Tuesday, February 1, 2011

Sebuah Pandangan~

Assalamualaikum

Kalau ikutkan dari minggu lepas aku nak tulis entri ni. Tapi disebabkan masa yang tak mengizinkan, aku simpan dulu sampai hari ni. Tak dak benda sangat pun aku nak share. Cuma nak komen pasal kenyataan Lee Kuan Yew , bekas Perdana Menteri Singapura yang telah mengeluarkan kenyataan supaya rakyat Singapura yang beragama Islam tak terlalu berpegang teguh kepada ajaran Islam, makna kata jangan jadi terlalu alim.Itu satu hal, lepas tu keluar pulak artikel dalam Utusan Malaysia, wartawan aku tak pasti namanya siapa. Itu tak penting, yang aku tak cerita kat sini, dia cakap Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, sokong kenyataan Lee Kuan Yew. Ini la masalah wartawan-wartawan arus perdana, suka memutarbelitkan kenyataan. Kalau ikut logik aku, kenyataan tersebut ada maksud tersirat. Rupanya-rupanya memang betul pun firasat aku bila aku tengok blog ni.

http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/01/isu-kenyataan-lee-kuan-yew-utusan.html

Tok Guru cuma nak membandingkan pemimpin BUKAN ISLAM dengan pemimpin ISLAM yang ada di Malaysia. Lee Kuan Yew memang keseluruhannya BUKAN ISLAM dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dia nak cakap, memang hak dia. Negara dia dah bukan negara Islam. Masalahnya sekarang pemimpin yang mengaku ISLAM yang tak mau berpegang teguh kepada Islam. Contoh boleh lihat pemimpin sekarang, tengok isteri, anak-anak mereka. Berpegang teguh kah kepada Islam? Berhenti la menabur fitnah, sumbat benda-benda tak betul kepada rakyat. Sapa-sapa yang termakan dengan kata-kata musuh-musuh ulama' fikir-fikirkan la balik. Kepada wartawan yang tak tahu hujung pangkal jangan hentam keromo tulis benda yang tak betul. Duit gaji tu nak bagi anak-anak makan, kalau setakat cari nafkah dengan fitnah, lagi mulia kalau kerja cuci jamban.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...