

Memang hangin la kalau nak cepat sampai tempat kerja, kereta depan bawak kereta 60km/j. Kalau pemandunya warga emas boleh dimaafin lagi la. Ni tengok sihat, bertenaga, macho habis, bawak kereta slow  nak m****s. Bukan la nak mencarut. Dia tak rasa bersalah ka tengok kereta belakang berderet-deret. Bukan suruh kau bawak laju-laju, tapi gunakanlah kelajuan yang agak-agak tidak membuatkan orang lain mencarutkan kau. Ada pulak yang bersembang-sembang dengan orang sebelah, ntah apa yang disembangkan ntah, nak sembang pi la kedai makan, tak pon berhenti tepi jalan, hang sembang la puas-puas. Nak ingatkan, yang aku membebel ni untuk waktu pagi time orang sibuk pi kerja ja. Waktu-waktu lain aku tak kisah sangat. Hehe. 

# 2 : Terhegeh-hegeh masa lampu hijau.

Ni seekor lagi, masa lampu hijau dia buat lambat-lambat, elok lampu kuning baru hang reti nak tekan minyak.Banyak kali dah kena aku ni.  Sakit hati betoi aku. Kalau kuning nak slow tu memang aku tak kisah. Apa yang dia buat dalam kereta tu pun tak taw la, takkan dalam kereta hang buat kerja office kot. Tolong la fokus time memandu. Walaupun orang cakap hang skema, pedulikkan ja, daripada orang maki-maki belakang hang.  

# 3 : Brek, Brek, Brek dan Brek...Bre...kkkkk...

Sakit jiwa gak spesies jenis suka main brek-brek ni. Padahal jauh g kereta kat depan nun. Mungkin ni spesies trauma, tak pon sms sambil memandu, syok menyembang ngan partner sebelah atau belakang yang paling best buat kerja-kerja office dalam kereta, buzy melampau la katakan. 

========================================================================

So, saranan aku, tolong-lah fokus semasa memandu, aku pon pernah tak fokus, dan pernah sondol kereta orang yang merupakan seorang peguam!!!. Sekarang ni memang selalu berhati-hati la, tapi kalau nak kena gak, memang tak boleh nak elak la kan. Tapi tak salah kalau mencegah dari awal. Pandu cermat, nyawa selamat, jangan lambat sangat sampai orang maki tak hengat ;))

Tuesday, June 21, 2011

Lagu~

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini

Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia


Jiwang betul den...bukan nak jiwang-jiwang. Tapi suka lagu ni. HAHA..
Cuba teka...lagu SAPA???

Monday, April 25, 2011

Pening~

Assalamualaikum

Saja nak merapu benda-benda yang berlegar-legar dalam kepala otak aku, asyik pikiaq benda ni ja sejak dua menjak ni. Penat tol.

Susahnya menjadi seorang yang sangat perasan. Tak kisah la perasan bagus. Perasan ada peminat. Macam-macam perasan lagi la.

Penyelesaian : Berhenti jadi seorang yang perasan.

Susahnya jadi orang yang baik hati sangat. Orang tak menghargai langsung.

Penyelesaian: Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali (boleh pakai lagi ka?) Janji jangan jahat yang membawa kepada dosa-dosa besar. Jahat untuk bagi pengajaran rasanya sangat sesuai untuk manusia zaman sekarang.

Susahnya nak membuang sesuatu yang dah lama kita simpan sebab sayang/berharga/ada nilai sentimental. Kalau disimpan mungkin bagi sakit hati/menyemak bilik/boleh buat duit.

Penyelesaian: Yang boleh buat duit. Sila simpan. Yang membuatkan anda sakit hati, tapi sayang nak buang, sila jangan simpan ditempat yang anda boleh nampak. ataupun suruh orang lain tolong simpankan. tak pun hadiahkan kepada budak-budak kampung/ jiran-jiran anda. haha

p/s: sapa-sapa ada penyelesaian yang lagi bagus. dialu-alukan.

