Monday, February 28, 2011

Hiking yang Best~

Assalamualaikum

Aku nak cerita pasal aktiviti aku minggu lepas. Aku join member dan member-member kepada member aku pergi hiking kat Taman Negara Pulau Pinang. Aku sangat bersemangat nak join sebab dah lama aku tak pi hiking. Last trip masa aku join Rakan Muda USM ghabat (panjat/ hiking) Gunung Jerai ( tapi ikut laluan kat Titi Hayun, Yan).

Sangat best, walaupun penat jugak la. Tambah-tambah part yang agak curam. Memang meletihkan dan menyebabkan degupan jantung laju macam F1. Dup..Dup..Dup... Lebih laju daripada degupan jantung normal.

Start hiking tak ingat kul berapa. Tapi hanya 1 jam 45 minit (termasuk aktiviti posing ambik gambar) kalau tak silap untuk sampai kat Pantai Kerachut. Pantai Kerachut ni bersih jugak. Tapi ada jugak manusia-manusia yang tak bertamadun, buang sampah merata-rata. Keunikan Pantai Kerachut ni, airnya sangat bersih dan jernih, hijau. Pasir putih dan halus. Tapi malangnya tak boleh nak mandi manda sebab kat sini banyak ubur-ubur. Nak mandi boleh, takut disengat ja. Huhu.

Pantai Kerachut jugak menjadi tumpuan penyu-penyu bertelur (bukan kat Terengganu ja). Ada la pusat penetasan telur-telur penyu untuk tujuan pemeliharaan, lagipun penyu dah banyak pupus. Nak tengok boleh klik sini.

Selain tu ada tasik unik yang dinamakan Tasik Meromiktik Uniknya sebab tasik macam ni ada di 19 tempat ja kat dunia. Malaysia ada satu sahaja dan terletak kat sini la. Gambar boleh tengok kat page ni. (pinjam mamat ni punya fotopage). Lagi satu keunikan tasik ni ialah airnya ada dua lapisan. Lapisan bawah air masin dan lapisan atas air tawar. Sebabnya air masin lebih tumpat daripada air tawar. Unik kan bila tak bercampur. Subhanallah. Tapi sayangnya tasik ni bermusim, bukan sentiasa ada. Masa aku pi ari tu bukan musim tasik ni penuh. So just tengok tasik yang kering kontang sahaja. Tak caya? Leh baca artikel ni.

So, aku sangat menggalakkan semua orang pi sana. Memang tak rugi. Boleh rehat otak kalau stress atau frust cinta dan sebagainya. Nak pi sana boleh pi guna dua cara. Sapa-sapa yang larat leh hiking, sapa yang malas sikit boleh naik bot. RM10 sorang. Ok la. Berpatutan sebab berbaloi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...