Wednesday, March 23, 2011

Darah O Darah~

Assalamulaikum

Hari ni aku nak bercakap pasal jenis darah memandangkan darah aku baru lepas mendidih semalam. Hari ni alhamdulillah dah sikit-sikit kembali suam. Sebab pa aku marah, sebab ada orang yang menaikkan kemarahan aku la. Asyik menganggu hidup orang. Try dia pkiaq kalau orang kacau hidup dia. Aku rasa lagi dahsyat pada aku kot. Besa la kalau orang dah tak tau malu, gedik. Bukan pikiaq panjang pun. Pa yang dia taw, janji dia puas hati. Nafsu jahanam. Arrghh malas la aku nak cakap pasai budak tu lagi. Aku dok sakit pala, dia dok happy. Ikut hati mau ja aku sound direct. Baru dia tau dunia ni bukan dia sorang yang punya~
Semalam aku dok tengok facebook, jumpak la satu Application ni. Sekarang ni besa la. Macam-macam Application ada kat FB tu. Sifat peribadi ikut bulan Islam la, bulan melayu la,ikut jenis darah la dan macam-macam jenis lagi LA. So aku nak kongsi pasal keperibadian Individu yang mempunyai jenis Darah O. Sebab aku pun darah O. Kalau dari segi sains, darah O boleh ngam dengan semua jenis darah sebab itu ia digelar penderma universal. Tapi aku tak boleh derma disebabkan darah aku cayaq (cair). Apakah?
Sifat-sifat tu seperti kat bawah ni.
Bersifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Memang tak diakui la, aku jenis sangat setia dan tahap sabaq aku sangat tinggi. Bukan nak riak, tapi memang betoi. Cuma kadang-kadang tu tercalaq jugak kesabaran tu. Besa la manusia biasa. Kalau kesetiaan, tak kisah la kat sapa, orang ka, barang ka. Kalau selagi dia tak buat aku macam orang BODOH memang aku akan setia, len la kalau asyik buat aku sakit hati. Hah memang babai la. Kalau barang pulak, aku sangat memilih. Barang yang aku beli dan aku sangat suka. Aku akan jaga sampai rosak. Betapa setianya aku. Haha. Kalu bab keyakinan, kadang-kadang yakin dengan diri sendiri. Bergantung kepada situasi jugak. Kelemahan aku adalah kena bercakap depan orang ramai. Aku memang tak suka.
Sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Hah ni memang tersimpah jauh daripada perangai aku. Aku paling tak suka jadi ketua. Payah jadi ketua, sebab aku jenis tak reti nak mengarah. Lebih baik jadi orang bawah. Pastu kalau ketua bengong, kutuk belakang. Teruk gila. Standard la kalau kerja berkumpulan. Semua orang tak pernah puas hati. Tambah-tambah kalau ketua tak boleh pakai tak boleh harap.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ni pun kadang-kadang la. Tengok sama ada aku betul-betul mampu atau tak. Lagipun aku bukan jenis letak matlamat yang tinggi. Semuanya serba sederhana. Dari bab makan, pakai, kerja, dan lain-lain. Janji tak menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. Orang lain yang selalu menyusahkan aku. Tambah-tambah orang yang tak pernah berterima kasih. Apa salahnya kita menghargai susah payah orang yang tolong kita. Kenapa la ada jugak manusia spesis ni kat muka bumi ni. Patutnya kena telan Tsunami masa gempa bumi kat Jepun hari tu. (11 Mac 2011)
Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Mesti la cemburu. Bab ni aku malas nak kupas. Sebab aku cemburu bersebab. Bukan cemburu buta macam yang dicanang-canang. Hampeh~
Terlalu serius dlm persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kpd diri kamu sendiri.Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri kamu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
Aku bukan jenis suka bersaing kot. Pernah ka aku bersaing untuk dapatkan apa-apa? Rezeki dan jodoh masing-masing. Jodoh? Bersaing pun mungkin guna cara yang sihat. Cehh. Kadang-kadang aku tak dapat kawal emosi bila apa yang aku dok tegur, apa yang aku bagi taw. Tak dipedulik langsung. Masa tu memang aku tak boleh kontrol. Tapi hari ni, aku pikiaq, cukuplah setakat tu saja. Aku dah berusaha perbaiki apa yang tak baik. Tapi orang still buat BODOH. Aku pun tak mau nampak aku BODOH. walaupun aku dah buat benda-benda BODOH yang menguntungkan orang lain tapi 100% merugikan aku. Tak pa la. Aku terima ja la apa yang dah jadi. Menyesal memang tak dak lam kamus hidup aku. Mana yang aku dah buat silap, aku jadikan pengajaran. Nak buat teruk hari-hari, silap hari bulan boleh jadi gila. So kena la bijak kawal emosi supaya tak dikuasai tekanan. Boleh mai macam-macam penyakit pulak tu. Chill sudah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...