Monday, March 14, 2011

Cerpen~

Assalamualaikum

Lama betul rasa tak menulis. Padahal baru 4 hari aku tinggalkan blog aku. Minggu lepas bermaksud 10 & 11 Mac 2011. Aku telah terbang ke Kuala Lumpur. Ada lawatan makmal. Mula-mula melawat makmal RISDA. Tengok depa punya Documentation dan Implementation MS ISO/IEC 17025:2005. Kalau tengok depa punya kerja, nampaknya makmal kat tempat kerja aku ni sangatlah memerlukan banyak kerja bagi menyamai depa punya kerja. Berapa banyak kerja daa. Hari kedua (selepas cancel flight balik dengan sengajanya) melawat pulak makmal kat NanoC Sdn Bhd. Garang kot CIK/PUAN/CIK PUAN tu. Sedikit eksyen. Tapi tak kisah la. Sat ja melepak kat tempat depa. Tapi sebelum sampi NanoC ni, boleh pulak Pak Cik teksi tu sesat. Nak marah pun orang tua, kena la hormat. Sabaq ja la. Ni la namanya dugaan.

Aku tak mau merepek panjang pasal lawatan tu. Tapi satu benda yang best masa kat LCCT (baru ja sampai) ialah aku jumpak Nas-T/Nas Muammar Zar/Hasbullah Hj Ismail/Takiyuddin Ayub @ ABU KAMI!!!. Aku agak gumbira gak la masa tu. Cuma tak dak plak orang pi mintak autograf kat dia. Takkan aku salah orang kot. Mungkin sebab dia ni artis yang tak la meletup sangat so tak ramai la yang ambik pot dengan kehadiran mamat tu kat situ. Apa-apa pun sangat berpuas hati walaupun tak sempat nak tya ' Betoi ka ni Nas-t' haha. Tapi muka dia sangat la tidak stylo macam selalu. Tak mungkin pelanduk dua serupa. Sebab aku dah tenung dalam-dalam. Memang dia pun. Tak pa la, da jodoh. Leh jumpak lagi.

Ni aku nak sentuh sikit bencana alam yang teruk yang berlaku kat Jepun. Pada 11 Mac 2011, lebih kurang 1.30-1.45 petang waktu Malaysia, Kalu tak silap. Berlaku gempa bumi yang dahsat (8.9 skala Richter) dan menyebabkan ombak tsunami setinggi 10m. Memang menakutkan. Adakah ini bala? Hanya Allah SWT ja yang tahu. Sebagai manusia kita perlu la ambik peringatan daripada kejadian yang begitu dahsat ini. Walaupun tak kena di tempat sendiri. Semoga ruh-ruh saudara muslim yang terlibat (sekiranya ada), ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amiin. Lepas tu pulak, Jepun ni ada loji Nuklear yang memang merbahaya kalau bocor. Gempa bumi baru-baru ni telah menyebabkan struktur loji rosak. Bacaan lanjut tekan sini. Kesan radiasi tu boleh bagi effect teruk kepada kesihatan manusia. Semoga kita dijauhkan daripada kesan bahaya tersebut.

Sekian sahaja untuk kali ni. Teringin gila nak makan McFlurry~~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...