Pertama kali~

Assalamulaikum

Hari ni adalah hari pertama dalam hidup aku p renew insuran dan cukai jalan sorang-sorang. Nak cerita sikit pengalaman, aku kalau buat kerja pertama kali, mesti ada benda tak kena. Mula-mula, p ambik duit dekat SP Plaza, sekali mesin ATM tu lembab macam siput da. Rajin pulak aku patah balik p Bank Islam Lagenda Height. Jauh gak tu. Hal ini disebabkan oleh aku nak keluarkan duit Tabung Haji aku. Tu ja yang ada. Duit gaji pun tak masuk lagi. 

Lepas ambik duit. Patah balik p pekan Sungai Petani, tujuannya nak p renew kat Ambank berdekatan dengan Central Square.

Lepas parking berbayar, RM 2. Mahal kot. padahal aku nak parking sat ja. Jalan-jalan. Bila sampai terus naik tangga. aku nampak "INSURAN KERETA- TINGKAT DUA". Bila masuk nampak sorang amoi.

Amoi: Mau buat apa?
Aku: Nak renew roadtax ngan insuran.
Amoi: Bank apa?
Aku: Bank apa? (aku tak berapa nak paham soalan amoi ni)
Amoi: bank apa? sekarang kereta tu u punya ka.
Aku: haa. Ambank. Kereta saya la. Baru 1st time nak renew.
Amoi: oo. u turun tingkat satu, tangga sebelah.
Aku: ok. makasih

%^&*(*()(()...adus saipa la aku nak perasan ada tangga satu lagi. Padahal aku dah pernah mai dah hari tu. Patut la aku rasa ofis dia pelik ja.

Lepas turun tangga naik tangga, Letih tu. Nasib aku agak baik la, orang tak ramai, dalam 4-5 orang ja. sampai turn aku, kak jaga kaunter tu  mula cakap:

Kak 1: Nak buat pa dik?
Aku: Renew insuran ngan roadtax.
Kak 1: No kereta?
Aku: PJQ $%^&
Kak 1: eh, dah ada orang bayaq ni. sebelum ni da sapa-sapa bayaq tak?
Aku: eh tak suruh sapa-sapa bayaq pun. (lam hati kata sapa la baik sangat sangup bayaq roadtax ngan insuran kereta aku..perasan toi)
Kak 1: tempat adik ambik kereta dah buat bayaran kot.
Kak 2: haa. maybe la.
Kak 1: haa. xpa, mai kak double check balik.

selepas beberapa saat.

Kak 1: haa. betul la. depa dah bayaq.
Aku: ooo. camtu ka. kena p ambik roadtax kat kedai la. xpa la, makasih.

Padahal kedai aku ambik kereta ari tu memang awal-awal dah telefon tanya, aku nak suruh depa renew ka tak. Aku tak sangka pulak. bila aku dah setuju, depa dah buat awal-awal. Ingatkan bila bayaq baru depa nak buat. Bagus gak la depa buat camtu. Tolong renew awal-awal. Harap aku, last minit baru hegeh-hegeh nak pi buat.  Malas nak cakap depan kak-kak tu. Mau kena t. Buat malu ja.

Kena pulak p kedai Produa tu kat Taman Sejati nun. Tak pa, memandangkan roadtax aku memang akan mampus esok. Sampai-sampai. Buat bayaran. Boleh terus belah. Dapat la roadtax. Kalu buat kat bank tadi mau kena mai pulak esok ambik roadtax.

Kesimpulan, belajaq daripada kesalahan. Haha

Thursday, April 21, 2011

Campur~

Kalau sanggup menghabiskan duit untuk ilmu- memang dipuji.

Tapi kalau orang yang yang memberi ilmu- tak meletakkan harga yang tinggi - lagi terpuji rasanya.

Kalau yang meletakkan harga yang tinggi- mungkin sebab nak untung semata-mata.

Apa motif ambik satu peperiksaan yang berharga hampir RM 6oo.00 untuk sekali?

Belum harga kalau masuk kelas.

Nak bayar gaji pemeriksa?

Nak nampak 'high standard'?

