Showing posts with label merapu-rapu. Show all posts
Showing posts with label merapu-rapu. Show all posts

Friday, September 7, 2012

I'm Sorry !


Assalamualaikum.

Langit Menangis. Lagu Nazim Othman dalam Dejavu di Kinabalu. Bukan nak cakap pasal lagu ni cuma terasa macam aku dah buat seseorang sedih sehingga wujud post di mukabuku 'hari yang menyedihkan'. Perh..sejak sekian lama, buat pertama kali rasanya membuatkan orang terasa dengan kelantangan lidah penulisanku. 

Rasanya dah banyak kali aku cakap benda sama. Cuma kali sebab aku dah tersangat-sangat- sangatlah kecewa tahap dewa, terpaksa jugak lepaskan semua. Walaupun mata dia dah naik juling, kepala pening, mental tertekan dek tulisan aku yang macam &^^%%&. 

So sorry kawan. InsyaAllah itu yang terakhir. Yes yang terakhir. Aku nak tenang. No more serabut-serabut. 

Monday, September 3, 2012

Sabaq~

Assalamualaikum...

kalau boleh marah depan-depan hidung,mata macam ni baru puas hati!!

TAPI

Marah Itu Dari Syaitan. Jadi Bersabarlah Seboleh Mungkin

Ada orang,  selalu ambik ringan pasal perasaan orang lain.orang yang dah banyak berjasa. Orang yang sanggup pentingkan orang lain dari diri sendiri. Sanggup bersusah untuk kesenangan orang lain. Jauh sekali nak merungut, nak menghampakan perasaan. Tak pernah mengungkit depan-depan. Nak jaga hati punya pasal. Tak mau orang cop mengungkit. Buruk siku. 

Siap kena layan macam kain buruk. Macam tunggui. Lagi teruk kalau kena bambu sekali. Ikut hati mau ja bagi sepakan penalti. Bukan nak suruh balas jasa. Tapi cukup dengan rasa hormat. Ni tak, boleh persoal lagi. Ikut hati mau ja report kat mak bapak dia. Takot dicop Bodoh Lembu plak. Sapa suruh hang baik hati sangat. 

Walaupun dalam hati marah berbakui-bakui. Kat depan-depan tak berani plak nak bersuara. Lidah kelu seribu bahasa. Marah berlapik-lapik. Tapi orang kalau dah buta hati, tak kan paham la apa yang nak disampai. Dibuat derk lagi ada la. Sangat tak paham bila dia boleh buat-buat tak paham apa yang cuba dipahamkan. Kena sound sekali baru dia nak paham kot. Asyik dok diam sampai bila pon dia tak mau berubah. 

Mungkin jugak jalan terbaik adalah lari jauh-jauh. Macam pernah dibuat dulu, lari jauh-jauh, lastly dia kembali. 3 tahun lebih. Rasanya cukup jauh berlari. Tapi dia kembali akhirnya tanpa menyebut pasal kisah-kisah yang dah jadi sejarah yang tak pernah padam dalam otak. 

Perh...benda pa la yang dok merepek. Tension gila. Dah tak tahan kot ngan sikap seorang, dan beberapa orang manusia tu. Ayat, tindakan manusia tu tadi memang betoi-betoi menambah tahap kebengangan. Depan-depan. Masa hati tengah HOT. Astaghfirullah. 

Ya Allah, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Dan itulah yang cuba dijaga walaupun dah terlampias sedikit. 

-the end-

Thursday, March 8, 2012

Tidak Bertajuk ~

Assalamualaikum wbt....

Adoi. lama betoi la tak update blog ni. Saja la hari ni mai mana ntah mood nak buat entri biasa-biasa. Tambah-tambah ada yang dok suruh update. Malu kot bila orang dok baca blog aku. Padahal entri hampeh-hampeh belaka.

