Assalamualaikum
Lama giler den tak menulis. Bukan tak dak masa. Tapi sangat malas.
Minggu lepas minggu yang banyak cabaran dan dugaan yang den terpaksa tempuhi. Tambah-tambah melibatkan duit. Den kalu bab duit memang berkira. Tapi tak bermakna den kedekut macam Haji Bakhil. Haha
Ni den nak senaraikan kejadian-kejadian yang berlaku kepada den sepanjang minggu lepas.
1. Saman
Tak silap den hari Isnin atau Selasa den kena saman dengan abang trafik. Kesalahan tak pakai tali pinggang. Waduh-waduh. Padahal den rasa area tu area yang tak patut polis trafik buat roadblock sebab area taman kot. Jalan shortcut. Geram gila. Tapi nak buat macam mana. Dah nasib den tak berapa baik hari tu.
Masalah sekarang ni den belum setelkan lagi saman tu. Ada yang kata tak boleh kompaun, siap la RM 300. Tapi den ada la kabel boleh mintak tolong, tapi masalahnya brader tu garang sangat. Nak senyum pon jarang-jarang. Ada masa lagi, nanti la den cari masa sesuai, den kautim la ngan brader tu. Haha.
2. Terlepas kapal terbang
Hari Khamis masa pi Forum bersama Standard Malaysia kat Putrajaya nun. Kapal terbang tu beb. Bukan bas atau teksi. Tapi ntah kenapa den dengan member den tak ketaq langsung. Dah terlepas kena la beli tiket baru. Tau sajalah kalau terlepas kena beli on the spot memang mahal sikit. Tapi den redha ja la. Maybe duit yang ada dengan den sekarang ni bukan rezki den.
3. Tak puas layan Showdown
Haa..yang ni memang sayang gak la kalu tak menghayati sepenuhnya persembahan crew-crew yang den suka. Minggu tu abang den dari negeri sembilan balik kampung, dipendekkan cerita balik rumah den la. Biasa la anak-anak dia kecik-kecik lagi, budak-budak baru nak membesor. bukan reti nak duduk diam. Kang den bukak sound kuat-kuat mau kena sound ngan mak den.
Boleh tengok ulangan minggu ni. Pukul 11.45 malam. Tu yang menjadi permasalahannya sekarang, mata den ni bukan boleh 'jeghe' waktu-waktu lewat camtu yang bagi den memang cukup lewat. Haha. Takpa den akan berusaha jugak untuk bertahan.bertahan.bertahan.
HAHAHA YG NO 2 TU LAWAK KAN ~
ReplyDelete