Tuesday, February 1, 2011

Betulkan Yang Tak Betul

Assalamualaikum

Minggu ni dan minggu lepas aku sedikit sibuk daripada kebiasaan (selalu banyak lepak). Minggu lepas sibuk buat 'Testing on Melt Flow Rate for Polycarbonate'. Walaupun PC bukan resin yang menjadi pilihan, tetapi disebabkan customer dah hantar, terpaksa la buat. Aku malas nak cerita panjang lebar pasal testing tu sebab semua dah settle. Yang tak settle-settle sekarang adalah application kami untuk MS ISO/IEC 17025. Sangat sakit kepala memikirkan pasal benda ni. Semalam ada sorang Lead Assessor dari Standard Malaysia iaitu En Roslan Alias datang check documentation, yang utamanya Quality Manual. Banyak betul salah. sini salah situ salah. Pening kepala jugak la aku tengok En Roslan tu dok belek QM kami. Tapi biasa la orang-orang baru macam aku, mana la nak sangat pasal ISO ni. Training tu ada, cuma rasanya lebih baik, SAMM sendiri buat training kepada semua applicants.

Aku sangat tak puas hati bila masuk kerja sini terus kena buat pasal ISO ni. Bukan tak boleh buat, tapi pada pandangan aku, diorang ni belum bersedia. Komitmen sangat tak bagus. Sebab tak ramai yang tau pasal buat testing. Mampus la nak harap aku sorang. Kalau tak lulus. Jangan sesekali nak salahkan aku sorang. Walaupun kadang-kadang rasa nak give up tapi dalam hati ada jugak perasaan best dan rasa nak cabar kemampuan diri. Tapi aku jenis tak boleh nak tanggung sorang-sorang tambah-tambah kerja-kerja testing ni bukan boleh main-main. Melibatkan customer luar. Status kena jaga. Macam ni la nasib jadi orang bawahan.

Apa-apa pun aku akan berusaha sebaik mungkin. Lulus tak lulus kita tunggu. Dalam masa 2 tahun kalau tak dapat jugak Certificate tu. Aku mintak maaf. Aku dah berusaha. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...