Assalamualaikum
Hari ni aku nak cerita pasal kereta. Kereta aku biasa-biasa saja. Tak semahal dan selawa kereta orang lain. Tak dak aksesori tambahan langsung (kurang bajet). Beli kereta pun sebab tak dak transport nak pi mai pi mai kerja.
Masalah sekarang ni aku tak reti bab-bab kereta ni.Langsung. Nak buh angin pun aku tak reti. Rasanya angin kereta aku tu dah kurang. Tapi tak pi boh lagi. Kalau singgah stesen minyak, malu nak suruh orang tolong bubuh kan. Kalau ada orang yang jaga dekat pam angin tu tak pa la jugak.
Tadi aku ada search kat Google, effect kalu angin tayar kurang. Antaranya:
- Stereng jadi berat dan ketat tambah-tambah time nak parking atau kena banyak belok.(kadang-kadang rasa jugak)
- Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.
- Menyebabkan penggunaan petrol bertambah (duit-duit)
Masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.WAJIB
Sumber boleh klik kat SINI
belajar-belajar pam tayar. aduii |
Lepas ni kena la belajar cara-cara nak buh angin dan rajin-rajin check tayar, cukup angin ka, botak ka. Ni baru bab tayar, bukan bahagian enjin lagi. Biasa la perempuan, bukan reti sangat bab-bab penjagaan kereta. Tau naik ja. Lagipun selalu ikut jadual servis kereta. So harap time tu ja la. Kena tunggu 3 bulan pulak baru tau pa perkembangan kereta.
Harap-harap kereta aku boleh bertahan selama yang mungkin dan tak banyak ragam. Hehe
Sekian
No comments:
Post a Comment