Sapakah Mr Ben??
Haa, hari ni den nak share sikit tentang Mr Ben yang den suka atau nama dalam IC- Kacang Bendi atau Kacang Lendiaq (northen version- pekat gila. Haha) atau Lady Finger (bukan Lady Gaga-den dah blacklist LG dalam hidup den) atau nama saintifiknya Abelmoschus Esculentus.
masa sekolah rendah, den pernah guna bendi untuk buat corak time kelas seni. Anda pun pernah kan. Hehe |
Apa pasal den cerita bab sayur pulak ni. Tak up to date langsung. Orang sekarang sibuk bercerita pasal fesyen, den pulak cerita bab sayur. HAHA. Bukan apa, semalam mak den masak kacang bendi goreng sama udang kering. Sedap tak sedap tu belakang kira. Dah ada orang tolong masak tu, belasah ja la. Kalau banyak komen, disuruhnya masak sendiri, kan nahas tu. HAHA. Lagipun memasak ni bukan kepakaran den. So kalau kat rumah, apa-apa yang dimasak, den belasah ja tanpa banyak komen. Kecuali asam pedas ikan tamban yang banyak tulang, den memang anti-komunis. HAHA.
Seingat den, kacang bendi hadir hidup den agak lambat. Masa umur den 15 tahun, baru den try kacang bendi. Masa tu pun sebab den tersangatlah lapaq tahap dewa cipan, jadi den belasah ja makanan yang ada depan den walaupun masa tu den tak pernah sentuh dan anti dengan bendi. Mana tak lapaq, dari pukul 9 pagi sampai 3-4 petang berjalan beribu-ribu batu, asik telan air kosong ja. Masa tu ada Jambori Pengakap kat area Baling, lepas sampai ja tapak khemah, dapat nasi, terus makan tak ingat dunia. Punya la lapor, macam tak makan seminggu. HAHA. Lauk tak sedap mana pun, gulai ikan temenung dengan bendi. Lapaq punya pasal, den belasah semua, tinggal tulang ja. Start daripada situ, baru den tau, sedap rupanya bendi ni. Haa..Macam tu la alkisahnya den dengan bendi. HAHA. Ntah apa-apa cerita den kan.
Iklan:
Mulai hari ni den nak menggantikan ‘aku’ dengan ‘den’ macam orang nogori sombilan. AKU ok jugak, cuma sedikit kasaq. So, den nak curi perkataan 'den' ja la daripada N9, yang lain-lain den still guna loghat KEDAH.
Iklan tamat....
Dah lama den nak cari khasiat bendi ni, so sekarang dah jumpak den nak share sikit la. Antara khasiat bendi yang den copy daripada ULAM RAJA adalah:
- mencuci hati (supaya hati anda bersih daripada sifat mazmumah)
- menstabil kandungan gula dalam darah
- membantu melincinkan bahagian dalam usus besar (servis perut)
- membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
- membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
- ada juga pendapat yang mengatakan kacang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
- membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
- sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
- dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
Nak tau lebih lanjut pasal kelebihan bendi, boleh cari ULAM RAJA. Kang den copy semua, orang panggil den plagiat plak..HAHA.
Setakat ni ja entri den untuk kali ni. So,saranan den, banyakkan makan ulam-ulam kampung, sayur-sayur daripada makan jajan-jajan, kepok-kepok yang tak sihat, yang banyak Chemical Ingredients. Harap maklum.
haha lambat nya kenali bendi by de way lebey sodap kalo bendi goreng kicap..perghhh superb rasa nya !!! de best & de bomb la
ReplyDelete