Sebab-sebab tak update:
  1. malas dan tak dak idea best
  2. internet slow
Macam biasa, semua biasa-biasa ja yang jadi dalam hidup aku sepanjang tak menulis ni. Tapi perkara agak best yang terjadi dalam suku pertama tahun 2012 adalah: dapat jejak kaki kat Singapura buat pertama kalinya walaupun tak sempat nak jelajah satu Temasik tu. Dah tak dak kudrat rasanya nak jalan-jalan. Lagipun pi atas urusan kerja bukan tujuan nak bercuti-cuti Singapura sangat. Gambaq-gambaq yang sempat tangkap pun aku tak tengok lagi. Masih dalam simpanan Cik Anggur.

Perkara kedua yang best: dapat anak sedara baru pada 14 Februari 2012. Lelaki. Ahmad Nu'man Wa'ie Mohd Shahrin. Kalau aku tak silap eja la. Maksud pun dah lupa. Tak sampai sebulan lagi. Jadi tak reti sangat lagi nak main-main ngan dia.

2 benda ni ja la yang agak memberi kesan yang berlainan dalam masa awal-awal 2012 ni. Lain-lain Allah SWT yang akan aturkan.

Ni nak cerita sikit la. Cerita ni tak dak la penting sangat pon aku rasa. Tapi agak bengang gak la. Tapi kutahan aja. Susah la aku nak melenting kat orang walaupun dalam hati rasa macam ada taman yang dah terbakaq rentung.  

Apa perasaan hampa bila ada kawan yang susah nak diteguq? Bila tenguq mula la kaitkan dengan benda-benda yang jauh sangat kaitannya dengan benda yang diteguq. Pastu jenis tak boleh terima teguran terus rasa tekanan. Kalau time tekanan plak,dia suka buat benda bukan-bukan yang kadang-kadang boleh bahayakan diri. Bahaya betoi la. Aku pun dah tak tau nak handle kawan yang macam ni. Bukan maksud aku tak mau pedulik dah kat dia. Tapi dah tak reti nak ubah cara dia tu. benda yang diteguq tu pun bukan la untuk kebaikan aku sorang, tapi untuk kebaikan dua-dua pihak.

Apa-apa pun, la ni dia dah tarik muka ngan aku. Nak wat lagu mana lagi pun tak tau. Terima ja la bila orang dah slow ngan kita.




Monday, May 9, 2011

Untitle 1~

Seminggu STC department den tak dak, yang ada cuma Cik Anggur dan En Hayate Kenpachi yang sekepala. Ada urusan di luar negara. HAHA. Bagus-bagus. So, seminggu ni den boleh me’relaxing’ kan diri.

Lupa plak den nak bercerita kejadian minggu lepas, hari Khamis jam 3.00-4.30 petang. Ada lawatan daripada Kilang C***O, 7 orang semua. Tapi 5 orang yang masuk dalam bilik den, yakni Polymer Testing Laboratory. Masuk-masuk, STC den suruh den pulak yang bagi penerangan kat depa-depa yang mai ni. Den bab nak terang- menerang ni memang lemah semangat sebab cara den cakap ni bukan la power rangers sangat. HAHA.

Alhamdulillah, depa yang mai ni yakni QA dan QC tak banyak cakap dan tak banyak tanya, so lagi senang la den nak menggoreng. HAHA. Depa paham atau tak paham tu bukan masalah den. Lepas menggoreng hampir garing, depa pi pulak melawat Workshop sebelah. Memang nasib den baik la. Kalu yang mai tu manager-manager besar, masak dah den kalau kena explain suma equipment dalam lab ni. HEHE.


p/s: LENSA ROSAK dah kembali. Sangat best la mamat ni. Walaupun ada benda yang aku tak bersetuju ngan dia, tapi dia memang best dan power dalam beberapa aspek. HAHA.  
Kepala otak asik pikir 5147 - tensen !  

Wednesday, May 4, 2011

ShowDown Twenty Eleven~

Sapa minat realiti tv yang baru masuk musim kedua iaitu SHOWDOWN 2011? 

'DEN..DEN MINAT....HAHA 

Showdown (SD) adalah Program realiti untuk mencari penari berkumpulan yang paling best. Den dah start follow SD sejak musim pertama. Masa musim 1, den paling suka FLOOR FEVER (FF) tapi mungkin tak dak rezeki, dapat tempat ketiga ja.

