Assamualaikum
Sapa yang tak pernah menangis. Angkat kening..haha
Tipu la kalau cakap tak pernah menangis (tak termasuk masa zaman belum baligh) tambah-tambah bagi golongan Hawa.
Mengikut apa yang den jumpak masa dok sembang-sembang dengan Mr Google den jumpak list ni:
Tapi sebelum tu den nak habaq jenis-jenis air mata. Ada 3:
Airmata basal
memastikan mata kita sentiasa lembab( maybe eyemore/ubat mata..tak pasti pulak...haha)
Airmata reflex
dihasilkan bila adanya tindakbls seperti bndasing yang masuk kedalam mata
Airmata neutral
airmata yg terhasil bila tubuh bertindakbalas secara emosi
Setiap jenis airmata mmpunyai kandungan jumlah bahan kimia, protein dan hormon-hormon yangg berbeza. Saintis menemui tangisan emosi mengandungi paras manganese dan hormone prolaktin yang tinggi.
sumber: FIFAPRIL 86'S BLOG
7 Kebaikan Air Mata yang Menangis
Membantu penglihatan air mata berfungsi untuk melembabkan membran mata, elakkan mata jadi kering yang boleh menyebabkan penglihatan kita menjadi kabur.
Membunuh bakteria Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.
Meningkatkan mood Tahukah anda dalam air mata yang dihasilkan oleh tekanan emosi yakni bukan sebab habuk atau kupas bawang ,mengandungi 24% protein albumin yang berguna untuk menstabilkan kembali sistem metabolism bermakna emosi anda kembali stabil.
Mengeluarkan racun William Frey( ahli biokimia) telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati air mata yang dihasilkan akibat tekanan emosi mengandungi racun, so bila anda menangis, keluarlah racun itu melalui air mata anda. Kira kalau anda semua tertekan, jangan malu nak menangis, sebaliknya menangis la puas-puas ditempat-tempat yang anda rasa agak privasi. Jangan menangis di tengah-tengah shoping complex atau panggung wayang. Haha
Mengurangkan tekanan Den ingatkan dalam badan ada hormone estrogen/testosterone ja, rupa-rupanya hormon stress pun ada. Ianya dikenali sebagai leucine-enkaphalin dan prolactin yang dikeluarkan semasa anda menangis akibat stress yang amat. Sebab tu la sesetengah orang (termasuk den) suka menangis bila geram. Bila lepas menangis baru rasa tenang sikit. Bukan tu ja, menangis bagus untuk melawan penyakit darah tinggi.
Mengenal erti sosial Pendek kata, mengeratkan silaturrahim. Ada sesetengah orang, bila stress, depa ni akan ceritakan masalah depa kat orang lain contoh mak ayah, kawan-kawan, sepupu sepapat dan lain-lain. Tapi den lain, jarang den meluahkan perasaan/masalah kepada orang lain tambah-tambah bab hati dan perasaan. HAHA
Melegakan perasaan Perasaan yang terbuku bila dilepaskan memang melegakan.
sumber: ezany-kun
Bila difikir-fikir balik, selalunya kita-kita menangis sebab frust bercinta, balak tinggai awek,awek tinggai balak tapi yang menangis sebab bertaubat, menyesal dengan dosa-dosa sendiri, menangis dalam solat...amatlah sikit (termasuk den). Mungkin sebab terlalu banyak disogok dengan keseronokan dunia. Kadang-kadang rasa time muda ni la nak enjoy.Padahal pada pandangan den, dunia ni bukan tempat untuk enjoy, tapi tempat untuk kumpul pahala. Tapi berapa banyak pahala dah terkumpul? (point topup lagi banyak kot). Wallahu a'lam bissawab...
p/s: lawan menangis adalah ketawa, so ketawa la selalu dan bila ada masalah jangan dok pikiaq sangat, .carilah benda-benda yang melawakkan hehe. macam rancangan maharaja lawak, tapi jangan gelak sampai tak ingat dunia sudah. tu syaitan suka, Allah tak suka.
ya allah buruk gila format..pdhl masa sblom post elok ja..bntai ja la..huhu
ReplyDeletehaha edit la balik
ReplyDelete