Assalamualaikum
Sejak dua menjak ni langsung dalam kepala tak dak idea yang bernas-bernas, yang ada pasal DUIT. Bulan ni memang aku nak pakai banyak duit. Sebabnya kereta aku (yang belum diberi nama kerana tak jumpak nama yang sesuai) dah sampai waktu kena bayaq Insuran sama Cukai Jalan a.k.a Road Tax. Aduss..habis la simpanan aku tu. Sayang gila nk withdraw walaupun tak banyak mana. Tapi tu ja la sumber duit yang aku ada. Nak pinjam kat mak aku? Macam tak patut ja malah telah melanggar prinsip hidup. Cehh. (Padahal dah berapa banyak prinsip hidup yang aku dah langgar. Haha. )
Tak pa, gaji bulan ni belum lagi masuk. Hujung bulan mungkin. Road Tax aku pun mati hujung bulan. Timing yang sangat perfect. Kalau diikut-ikutkan bulan ni banyak gila barang aku nak beli. Aku bagi 2 contoh:
Seluar denim hitam memandangkan seluar sedia ada dah semakin 'season' dan sangat tak sesuai nak pakai p keja. |
Kain Ela nak buat baju. Baju kurung aku dah tak banyak. Aduss. |
Nampaknya bulan depan la kena tunaikan semua permintaan. Macam Jin. Namun begitu (skema) bulan depan kena servis kereta pulak. Aduss. Sabaq ja la.
Lupa pulak nak cakap. 26 Mac 2011 yang lepas, umur aku dah bertambah lagi setahun. Tapi tahun ni tak dak apa-apa yang best atau special. Yang penting bersyukur sangat-sangat dapat peluang untuk hidup lagi. ( malas tul bila sampai part serius. haha).
Yang tu ja la aku nak story. Sebuah cerita yang boring. Kesimpulannya, aku mengalami sedikit masalah kewangan, tapi tak reti-reti nak berjimat.
Sekian~
No comments:
Post a Comment