FF memang best, patut menang (bagi den la) tapi kurang undian daripada penonton, macam den...minat tapi tak vote. Sebab SD ni program hiburan, so malas nak bagi sokongan 100%. HAHA. Kalau vote sampai habis duit pun, apa yang den dapat. Hadiah dapat kat depa. Yang tengok ni, setakat dapat seronok ja la. Kan membazir namanya. Sekadar tengok sudah la.

FF ni best sebab depa kalau menari seragam, kemas, kreatif..pandai pilih lagu. Mantap..Tapi Last-last WAKAKA CREW jugak yang menang. Padahal den tengok serabut ja. Pa yang best pun tak tau. Mungkin sebab ada mamat ALAM tu? Ntah la.

Musim ni, den paling suka ELECOLDXHOT (ECX) payah btoi nak menyebut dan HMC PHLOW. Setiap kali show, memang depa-depa ni la den dok tunggu. Macam semalam,  performance depa memang mantap. 

Kalau belek balik profile dua-dua crew ni, depa ni dah menang banyak pertandingan menari cuma tak tempek kat TV ja. Tengok sini dan sini  Patut la mantap. HMC PHLOW dah pernah masuk SD musim 1, tapi tak dak rezeki nak pi final. Kali ni macam ada chance ja sebab musim 1 den tak berapa minat depa ni, tup-tup musim ni den tersuka pulak. Kiranya memang depa ni bagus la kalau den dah suka. HAHA. 

Bagi den, better judges ja yang buat pemilihan sapa yang kena eliminate. Kalau harap penonton, ada yang support group adik bradik atau kawan-kawan atau yang ensem-ensem. Mana adil. Tapi menari, hancus. Tak menarik langsung. Lagipun den rasa Sistem vote pakai sms ni semata-mata nak cari untung ja ni. Business semata-mata. Depa untung belambak-lambak. Tapi terserah kepada pendapat masing-masing. Ni semua pendapat den sahaja, sebab den ni kedekut sikit, tambah-tambah kepada benda-benda yang den rasa tak penting. 

Okeh, kalau nak layan show depa semalam, boleh tunggu ulangan selasa minggu depan, pukul 11.25 malam. Bagi yang ada internet laju. NO BUFFERING!. boleh layan kat TONTON atau Youtube (mungkin dah dimuatnaik). Den boleh ja nak upload, tapi internet kat sini lombab dan slow sikit. Nak upload gambaq pn lambat gila. 

p/s: Takziah kepada family En Said Ahmad kerana telah kehilangan 3 orang anak perempuan sekaligus kerana dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. Kecik-kecik lagi anak-anak ni. Confirm masuk syurga. 




Monday, April 25, 2011

Pening~

Assalamualaikum

Saja nak merapu benda-benda yang berlegar-legar dalam kepala otak aku, asyik pikiaq benda ni ja sejak dua menjak ni. Penat tol.

Susahnya menjadi seorang yang sangat perasan. Tak kisah la perasan bagus. Perasan ada peminat. Macam-macam perasan lagi la.

Penyelesaian : Berhenti jadi seorang yang perasan.

Susahnya jadi orang yang baik hati sangat. Orang tak menghargai langsung.

Penyelesaian: Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali (boleh pakai lagi ka?) Janji jangan jahat yang membawa kepada dosa-dosa besar. Jahat untuk bagi pengajaran rasanya sangat sesuai untuk manusia zaman sekarang.

Susahnya nak membuang sesuatu yang dah lama kita simpan sebab sayang/berharga/ada nilai sentimental. Kalau disimpan mungkin bagi sakit hati/menyemak bilik/boleh buat duit.

Penyelesaian: Yang boleh buat duit. Sila simpan. Yang membuatkan anda sakit hati, tapi sayang nak buang, sila jangan simpan ditempat yang anda boleh nampak. ataupun suruh orang lain tolong simpankan. tak pun hadiahkan kepada budak-budak kampung/ jiran-jiran anda. haha

p/s: sapa-sapa ada penyelesaian yang lagi bagus. dialu-alukan.

