Thursday, February 10, 2011

Tiramisu Bo Liau~

Assalamualaikum

Hampir setiap hari aku menjalankan aktiviti mengupdate blog, walaupun kadang-kadang tak dak cerita bagus dan best, hasil tulisan lagi la, makin hari makin teruk kot. Aku rajin update sebab rasa gian dan ketagih. Padahal bukan blog popular dan menjadi santapan harian orang lain. Tapi tu semua tak penting, janji aku tak kacau blog orang.

Nak cerita.Semalam, Hari khamis. maka tamatlah sudah cerita Tiramisu yang hari-hari aku follow kt TV3 tu. Walaupun ending drama ni adalah jenis happy ending yakni Hero dapat kawen/kapel dengan heroin, tapi aku macam tak puas hati pulak, Aku lagi suka kalau endingnya Dani kawen dengan Tina. Baru lain sikit. Kalau dalam dunia realiti perempuan ditinggalkan sebab lelaki tu suka perempuan lain, agak-agak apa yang hampa semua rasa. Siap dah beli semua barang, booking tempat, catering bla bla dengan selamba badak sumbu sumatera, lelaki tu senang-senang ja nak cancel. Memang bengang.

Dalam drama ni Dani tak jadi kawen dengan Tina sebab Melur dah mengaku Si Melur suka si Dani sejak dulu lagi.

Kalau aku jadi Melur:
1) happy la sebab dapat balik balak lama
2) rasa macam perempuan kejam sebab boleh rampas balik saat-saat akhir.

Kalau aku jadi Tina:
1) sedih gila
2) saman Dani mintak ganti rugi dan saman malu.haha
3) belasah sekuat mungkin

Kalau aku jadi Dani:
1) pikir dulu sebelum cakap, kan dah menyakitkan hati orang lain
2) berusaha bersungguh-sungguh nak dapatkan melur. Tapi dia ni tak. Lemah semangat. Bila tengok melur dengan orang lain, dah menyerah kalah.
3) tetap pendirian. Bila dah suka melur, melur ja la jadi target, tapi masalah mamat ni sat-sat suka melur, lepas tu liyana , then tina. goyang betui.

Tapi nak buat macam mana, ni standard cerita cinta kat mana-mana pun. Keseluruhan cerita bagus dan tak memboringkan sebab genre komedi romatik la konon-konon. Tak dak la asyik menangis ditangisi dan tangisan. Boleh gelak-gelak layan cerita ni.

Minggu depan ada drama baru pulak. BEGITUKAH CINTA. Macam penah dengaq, tapi dimana tak ingat. Hero best, heroin pulak macam spoil. Tak pa, kita layan dulu baru cerita panjang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...