Wednesday, May 4, 2011

ShowDown Twenty Eleven~

Sapa minat realiti tv yang baru masuk musim kedua iaitu SHOWDOWN 2011? 

'DEN..DEN MINAT....HAHA 

Showdown (SD) adalah Program realiti untuk mencari penari berkumpulan yang paling best. Den dah start follow SD sejak musim pertama. Masa musim 1, den paling suka FLOOR FEVER (FF) tapi mungkin tak dak rezeki, dapat tempat ketiga ja.

FF memang best, patut menang (bagi den la) tapi kurang undian daripada penonton, macam den...minat tapi tak vote. Sebab SD ni program hiburan, so malas nak bagi sokongan 100%. HAHA. Kalau vote sampai habis duit pun, apa yang den dapat. Hadiah dapat kat depa. Yang tengok ni, setakat dapat seronok ja la. Kan membazir namanya. Sekadar tengok sudah la.

FF ni best sebab depa kalau menari seragam, kemas, kreatif..pandai pilih lagu. Mantap..Tapi Last-last WAKAKA CREW jugak yang menang. Padahal den tengok serabut ja. Pa yang best pun tak tau. Mungkin sebab ada mamat ALAM tu? Ntah la.

Musim ni, den paling suka ELECOLDXHOT (ECX) payah btoi nak menyebut dan HMC PHLOW. Setiap kali show, memang depa-depa ni la den dok tunggu. Macam semalam,  performance depa memang mantap. 

Kalau belek balik profile dua-dua crew ni, depa ni dah menang banyak pertandingan menari cuma tak tempek kat TV ja. Tengok sini dan sini  Patut la mantap. HMC PHLOW dah pernah masuk SD musim 1, tapi tak dak rezeki nak pi final. Kali ni macam ada chance ja sebab musim 1 den tak berapa minat depa ni, tup-tup musim ni den tersuka pulak. Kiranya memang depa ni bagus la kalau den dah suka. HAHA. 

Bagi den, better judges ja yang buat pemilihan sapa yang kena eliminate. Kalau harap penonton, ada yang support group adik bradik atau kawan-kawan atau yang ensem-ensem. Mana adil. Tapi menari, hancus. Tak menarik langsung. Lagipun den rasa Sistem vote pakai sms ni semata-mata nak cari untung ja ni. Business semata-mata. Depa untung belambak-lambak. Tapi terserah kepada pendapat masing-masing. Ni semua pendapat den sahaja, sebab den ni kedekut sikit, tambah-tambah kepada benda-benda yang den rasa tak penting. 

Okeh, kalau nak layan show depa semalam, boleh tunggu ulangan selasa minggu depan, pukul 11.25 malam. Bagi yang ada internet laju. NO BUFFERING!. boleh layan kat TONTON atau Youtube (mungkin dah dimuatnaik). Den boleh ja nak upload, tapi internet kat sini lombab dan slow sikit. Nak upload gambaq pn lambat gila. 

p/s: Takziah kepada family En Said Ahmad kerana telah kehilangan 3 orang anak perempuan sekaligus kerana dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. Kecik-kecik lagi anak-anak ni. Confirm masuk syurga. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...