Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Love Mr Ben~

Sapakah Mr Ben??

Haa, hari ni den nak share sikit tentang Mr Ben yang den suka atau nama dalam IC- Kacang Bendi atau Kacang Lendiaq (northen version- pekat gila. Haha) atau Lady Finger (bukan Lady Gaga-den dah blacklist LG dalam hidup den) atau nama saintifiknya Abelmoschus Esculentus.


masa sekolah rendah, den pernah guna bendi  untuk buat corak time kelas seni.  Anda pun pernah kan. Hehe

Apa pasal den cerita bab sayur pulak ni. Tak up to date langsung.  Orang sekarang sibuk bercerita pasal fesyen, den pulak cerita bab sayur. HAHA. Bukan apa, semalam mak den masak kacang bendi goreng sama udang kering.  Sedap tak sedap tu belakang kira. Dah ada orang  tolong masak tu, belasah ja la. Kalau banyak komen, disuruhnya masak sendiri, kan nahas tu. HAHA. Lagipun memasak ni bukan kepakaran den. So kalau kat rumah, apa-apa yang dimasak, den belasah ja tanpa banyak komen. Kecuali asam pedas ikan tamban yang banyak tulang, den memang anti-komunis. HAHA.

Seingat den, kacang bendi hadir hidup den agak lambat. Masa umur den 15 tahun, baru den try kacang bendi. Masa tu pun sebab den tersangatlah lapaq tahap dewa cipan, jadi den belasah ja makanan yang ada depan den walaupun masa tu den tak pernah sentuh dan anti dengan bendi. Mana tak lapaq, dari pukul 9 pagi sampai 3-4 petang berjalan beribu-ribu batu, asik telan air kosong ja.  Masa tu ada Jambori Pengakap kat area Baling, lepas sampai ja tapak khemah, dapat nasi, terus makan tak ingat dunia. Punya la lapor, macam tak makan seminggu. HAHA. Lauk tak sedap mana pun, gulai ikan temenung dengan bendi.  Lapaq punya pasal, den belasah semua, tinggal tulang ja. Start daripada situ, baru den tau, sedap rupanya bendi ni. Haa..Macam tu la alkisahnya den dengan bendi. HAHA. Ntah apa-apa cerita den kan.

Iklan: 
Mulai hari ni den nak menggantikan  ‘aku’ dengan ‘den’ macam orang nogori sombilan. AKU ok jugak, cuma sedikit kasaq. So, den nak curi perkataan 'den' ja la daripada N9, yang lain-lain den still guna loghat KEDAH.

Iklan tamat....

Dah lama den nak cari khasiat bendi ni, so sekarang dah jumpak den nak share sikit la. Antara khasiat bendi yang den copy daripada ULAM RAJA adalah:

  1. mencuci hati (supaya hati anda bersih daripada sifat mazmumah)
  2. menstabil kandungan gula dalam darah 
  3. membantu melincinkan bahagian dalam usus besar (servis perut)
  4. membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus 
  6. ada juga pendapat yang mengatakan kacang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
  7. membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
  8. sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
  9. dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

Nak tau lebih lanjut pasal kelebihan bendi, boleh cari ULAM RAJA. Kang den copy semua, orang panggil den  plagiat plak..HAHA. 

Setakat ni ja entri den untuk kali ni. So,saranan den, banyakkan makan ulam-ulam kampung, sayur-sayur daripada makan jajan-jajan, kepok-kepok yang tak sihat, yang banyak Chemical Ingredients. Harap maklum. 

Sunday, March 27, 2011

Positive Thinking~

Assalamualaikum

 
"     Bagaimanakah kita hendak merasai keseronokan, kepuasan dan ketenteraman hidup ketika cabaran melanda? Jawapannya adalah dengan berfikiran positif.  "


Alhamdulillah. Rasa lega otak bila sentiasa berfikiran positif (berapa lama boleh tahan pun tak tau). Rasa ringan dan tak stress. Rasa tenang walaupun masalah sentiasa keliling pinggang. Feedback yang aku dapat pun sangat memuaskan berbanding dengan sebelum-sebelum ni. Sebenaqnya tak payah buat teruk sebab semuanya dah tertulis. So kena terima dengan hati yang terbuka walaupun pahit nak telan.

Rajin pulak aku dok selak-selak Google hari ni. Apa yang aku jumpak adalah seperti berikut:

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Tiap Hari

''   Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari  ''
 
Kadang-kadang susah untuk sentiasa bersangka baik tambah-tambah dalam situasi yang buruk. Confirm nampak yang negatif saja. Biasa la perempuan sentiasa bertindak ikut emosi. Bukan la nak kutuk perempuan. Tapi hakikatnya memang macam tu kejadian seorang perempuan. Perempuan kan ada 9 nafsu + 1 akal.
 
Kalau aku. Jarang la nak pikiaq salah orang lain sebelum tidoq. Pernah ka. Mungkin ada la jugak kot. Ntah aku pun tak ingat. Aku pulak jenis susah nak gaduh dengan orang (baik tak. haha)
 
Selalunya aku yang dikuasai emosi. Tak dinafikan. Pastu baru reti nak pikiaq balik. Apa yang aku cakap tu betul ka tak. Tapi aku jenis senang nak mintak maaf kalau aku tau tu salah aku. Aku jenis tak senang duduk kalau dah buat orang lain terasa. Rasa bersalah tu tak kan hilang la selagi aku tak mintak maaf dan orang tu tak maafkan aku.  
 
Sekian...
 
p/s: The Adventurous of Merlin dah habis tuk season ni. Kena tunggu season baru pulak.

Monday, February 21, 2011

Kereta Oh Kereta~

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita pasal kereta. Kereta aku biasa-biasa saja. Tak semahal dan selawa kereta orang lain. Tak dak aksesori tambahan langsung (kurang bajet). Beli kereta pun sebab tak dak transport nak pi mai pi mai kerja.

Masalah sekarang ni aku tak reti bab-bab kereta ni.Langsung. Nak buh angin pun aku tak reti. Rasanya angin kereta aku tu dah kurang. Tapi tak pi boh lagi. Kalau singgah stesen minyak, malu nak suruh orang tolong bubuh kan. Kalau ada orang yang jaga dekat pam angin tu tak pa la jugak.

Tadi aku ada search kat Google, effect kalu angin tayar kurang. Antaranya:

  1. Stereng jadi berat dan ketat tambah-tambah time nak parking atau kena banyak belok.(kadang-kadang rasa jugak)
  2. Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.
  3. Menyebabkan penggunaan petrol bertambah (duit-duit)
Masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.WAJIB
Sumber boleh klik kat SINI

belajar-belajar pam tayar. aduii
Lepas ni kena la belajar cara-cara nak buh angin dan rajin-rajin check tayar, cukup angin ka, botak ka. Ni baru bab tayar, bukan bahagian enjin lagi. Biasa la perempuan, bukan reti sangat bab-bab penjagaan kereta. Tau naik ja. Lagipun selalu ikut jadual servis kereta. So harap time tu ja la. Kena tunggu 3 bulan pulak baru tau pa perkembangan kereta.

Harap-harap kereta aku boleh bertahan selama yang mungkin dan tak banyak ragam. Hehe

Sekian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...