Memang tak patut.
______________________________________________________________________

Ada orang buat kerja dan tak faham apa yang dibuat- TERUK

Ada orang buat kerja dan faham apa yang dibuat - BAGUS

Ada orang tak reti buat kerja dan tak ambik inisiatif nak buat dan faham - BODOH

Ada orang tak reti buat kerja. Tak ambik inisiatif nak buat, faham, tau nak mengarah- TOLOL & BENGAP


BIAR LAMBAT. ASAL SELAMAT
JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN
TAK KAN LARI GUNUNG DIKEJAR
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN
ALANG-ALANG MENYELUK PERKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN

Saturday, April 9, 2011

Layan~

Jiwa-jiwa yang sakit..Arghhh...Kejadah layan benda sia-sia. Aduss pasai pa la kena hadap benda ni sekali lagi. 

Tolong explain....!! 

Harap la~



Wednesday, March 30, 2011

10 sen....

~ Awat la suka sangat tanya benda yang dah tau jawapannya ~

Sunday, March 27, 2011

Positive Thinking~

Assalamualaikum

 
"     Bagaimanakah kita hendak merasai keseronokan, kepuasan dan ketenteraman hidup ketika cabaran melanda? Jawapannya adalah dengan berfikiran positif.  "


Alhamdulillah. Rasa lega otak bila sentiasa berfikiran positif (berapa lama boleh tahan pun tak tau). Rasa ringan dan tak stress. Rasa tenang walaupun masalah sentiasa keliling pinggang. Feedback yang aku dapat pun sangat memuaskan berbanding dengan sebelum-sebelum ni. Sebenaqnya tak payah buat teruk sebab semuanya dah tertulis. So kena terima dengan hati yang terbuka walaupun pahit nak telan.

Rajin pulak aku dok selak-selak Google hari ni. Apa yang aku jumpak adalah seperti berikut:

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Tiap Hari

''   Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari  ''
 
Kadang-kadang susah untuk sentiasa bersangka baik tambah-tambah dalam situasi yang buruk. Confirm nampak yang negatif saja. Biasa la perempuan sentiasa bertindak ikut emosi. Bukan la nak kutuk perempuan. Tapi hakikatnya memang macam tu kejadian seorang perempuan. Perempuan kan ada 9 nafsu + 1 akal.
 
Kalau aku. Jarang la nak pikiaq salah orang lain sebelum tidoq. Pernah ka. Mungkin ada la jugak kot. Ntah aku pun tak ingat. Aku pulak jenis susah nak gaduh dengan orang (baik tak. haha)
 
Selalunya aku yang dikuasai emosi. Tak dinafikan. Pastu baru reti nak pikiaq balik. Apa yang aku cakap tu betul ka tak. Tapi aku jenis senang nak mintak maaf kalau aku tau tu salah aku. Aku jenis tak senang duduk kalau dah buat orang lain terasa. Rasa bersalah tu tak kan hilang la selagi aku tak mintak maaf dan orang tu tak maafkan aku.  
 
Sekian...
 
p/s: The Adventurous of Merlin dah habis tuk season ni. Kena tunggu season baru pulak.

Tuesday, March 15, 2011

Hangin~

Ayat-ayat di bawah ditujukan kepada orang yang tak reti hargai kebaikan orang lain, wat pala taw, penting diri, tak leh blah, bajet bagus dan sifat-sifat mazmumah yang berkaitan dengannya

**************

Arghhhh

Memang tak dak perasaan toi la hang ni

Aku dah boring. boring. dan boring tahap dewa gaban ngan sikap hang tu

"Stop playing game" la KAWAN

Tapi

Tak pa

Lepas ni hang jangan banyak soal, jangan banyak tanya

Aku tak mau kacau hidup hang dah

Dah berbuih-buih berbusa-busa aku dok cakap

Hang boleh buat tak taw

Macam tunggui

Dah semua hang nak ambik ringan sangat

Semua nak ikut kepala hang

Ikut suka hang

Kali ni aku nak ikut kepala aku pulak

Aku pun leh buat macam mana hang buat kat aku

Ingat aku ni BODOH sangat

So

"What you give, you MUST get it back"

"Lantaklah" solusi yang aku pilihAku dah letih..Bak Hang

*******
Sekian. Marah yang sengaja 'hang' timbulkan

Thursday, February 24, 2011

Cubaan Oh Dugaan~

Assalamualaikum

Kemarin dan hari ni sangat tak best.