Friday, April 1, 2011

Jimat Semat~

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni langsung dalam kepala tak dak idea yang bernas-bernas, yang ada pasal DUIT. Bulan ni memang aku nak pakai banyak duit. Sebabnya kereta aku (yang belum diberi nama kerana tak jumpak nama yang sesuai) dah sampai waktu kena bayaq Insuran sama Cukai Jalan a.k.a Road Tax. Aduss..habis la simpanan aku tu. Sayang gila nk withdraw walaupun tak banyak mana. Tapi tu ja la sumber duit yang aku ada. Nak pinjam kat mak aku?  Macam tak patut ja malah telah melanggar prinsip hidup. Cehh. (Padahal dah berapa banyak prinsip hidup yang aku dah langgar. Haha. )

Tak pa, gaji bulan ni belum lagi masuk. Hujung bulan mungkin. Road Tax aku pun mati hujung bulan. Timing yang sangat perfect. Kalau diikut-ikutkan bulan ni banyak gila barang aku nak beli. Aku bagi 2 contoh:  

Seluar denim hitam memandangkan seluar sedia ada dah semakin 'season' dan sangat tak sesuai nak pakai p keja.

Kain Ela nak buat baju. Baju kurung aku dah tak banyak. Aduss.

Nampaknya bulan depan la kena tunaikan semua permintaan. Macam Jin. Namun begitu (skema) bulan depan kena servis kereta pulak. Aduss. Sabaq ja la.

Lupa pulak nak cakap. 26 Mac 2011 yang lepas, umur aku dah bertambah lagi setahun. Tapi tahun ni tak dak apa-apa yang best atau special. Yang penting bersyukur sangat-sangat dapat peluang untuk hidup lagi. ( malas tul bila sampai part serius. haha).

Yang tu ja la aku nak story. Sebuah cerita yang boring. Kesimpulannya, aku mengalami sedikit masalah kewangan, tapi tak reti-reti nak berjimat.

