Assalamulaikum
Hari ni adalah hari pertama dalam hidup aku p renew insuran dan cukai jalan sorang-sorang. Nak cerita sikit pengalaman, aku kalau buat kerja pertama kali, mesti ada benda tak kena. Mula-mula, p ambik duit dekat SP Plaza, sekali mesin ATM tu lembab macam siput da. Rajin pulak aku patah balik p Bank Islam Lagenda Height. Jauh gak tu. Hal ini disebabkan oleh aku nak keluarkan duit Tabung Haji aku. Tu ja yang ada. Duit gaji pun tak masuk lagi.
Lepas ambik duit. Patah balik p pekan Sungai Petani, tujuannya nak p renew kat Ambank berdekatan dengan Central Square.
Lepas parking berbayar, RM 2. Mahal kot. padahal aku nak parking sat ja. Jalan-jalan. Bila sampai terus naik tangga. aku nampak "INSURAN KERETA- TINGKAT DUA". Bila masuk nampak sorang amoi.
Amoi: Mau buat apa?
Aku: Nak renew roadtax ngan insuran.
Amoi: Bank apa?
Aku: Bank apa? (aku tak berapa nak paham soalan amoi ni)
Amoi: bank apa? sekarang kereta tu u punya ka.
Aku: haa. Ambank. Kereta saya la. Baru 1st time nak renew.
Amoi: oo. u turun tingkat satu, tangga sebelah.
Aku: ok. makasih
%^&*(*()(()...adus saipa la aku nak perasan ada tangga satu lagi. Padahal aku dah pernah mai dah hari tu. Patut la aku rasa ofis dia pelik ja.
Lepas turun tangga naik tangga, Letih tu. Nasib aku agak baik la, orang tak ramai, dalam 4-5 orang ja. sampai turn aku, kak jaga kaunter tu mula cakap:
Kak 1: Nak buat pa dik?
Aku: Renew insuran ngan roadtax.
Kak 1: No kereta?
Aku: PJQ $%^&
Kak 1: eh, dah ada orang bayaq ni. sebelum ni da sapa-sapa bayaq tak?
Aku: eh tak suruh sapa-sapa bayaq pun. (lam hati kata sapa la baik sangat sangup bayaq roadtax ngan insuran kereta aku..perasan toi)
Kak 1: tempat adik ambik kereta dah buat bayaran kot.
Kak 2: haa. maybe la.
Kak 1: haa. xpa, mai kak double check balik.
selepas beberapa saat.
Kak 1: haa. betul la. depa dah bayaq.
Aku: ooo. camtu ka. kena p ambik roadtax kat kedai la. xpa la, makasih.
Padahal kedai aku ambik kereta ari tu memang awal-awal dah telefon tanya, aku nak suruh depa renew ka tak. Aku tak sangka pulak. bila aku dah setuju, depa dah buat awal-awal. Ingatkan bila bayaq baru depa nak buat. Bagus gak la depa buat camtu. Tolong renew awal-awal. Harap aku, last minit baru hegeh-hegeh nak pi buat. Malas nak cakap depan kak-kak tu. Mau kena t. Buat malu ja.
Kena pulak p kedai Produa tu kat Taman Sejati nun. Tak pa, memandangkan roadtax aku memang akan mampus esok. Sampai-sampai. Buat bayaran. Boleh terus belah. Dapat la roadtax. Kalu buat kat bank tadi mau kena mai pulak esok ambik roadtax.
Kesimpulan, belajaq daripada kesalahan. Haha
No comments:
Post a Comment