PC aku rosak, tak boleh nak bukak..

Dah la semua kerja dalam tu..

Argghhh tension, stress, geram, tak syok langsung..

Cikgu pulak sibuk dengan taekwondo..

Ish..Ish..

Dugaan..Cubaan..

Sabar..Sabar..

Kerana Sabar itu separuh daripada Iman..

Stress Simptoms..aku ada simptom-simptom tak??
sumber: Google.
Sekian. =(

Tuesday, February 15, 2011

Fikir-fikir~~

Assalamualaikum
Maulud Nabi

Semalam 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijriah adalah hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW atau dikenali sebagai Maulidur Rasul. Aku tak join mana-mana perarakan, tapi just pi dengaq ceramah Maulidur Rasul dekat Tikam Batu. Penceramah, Ustaz muda. Ustaz Aswad Nasrul (rasanya betul). Tak banyak panjang ceramah Ustaz tu, just sentuh keistimewaan Nabi Muhammad SAW. Tapi diselitkan jugak benda-benda lain yang memang terkena kat batang hidung sendirik. Memang tak berapa best, tapi itulah hakikatnya. Manusia perlu berubah.

___________________________________________________________________________________

Pekerjaan.

Sekarang ni ramai kawan-kawan yang dah dapat kerja. Ada yang dapat kerja cikgu, kerja kerajaan, kerja swasta pendek kata kerja yang best-best la kalau nak dibandingkan dengan aku. Kadang-kadang rasa tensen jugak bila orang lain boleh dapat kerja yang bagus-bagus. Tapi kerja aku tak cukup bagus ke?? Kerja aku bukan tak bagus, cuma rasanya suasana kerja yang tak memuaskan hati. Rasa macam tak puas dengan kerja sekarang. Sampai bila aku kena hidup macam ni. Manusia perlu berubah.

___________________________________________________________________________________

Teman

Teman hidup? Teman Istimewa? Tak kisah la apa jenis teman. Aku suka kawan-kawan Matriks. Kawan-kawan kat tempat lain pun aku suka, tapi kawan-kawan kat Matrik, lain pada yang lain. Rifhan, Huda, Laili dan Pda. Kami memang satu kepala. Masing-masing lain watak dan perwatakan, tapi still boleh ngam. Selisih paham tu memang ada, tapi boleh dikatakan hampir tiada. Cuma sekarang ni masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Tak rapat macam dulu. Manusia sentiasa berubah. Perasaan kadang-kadang susah nak kekal. Tapi harap sangat teman yang ini, tak berubah. Susah nak terima bila dah jauh-jauh. Walaupun tak bertahun-tahun, tapi tetap ada tahun. Manusia boleh berubah tapi tolong jangan ubah perasaan itu.



Tuesday, February 8, 2011

Unwell Matchbox 20

Assalamualaikum

Tajuk lagu, tapi yang aku nak cerita pasal aku sakit (unwell). Lepas balik Hat Yai (nanti aku update), bukan lepas balik, sejak kat Hat Yai lagi aku dah tak sedap badan. Ditambah pulak dengan aroma Thailand yang telah direject oleh deria bau aku. Bertambah-tambah parah pening kepala.

Vomiting process semua dah selesai ( betul ka istilah tu?). Lemah satu badan, nak makan pun tak dak selera. sampai hari ni la aku still pening-pening lalat. Dahsyat betul penangan Thailand. Sampai hari ni masih dok pikir bau apakah yang menghantui deria bau aku. Kebanyakkan tempat aku pi, semua ada bau yang tak best tu. Cuma kawasan terbuka dan taman ja yang tak bau, tempat-tempat sempit, tertutup mesti ada bau. Nak kata bau bunga melur, ada kemungkinan, mungkin ada kot pewangi kebangsaan berasaskan bunga melur. Mana tau.

