Monday, March 12, 2012

John Carter~

Assalamualaikum wbt...

Dalam dok sibuk-sibuk mencari info pasal urusan kerja yang agak mencabar kesabaran, aku nak kongsi sikit la pasal movie terbaru yang aku tengok kat panggung wayang baru-baru ni. Movie apa? Sila lihat poster. Bila dengan sapa dan kat mana? Biarlah rahsia atas sebab-sebab keselamatan dalam kawasan. Haha.


John Carter asal bumi tapi disebabkan satu insiden, menyebabkan dia telah terkeluar daripada atmosfera bumi dan terdampar di planet Marikh, tanpa bantuan roket dan tak memerlukan tong oksigen. Sekelip mata dah sampai. Jalan cerita dia macam Filem Thor jugak cuma terbalik sikit. Dalam Thor, hero mai Bumi, tapi dalam filem ni hero pi planet depa yakni Planet Marikh @ Mars, tetapi mereka menggelarkan planet ini sebagai Barsoom.

 
Bila dia dah sampai Mars, masa mula-mula tu dia agak tak reti la nak jalan-jalan atas Mars sebab graviti planet tu lain daripada kat Bumi. Disebabkan ketumpatan (kot) tulang manusia bumi berbeza ngan orang kat Mars, kita boleh melompat macam belalang kat planet ni. Syok betoi. Kiranya dia ada kuasa la. Kuasa agak luar biasa bagi orang-orang Mars. Macam dalam poster kat atas, dia siap boleh hawing (bukan bahasa Inggeris yang tapi perkataan yang bermaksud membaling jauh-jauh) monyet putih gergasi ni.


John Carter & Tharks

Makhluk pertama John Carter jumpak kat Marikh adalah geng Tharks (kalau tak silap). Ketua depa kagum dengan kelebihan si John ni. So dia bawak balik jumpak geng dia. Banyak benda-benda yang jadi kat situ. Sila tengok sendiri. Haha.


John Carter & Puteri Marikh

Ni la hero dan heroin filem ni. Hero memang hensem, baru semangat sikit nak tengok. Heroin boleh tahan comei. Perempuan ni macam campuq-campuq sikit, tak tau la asal mana.

Time kat Barsoom, depa tengah perang sebab merebut kuasa, nak sapu kawasan. Standard la, yang jahat nak tawan kawasan baik. Geng-geng baik ni kira dah nak surrender dah mula-mula, tapi sebab adanya John Carter sebagai Hero, dia la yang jadi penyelamat. Ada la macam-macam jadi sampai la dia falling in love dengan puteri Marikh ni. Siap sampai kawen. Tapi masa malam perkahwinan dia tu, satu lagi insiden telah terjadi menyebabkan dia terpelanting balik kat bumi.

Masa terdampar kat bumi, terjadi lagi beberapa insiden yang aku tak mau cerita, hampa kena la tengok sendiri. Hehe

Keseluruhan, bagi aku cerita ni boleh tahan, ada banyak jugak action. Cuma aku tak berapa minat cerita-cerita yang terlalu fiksyen. Tapi rata-rata orang memberi komen positif pasal filem ni dan mendapat rating yang agak tinggi. Sila-sila la pi tengok atau beli DVD tak pun download sendiri lagi jimat cuma dia punya sound effect tak sama macam kat panggung wayang. Haha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...