Sekian~

Wednesday, March 23, 2011

Darah O Darah~

Assalamulaikum

Hari ni aku nak bercakap pasal jenis darah memandangkan darah aku baru lepas mendidih semalam. Hari ni alhamdulillah dah sikit-sikit kembali suam. Sebab pa aku marah, sebab ada orang yang menaikkan kemarahan aku la. Asyik menganggu hidup orang. Try dia pkiaq kalau orang kacau hidup dia. Aku rasa lagi dahsyat pada aku kot. Besa la kalau orang dah tak tau malu, gedik. Bukan pikiaq panjang pun. Pa yang dia taw, janji dia puas hati. Nafsu jahanam. Arrghh malas la aku nak cakap pasai budak tu lagi. Aku dok sakit pala, dia dok happy. Ikut hati mau ja aku sound direct. Baru dia tau dunia ni bukan dia sorang yang punya~
Semalam aku dok tengok facebook, jumpak la satu Application ni. Sekarang ni besa la. Macam-macam Application ada kat FB tu. Sifat peribadi ikut bulan Islam la, bulan melayu la,ikut jenis darah la dan macam-macam jenis lagi LA. So aku nak kongsi pasal keperibadian Individu yang mempunyai jenis Darah O. Sebab aku pun darah O. Kalau dari segi sains, darah O boleh ngam dengan semua jenis darah sebab itu ia digelar penderma universal. Tapi aku tak boleh derma disebabkan darah aku cayaq (cair). Apakah?
Sifat-sifat tu seperti kat bawah ni.
Bersifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Memang tak diakui la, aku jenis sangat setia dan tahap sabaq aku sangat tinggi. Bukan nak riak, tapi memang betoi. Cuma kadang-kadang tu tercalaq jugak kesabaran tu. Besa la manusia biasa. Kalau kesetiaan, tak kisah la kat sapa, orang ka, barang ka. Kalau selagi dia tak buat aku macam orang BODOH memang aku akan setia, len la kalau asyik buat aku sakit hati. Hah memang babai la. Kalau barang pulak, aku sangat memilih. Barang yang aku beli dan aku sangat suka. Aku akan jaga sampai rosak. Betapa setianya aku. Haha. Kalu bab keyakinan, kadang-kadang yakin dengan diri sendiri. Bergantung kepada situasi jugak. Kelemahan aku adalah kena bercakap depan orang ramai. Aku memang tak suka.
Sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Hah ni memang tersimpah jauh daripada perangai aku. Aku paling tak suka jadi ketua. Payah jadi ketua, sebab aku jenis tak reti nak mengarah. Lebih baik jadi orang bawah. Pastu kalau ketua bengong, kutuk belakang. Teruk gila. Standard la kalau kerja berkumpulan. Semua orang tak pernah puas hati. Tambah-tambah kalau ketua tak boleh pakai tak boleh harap.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ni pun kadang-kadang la. Tengok sama ada aku betul-betul mampu atau tak. Lagipun aku bukan jenis letak matlamat yang tinggi. Semuanya serba sederhana. Dari bab makan, pakai, kerja, dan lain-lain. Janji tak menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. Orang lain yang selalu menyusahkan aku. Tambah-tambah orang yang tak pernah berterima kasih. Apa salahnya kita menghargai susah payah orang yang tolong kita. Kenapa la ada jugak manusia spesis ni kat muka bumi ni. Patutnya kena telan Tsunami masa gempa bumi kat Jepun hari tu. (11 Mac 2011)
Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Mesti la cemburu. Bab ni aku malas nak kupas. Sebab aku cemburu bersebab. Bukan cemburu buta macam yang dicanang-canang. Hampeh~
Terlalu serius dlm persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kpd diri kamu sendiri.Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri kamu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
Aku bukan jenis suka bersaing kot. Pernah ka aku bersaing untuk dapatkan apa-apa? Rezeki dan jodoh masing-masing. Jodoh? Bersaing pun mungkin guna cara yang sihat. Cehh. Kadang-kadang aku tak dapat kawal emosi bila apa yang aku dok tegur, apa yang aku bagi taw. Tak dipedulik langsung. Masa tu memang aku tak boleh kontrol. Tapi hari ni, aku pikiaq, cukuplah setakat tu saja. Aku dah berusaha perbaiki apa yang tak baik. Tapi orang still buat BODOH. Aku pun tak mau nampak aku BODOH. walaupun aku dah buat benda-benda BODOH yang menguntungkan orang lain tapi 100% merugikan aku. Tak pa la. Aku terima ja la apa yang dah jadi. Menyesal memang tak dak lam kamus hidup aku. Mana yang aku dah buat silap, aku jadikan pengajaran. Nak buat teruk hari-hari, silap hari bulan boleh jadi gila. So kena la bijak kawal emosi supaya tak dikuasai tekanan. Boleh mai macam-macam penyakit pulak tu. Chill sudah~

Thursday, March 17, 2011

Fuhh~

Tak dak langsung cerita menarik tertarik kau memang da' bomb sepanjang dua hari ni. Masalah tak setel-setel. Masalah yang sama, Orang tak berminat nak setelkan. Suka simpan buat pekasam. Aku bukan peminat pekasam. Jadi terpaksa la , mengadap masalah tu hampir setiap hari. Aku tak leh nak zip mulut. Aku tak boleh nak buat-buat tak nampak dan tak boleh nak pekakkan telinga. Mencabar betol!!

Hari ni. Aku puasa. Letih jugak rasa. Letih daripada selalu. Macam nak tidoq. Dengan suasana sejuk lain macam hari ni. Perut dah berkriuk-kriuk hiasan Maggi Goreng Indonesia. Tak pa. 4 dan setengah jam lagi nak Maghrib (Asar pun belum).

Menu pilihan? Makan ja apa yang ada kat rumah. Janji dapat makan dan kenyang. Masa oh masa cepatlah berlalu. Tak sabar nak balik rumah.

Yang dalam perjalanan ke Taman Tema Tanah Tinggi Genting dah sampai mana. Korean celup tengah buat pa..tettt...

Kita berehat sebentar: Iklan: JIWA KELAJUAN by HUJAN ~Like NOH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...