Sunday, March 6, 2011

127 Hours~

Assalamualaikum

Lupa pulak nak cerita apa aktiviti aku minggu lepas. Mula-mula ingat plan nak pi tengok wayang tak jadi, sebab adik bongsu aku patah tangan. Tapi disebabkan ada barang yang nak dibeli. So boleh la dijadikan alasan untuk keluaq dan tengok wayang. Destinasi pilihan adalah Big Cinemas Kulim. Hal ini adalah disebabkan filem yang aku nak tengok still not available kat panggung-panggung area Sungai Petani.

Filem yang sempat tengok adalah 127 Hours. Black Swan belum ditayangkan kot. Mula-mula baca ulasan cerita ni kat Utusan Malaysia Online macam best. Tapi rasanya bagi sapa-sapa yang minat filem aksi tak akan rasa best kot kalau layan filem ni. Filem ni berbentuk survival. So kebanyakkan scene tertumpu masa Aaron ni tersepit di celah-celah rekahan/ ruang. Yang menyayat hati tu bila dia ambik keputusan untuk mematahkan dan mencabut tangan sendiri. Kalau aku memang tak sanggup sebab tak berani kot. Disebabkan semangat untuk hidup tu tinggi, so kena la berkorban sikit. Daripada mati macam tu ja. Lagipun belum sampai ajal walaupun tak makan 4-5 hari dan terpaksa minum air kencing sendiri. Erkk.Ewww(ala-ala AnwarHadi). Lagi satu Aaron (James Franco) kuat berkhayal. Sian tol.

Jadi aku nak sarankan kat sini, sapa-sapa yang suka filem-filem survival sahaja boleh layan cerita ni. Kalau suka filem aksi-aksi better cari filem lain. Takut tertidoq dalam panggung ja nanti. Rugi RM 10@ RM7.

Sekian sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...