Sunday, March 27, 2011

Positive Thinking~

Assalamualaikum

 
"     Bagaimanakah kita hendak merasai keseronokan, kepuasan dan ketenteraman hidup ketika cabaran melanda? Jawapannya adalah dengan berfikiran positif.  "


Alhamdulillah. Rasa lega otak bila sentiasa berfikiran positif (berapa lama boleh tahan pun tak tau). Rasa ringan dan tak stress. Rasa tenang walaupun masalah sentiasa keliling pinggang. Feedback yang aku dapat pun sangat memuaskan berbanding dengan sebelum-sebelum ni. Sebenaqnya tak payah buat teruk sebab semuanya dah tertulis. So kena terima dengan hati yang terbuka walaupun pahit nak telan.

Rajin pulak aku dok selak-selak Google hari ni. Apa yang aku jumpak adalah seperti berikut:

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Tiap Hari

''   Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari  ''
 
Kadang-kadang susah untuk sentiasa bersangka baik tambah-tambah dalam situasi yang buruk. Confirm nampak yang negatif saja. Biasa la perempuan sentiasa bertindak ikut emosi. Bukan la nak kutuk perempuan. Tapi hakikatnya memang macam tu kejadian seorang perempuan. Perempuan kan ada 9 nafsu + 1 akal.
 
Kalau aku. Jarang la nak pikiaq salah orang lain sebelum tidoq. Pernah ka. Mungkin ada la jugak kot. Ntah aku pun tak ingat. Aku pulak jenis susah nak gaduh dengan orang (baik tak. haha)
 
Selalunya aku yang dikuasai emosi. Tak dinafikan. Pastu baru reti nak pikiaq balik. Apa yang aku cakap tu betul ka tak. Tapi aku jenis senang nak mintak maaf kalau aku tau tu salah aku. Aku jenis tak senang duduk kalau dah buat orang lain terasa. Rasa bersalah tu tak kan hilang la selagi aku tak mintak maaf dan orang tu tak maafkan aku.  
 
Sekian...
 
p/s: The Adventurous of Merlin dah habis tuk season ni. Kena tunggu season baru pulak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...