Tuesday, May 3, 2011

Rayyan Aiddin~

Assalamualaikum

Semalam aku berjaya menghabiskan (habis baca selepas seminggu beli) sebuah novel karya Ramlee Awang Murshid (RAM) iaitu Rayyan Fantasi. RAM adalah seorang novelis yang aku minat jugak la, makna kata cerita-cerita yang ditulis kena dengan jiwa aku berbanding novelis-novelis Malaysia yang lain yang banyak tulis kisah cinta berbunga-bunga jadi air mata. bla bla.  

Dulu waktu zaman sekolah, layan jugak la novel-novel cinta, tapi bila fikir-fikir balik, jalan cerita kisah cintan-cintun ni tak banyak beza. Ending dah boleh tau. Kebanyakkan konflik yang sama, gaduh-gaduh, baik, kawen paksa, kawen sukarela. Balik-balik Happy Ending. Bosan.  

Rayyan Fantasi ni adalah novel ketiga karya RAM yang aku habis baca selepas Hatiku Di Harajuku (best) dan Ungu Karmila (seram + sains, fiksyen atau bukan aku tak berapa pasti). Sekarang ni sempat kumpul Rayyan Fantasi dan Ungu Karmila ja, yang lain tak terbeli lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki teringin jugak nak ada semua novel RAM. Harga novel pun tak mahal sangat.Berpatutan bagi orang yang sayang duit nak beli novel sendiri (macam aku)sebab dulu memanjang pinjam kat member.

Berbalik kepada novel Rayyan Fantasi ni, jalan cerita dia,  aku boleh simpulkan macam sebuah cerita Sains Fiksyen ala-ala Filem Thor (bagi aku filem ni tak best mana) yang aku baru tengok minggu lepas. Ada scene di bumi dan planet lain. Nampak merapu, tapi susunan cerita novel ni sangat best. Bila dah baca tak boleh nak berhenti sebab banyak sangat persoalan kalu berhenti sekerat jalan. RAM jugak ada selitkan unsur-unsur ketuhanan dalam cerita yang ditulis-menarik. Bayangkan makhluk asing (asalnya) yang digambarkan menganut agama Islam, solat tak tinggal walaupun masa scene kat planet depa. Menarik betul.

Mungkin ada yang berminat dan ada yang tak berminat dengan jalan cerita macam ni. Terpulang kepada selera masing-masing. Kalau boleh bagi bintang, aku boleh bagi 4 suku bintang. HEHE

Tabiat aku bila baca novel, mesti bayangkan watak dalam novel dengan orang yang betul-betul wujud. Baru da feel. HAHA. Dalam novel ni, aku bayangkan watak Rayyan atau Aiddin (Hairi Safwan -pelakon baru), Ibrahim atau Mij- Gillion ( Azhan Rani), Supinah ( Aida Khalida) dan lain-lain lagi la. Kalau novel ni difilemkan atau didramakan, aku pilih depa-depa ni la sebagai watak utama. HAHA.

Jadi kepada sapa-sapa yang minat RAM bolehlah dapatkan Rayyan Fantasi di kedai-kedai buku berdekatan. Kalau kat kedai buku POPULAR yang novel ni dikira novel yang popular, laris kat kedai tersebut. Harap maklum. HEHE

3 comments:

  1. peminat novel rupanya.. erm, bunyi cam menarik jer novel tuu tapi zwan x suka baca novel.. panjang sangat nak kena baca.. HUHU


    MySuaraBlog: Sebiji Telur Jer?

    ReplyDelete
  2. zwan>> haha. minat gak la, tambh2 novel misteri2, hantu2 ka, kalu novel cinta, boring sket.

    cik anggur>> boleh2, t cik abu bawak. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...