Friday, March 9, 2012

Doktor cinta tak bertauliah ~

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba ja aku rasa pening, nak m****h. Mugkin sebab khusyuk sangat dok baca blog yang macam-macam fesyen tulisan. Dah naik cramp mata. Haha.

Jumaat hari ni lepak dalam office ja,  tak ada keinginan nak keluaq memandangkan kemarin aku dah travel agak jauh. Kamunting. Jauh tak? 100 km lebih sehala, jauh la kan. Haha.

Aku bukan nak cerita bab semalam, tapi nak cerita bab masalah cinta. Bukan masalah cinta aku, masalah cinta kawan-kawan aku dan mereka adalah lelaki.

Sepanjang aku hidup ni, 2-3 tahun lepas ni ja aku start rapat sikit la dengan lelaki. Sebelum-sebelum ni bukan tak rapat. Tapi aku jenis pemalu. Sejak aku kerja ni la aku lebih berani sikit. Buang rasa malu. Jadi senang sikit aku nak buat kerja. Tambah-tambah kat tempat kerja aku ni memang ramai lelaki, Staff dan student. Jadi rasa malu aku agak berkurang, kadang-kadang memang malu tapi cover. Haha.

Nak dijadikan cerita, 2-3 kes jugak cinta jugak aku kena hadap. Ada yang bermasalah dengan awek, asik gaduh. Ada yang sangsi dengan awek, takot depa syok sendiri. Macam-macam betoi la depa ni. Kadang-kadang rasa aku dah jadi macam doktor cinta plak , padahal aku bukan banyak pengalaman sangat dalam cintan-cintan ni. Kalau nak kongsi masalah cinta pun rasanya aku segan. Rasa macam benda tu tak la terlalu rumit, cuma jadi teruk bila terlalu sangat ikut perasaan. Sampai boleh tensen teruk-teruk.

Bukan aku tak suka dengaq masalah depa. Cuma kadang-kadang aku rasa aku ni bukan orang yang betoi untuk depa luah perasaan. Haha. Tak pun depa jenis nak cri orang yang boleh dengaq masalah depa ja. Tak payah bagi nasihat papa. Tapi takkan la aku nak diam camtu ja. Mesti aku terkeluaq gak nasihat sikit-sikit. Lawaknya ada yang kata, depa lebih semangat dengaq nasihat aku. Hadoi.

Cuma kadang-kadang sampai gak tahap aku macam agak slow sikit bagi respon, sebab ada yang hari-hari dok update pasal awek dia. Sorry la kalau ada yang terasa dengan perubahan sikap aku tu. La ni pon dia dah slow sikit ngan aku. Mungkin dia dah ok ngan awek dia kot.

Apa-apa pun aku nak nasihat sikit la, nak nasihat banyak tak pandai. Nasihat untuk diri aku jugak yang kadang-kadang suka gak pikiaq ikut perasaan. Nak nasihat satu ja, bila bercinta tu kena ingat, baru bercinta bukan berkahwin. Jadi tak boleh la nak control sana sini, jeles teruk-teruk. Berpada-pada sudah la. Jangan sampai gaduh-gaduh teruk. Lepas tu putus. Macam sia-sia, buang masa. Buang duit pon ada. Always think positive. Huhu.

Setakat ni ja la bebelan yang seberapa. Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...