Monday, March 14, 2011

Hitam atau Putih??

Assalamualaikum


Hari ni nak cerita pasal mata. Mata aku. Bukan mata orang lain. Mata merupakan benda pertama yang aku tengok bila kenal seseorang. Aku sangat minat jenis mata yang renungannya tajam dan dalam (kecuali orang psiko). Seksi kot. Haha. Kalau lelaki aku suka tengok mata Tarabas (Nicholas Rogers) watak dalam cerita yang agak femes dulu-dulu iaitu The Cave of The Golden Roses. Aku tak la mengikuti sangat cerita ni, kalau tengok pun sebab nak tengok mamat Tarabas tu. Tapi sayangnya dia bukan HERO.  Kalau perempuan pulak aku suka tengok mata Megan Fox, awek Shia Labeouf dalam Transformers. Cantik gila mata dia kan.


  
Inilah Megan Fox. Lawo kot mata dia. Siap kaler kelabu lagi.

Tu cerita bab mata yang cantik. Yang aku nak fokuskan sekarang ialah mata aku makin hari makin rabun. Mungkin sebab hari-hari mengadap PC (personal computer) walaupun bukannya buat kerja sangat. So kuasa kanta atau spectacles power (bukan seperti power yang dimiliki power rangers) daripada 100 lebih dah naik kepada 200. Memang Apek kedai spek sarankan aku pakai spek (ringkasan untuk spectacles) supaya mata aku tak bertambah teruk. Padahal aku tau, motif sebenar adalah nak jual spek. Mula-mula nak chek ja, tapi besa la, sekali dia dah dapat pelanggan, dia akan pastikan pelanggan tu MESTI beli. Strategi pemasaran la tu.

Dulu penah ada spek. Tapi disebabkan muka aku tak lawa kalau pakai spek ( padahal tak pakai pun tak lawa mana), aku malas nak pakai hari-hari. Tapi kali ni aku bertekad nak pakai. Aku pilih la bingkai yang nampak stylo skit. Agak mahal. Tapi disebabkan nak jaga mata, kena la berkorban sikit walaupun duit sebonarnya dah hampir kering. Apa-apa pun aku dah bayar deposit. Kena la ambik gak.


Masalah sekarang aku konfius (sebetulnya confuse) nak pilih bingkai putih ka hitam. Apek tu cakap putih nampak moden. Tapi bagi aku lawa tu memang lawa cuma nampak over la pulak sebab aku bukan la penah pakai secara tetap, hanya secara sambilan. Dalam hati memang nak pilih hitam, tapi dia cakap macam ni;

'hitam sudah biasa, macam cerita P.Ramlee'.

Tapi stail OldSchool tu yang aku suka. Aku dah pun mintak beberapa pendapat orang ramai, da yang cakap hitam is better. As a beginner rasanya mulakan yang biasa-biasa dulu kot. So aku akan tukar balik ke BINGKAI HITAM. MUKTAMAD!( kalau boleh tukar la, harap-harap boleh) Hehe.


Lebih kurang macam ni la spek tu. Over sangat tak? Spek ni kepunyaan blogger ni.

ni pulak contoh spek bingkai putih. Nampak over la pulak rasa kalau aku pakai. Untuk makluman ni bukan balak aku. hiasan semata-mata. Haha

Sekian repekan aku tu kali ni. Adios...



Tarabas, Tajam tuu renungan dia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...