Kalau nak diikutkan, aku sangat sensitif dengan bau, kalau bau yang aku tak boleh terima, boleh pengsan kot. Contohnya masa aku belajar kat KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang), penah aku hampir pitam sebab Cikgu Kimia tu pakai minyak wangi yang wanginya tahap dewa la kot sampai aku tak boleh nak tahan. Padahal sebelum tu aku sihat walafiat. Masuk ja kelas dia, terus aku rasa pening-pening pusing-pusing.  Tambah-tambah pulak Cikgu tu dok ulang alik jalan kat meja kumpulan aku. Tapi cikgu tu memang best dan sempoi. Dia ajaq senang nak paham. Tambah-tambah subjek Kimia aku suka. Mula-mula ja banyak main. Tapi last-last Alhamdulillah la boleh score. Cuma untuk subjek Kimia la, Matematik hampeh. (dah lepas usah dikenang) 

Sekadar nak berkongsi masalah bau. Sekian

Monday, January 17, 2011

Batu~

masing-masing membatukan diri
masing-masing diam 
masing-masing ego
masing-masing asyik salahkan masing-masing
masing-masing tak mau mengalah
masing-masing ikut suka masing-masing


Monday, January 10, 2011

Perubahan~

Salam

Mulai dari tarikh hari ni. ( 11.1.11) aku akan belajar untuk mengurangkan bercakap benda-benda yang tak perlu dan perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang sensitif ataupun yang buat-buat sensitif. yang tak best tu bila apa yang orang-orangan cakap aku boleh tahan. tapi apa yang aku cakap semua orang- orangan tak boleh terima. Sakit gila jiwa aku.

Aku tak buat salah. tapi disalah fahamkan dan disalah ertikan

Tapi siapa la aku. yang harap orang nak jaga hati dan perasaan aku. Manusia yang rasanya tak bagi faedah kepada manusia yang lain. Mungkin jugak banyak menyusahkan. Walaupun aku rasa aku tak banyak menyusahkan orang-orangan.

Kalau aku masih diingat. Jangan tanya kenapa ada perubahan. Sebab perubahan ni untuk:

orang-orang yang sensitif

orang yang buat-buat sensitif

orang asyik mintak dijaga hati dan perasaan depa. tapi tak mau jaga hati dan perasaan aku.

Biar jiwa aku sakit. Tapi seronok lagi kalau depa turut rasa sakit. biar depa mohon maaf. Nampak macam berdendam. Tapi nawaitu hanya untuk merubah manusia yang agak bongkak.  mementingkan diri.

Sekian

Thursday, December 9, 2010

cepat dalam lewat~~

Assalamualaikum...........

Pagi td lambat gila bgun..siap mimpi ntah apa2...yg aku ingat..ada majlis kt sekolah adik llki aku mungkin majlis penyampaian hadiah/ ala2 konvo universiti sbb ramai sgt org..pusing trus kepala...dipendekkan crita, skali mcm mn chewing gum yg aku makan melekat kt rmbut..aduss tensen gila dok menonyoh ( membuang) dr rmbut aku.. tp kalu diikutkan, kt alam realiti aku bertudung wlaupn x selitup yg disyariatkan dalam Islam. Dalam alam fantasi aku semalam, freehairstyle la plak...lama jugak aku dibuai mimpi 2..masa 2 maybe dah pkul 7 lebih...nasib baik kesinambungan mimpi tersebut beralih kpd situasi yg baru. sedang asik aku membasuh rambutku (akibat terkena chewing gum)..Mr Sony Eric menjerit, x igt lagu apa..aku lihat skrin..tertera nama Kak Y..aku agkat ttpi suara llki yg garau kedengaran, baru bgun tidur agaknya... llki tersebut memberitahu yg dia suami Kak Y, jdinya En A la yg buat panggilan. aku kenal En A dan Kak Y, sbb dua2 kerja kt tmpat aku kja...Dia just tya mana Kak Y...dalam rasa hairan dan berfikir mcm mna En A dpt nombor telefon aku... tup2 aku tersedar dari lamunan...

" alamak, dah 7.22..subuh gajah aku hari ni..." Ampun ya Tuhan, hambamu ini kalah lg dgn bisikan syaitan durjana,,,,"

Keluar dri bilik, nmpak adik aku melingkar dpan tv, CD Korea yg dia tgk smlam, x ditutup, kureng toi dia ni..membazir karan ja...

