Assalamualaikum
Salam sejahtera
Aduss lenguh gila tangan, belakang, pinggang. Almaklumlah baru lepas tournament badminton. Saja join. Boleh la beriadah, keluar peluh. Lama sangat dah bela badan. Walaupun aku makan banyak, tapi badan menten kurus, cuma part muka ja memang nampak ketara terlebih isi.
Tournament ni aku join untuk beregu campuran. Nama kumpulan, Shukriah sempena nama partner aku Shukri+ nama aku sendiri ( tak perlu tau nama penuh)= Shukriah. Tapi nama ni bukan aku pilih. orang yang tolong daftarkan nama tu yang pandai-pandai letak nama kumpulan. Tak kisah la, janji ada nama.
aku tak la sehebat depa dua orang ni |
Kumpulan aku layak sampi peringkat kedua ja. Tu pun nasib ja sebab masa peringkat awal tu lawan dengan kumpulan biasa-biasa. Boleh la partner aku kumpul banyak-banyak point. Aku setakat kaver line ja. Mai Peringkat kedua, kena lawan ngan kumpulan yang terer yang tahap terrorist. Pa lagi. Kalah la jwabnya. Mamat tu asyik smash aku ja. Mentang-mentang aku tak terer macam dia. Nasib baik tak jadi mesh potato. Tapi kumpulan ni memang super power @ superb pun, menang untuk beregu campuran pulak. Tahniah la.
Papa pun walaupun tak menang aku still enjoy sebab boleh jugak mengeluarkan peluh yang amat banyak. Rasa ringan sikit badan. Kalau tak asik makan dan mengadap tv. Kekalahan mungkin disebabkan oleh tak pernah main secara serius ( main kat depan rumah sahaja + main suka-suka kat sekolah dan matrik) dan kurang latihan. 2 kali latihan ja. Lepas tu terus main. Macam mana la nak menang. Tak pa, ada rezki kita main lagi.
Sekian..
No comments:
Post a Comment