Aku amik wuduk, solat...mandi ..bersiap...cepat plak aku bersiap...slalunya bgun awal..siap lambat jugak... arini 8.04minit...aku myusur pergi kerja....Perjalanan hari ni x byak masalah, kreta pn x byak..kt cini ari jumaat kereta agak lengang..ari Jumaat & Sabtu kebyakkan pekerja cuti trutamanya sektor kerajaan...

Sampai tempat kerja hampir2 8:31:00...seb bek sempat, pas sarapan..mgadap PC...sampi abis wak2 kerja...haha..aku seorg pekerja yang x produktif dan proaktif...Ya Allah..bosan btol hidup mcm ni...bila la nk berakhir...

Wednesday, December 8, 2010

Kebosanan yg dirasai ditambah dicampur disogok disaluti kekenyangan n kekembangan sepinggan maggi goreng mamak( berdekatan masjid taman ria jaya) disulami air teh o ais limau yg x kaw mcm kopi kapal api btol2 kaw membuatkan dri ini MENGANTUK

Pagi yg gelap~~

Assalamualaikum...

Hari nie mlas gler nk bgun p kja..sejuk yg mencengkam, suasana yg gelap..mmg antara faktor utama untuk meneruskan mimpi di alam fantasi. Aku mimpi pa smlam ek..x igt lak. Arini plan nk bgun awal, nk masak nasik kt adik llki aku. Mak ngan kak sulung xdak..g K.L smlam, ziarah mak lang aku yg sakit tenat. Adik aku plak jenis x reti berdikari sgt wlaupun umoq dah 16thn..ish2...

Bgun 7.15a.m..gsok gigi..g msak nasik.Lauknya, semestinya lauk smalam, mana la smpt nk msak....aku bkn rjin nk bgun awal2...hehe...pas masak mandi + siap2+ 8.04 minit br kereta aku jalan. Ujan plak, xleh la bwak laju ( laju aku 70-80km/j ja). Tgh aku asik drive 2, mangkuk hayun mn ntah, ptong keta kt slekoh...nk cepat2 p mn ntah..dah la arah bertentangan, seb bek aku pn x laju..kalu x abis la PJQ aku 2, ngan aku2 skali jalan kot. BODOH tol...meluat gila aku ngan driver2 yg x reti sabaq mcm mangkuk td 2...keta blakang aku lak, siap bg lmpu tinggi kt aku kot..apa kes..bkn salah aku pn...aku just nk mgelak...nk mampos kalu aku x brek td... hmmm...alhamdulillah la aku selamat jugak smpi tempat kja..Merah plak aku harini..xpa la...mggu ni br skali kot...hehe

p/s: nak bsuh keta..kotoq nk mmpos..tp asik hujan ja...cana...


Tuesday, December 7, 2010

Dizziness~~


since yesterday until today..kepala pusing macam:

dok pusing roundabout sbb x taw jalan
*
dok pusing nk nek parking atas kt supermarket kt Alor Staq, lupa lak nma mall 2
*
dok tgu bas smbil usha kreta, mto, lori dan org2
*
nek Pirate Ship kt Genting Highland

sekadar hiasan..hehe

Sunday, December 5, 2010

sunyi dalam bising~~

Assalamualaikum...

Hari ini hari isnin, 6 Disember 2010 bersamaan 30 Zulhijjah 1431, sok da masuk taun baru ISLAM, 1 Muharram 1432. Apa azam baru??? Pernah ka aku ada azam? Just set lam otak ja kot, bkn lam bntuk hardcopy, ada list segala...bkn jenis aku...

Hari ni sgtlah boring, rasa kosong....rasa malas nk wat kja....besa la isnin kan, tp da lagi yg myebabkan hari ni jadi x best. Mmg sepi....Mcm sajak yg aku cilok dri filem SEPI arahan Kabir Bhatia..ttiba jiwang la plak..skali skala xdak salahnya kn? hehe....



Aku sepiii!!! layannn.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...