Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Monday, March 12, 2012

John Carter~

Assalamualaikum wbt...

Dalam dok sibuk-sibuk mencari info pasal urusan kerja yang agak mencabar kesabaran, aku nak kongsi sikit la pasal movie terbaru yang aku tengok kat panggung wayang baru-baru ni. Movie apa? Sila lihat poster. Bila dengan sapa dan kat mana? Biarlah rahsia atas sebab-sebab keselamatan dalam kawasan. Haha.


John Carter asal bumi tapi disebabkan satu insiden, menyebabkan dia telah terkeluar daripada atmosfera bumi dan terdampar di planet Marikh, tanpa bantuan roket dan tak memerlukan tong oksigen. Sekelip mata dah sampai. Jalan cerita dia macam Filem Thor jugak cuma terbalik sikit. Dalam Thor, hero mai Bumi, tapi dalam filem ni hero pi planet depa yakni Planet Marikh @ Mars, tetapi mereka menggelarkan planet ini sebagai Barsoom.

 
Bila dia dah sampai Mars, masa mula-mula tu dia agak tak reti la nak jalan-jalan atas Mars sebab graviti planet tu lain daripada kat Bumi. Disebabkan ketumpatan (kot) tulang manusia bumi berbeza ngan orang kat Mars, kita boleh melompat macam belalang kat planet ni. Syok betoi. Kiranya dia ada kuasa la. Kuasa agak luar biasa bagi orang-orang Mars. Macam dalam poster kat atas, dia siap boleh hawing (bukan bahasa Inggeris yang tapi perkataan yang bermaksud membaling jauh-jauh) monyet putih gergasi ni.


John Carter & Tharks

Makhluk pertama John Carter jumpak kat Marikh adalah geng Tharks (kalau tak silap). Ketua depa kagum dengan kelebihan si John ni. So dia bawak balik jumpak geng dia. Banyak benda-benda yang jadi kat situ. Sila tengok sendiri. Haha.


John Carter & Puteri Marikh

Ni la hero dan heroin filem ni. Hero memang hensem, baru semangat sikit nak tengok. Heroin boleh tahan comei. Perempuan ni macam campuq-campuq sikit, tak tau la asal mana.

Time kat Barsoom, depa tengah perang sebab merebut kuasa, nak sapu kawasan. Standard la, yang jahat nak tawan kawasan baik. Geng-geng baik ni kira dah nak surrender dah mula-mula, tapi sebab adanya John Carter sebagai Hero, dia la yang jadi penyelamat. Ada la macam-macam jadi sampai la dia falling in love dengan puteri Marikh ni. Siap sampai kawen. Tapi masa malam perkahwinan dia tu, satu lagi insiden telah terjadi menyebabkan dia terpelanting balik kat bumi.

Masa terdampar kat bumi, terjadi lagi beberapa insiden yang aku tak mau cerita, hampa kena la tengok sendiri. Hehe

Keseluruhan, bagi aku cerita ni boleh tahan, ada banyak jugak action. Cuma aku tak berapa minat cerita-cerita yang terlalu fiksyen. Tapi rata-rata orang memberi komen positif pasal filem ni dan mendapat rating yang agak tinggi. Sila-sila la pi tengok atau beli DVD tak pun download sendiri lagi jimat cuma dia punya sound effect tak sama macam kat panggung wayang. Haha.

Sunday, June 19, 2011

"In brightest day, in blackest night,: No evil shall escape my sight..."

Sabtu lepas den dengan adik dan kakak den layan Green Lantern. Boleh tahan la cerita tu. Hero pun hensem (Rey Renolds). Tapi tak sepuas hati FAST 5.

Cerita ni ada campur-campur dengan kehidupan makhluk asing planet nama Oa, yang konon-konon jaga alam semesta ni la (merapu gila), ada ketua-ketua yang immortal (serius syirik). Lepas tu ada sorang antara ketua-ketua ni, termakan oleh semangat jahat pa ntah jadi JAHAT yang Macam sotong kurita ja bentuk. Pastu ada la jeneral tentera ka pa ntah kena serang ngan Parallax (nama sotong tu), so dia lari dengan spaceship. Dan semestinya akan terhempas kat Bumi dan yang pasti kat USA. Hahaha. Hero ni pulak, seorang yang berani, pilot jet pejuang tentera AS kot. So sebab dia berani jeneral yang terhempas tadi pilih la dia untuk ganti tempat untuk hapuskan Parallax tu. Nak tau lebih lanjut kena tengok la. HAHA.

Part paling best bagi den bila dia boleh hasilkan apa yang dia imagine untuk selamatkan keadaan. Biasa la mat salih, kalu buat cerita merapu, merapu betoi-betoi. Tambah-tambah based on KOMIK.

Apa-apa pun den nak bagi 4 bintang ja kot. Sebab aksi-aksi tak banyak dalam masa hampir 2 jam ka 2 jam lebih. Macam banyak sembang ja. Ingat kedai kopi ka pa. HAHA.

Ni la mamat REY RENOLDS

Sunday, May 15, 2011

Pantas dan Garang 5~

Assalamualaikum

Semalam 15.05.11 den baru berkesempatan melayan Fast Furious 5,padahal F&F 1-4 den tengok tapi tak rasa  'WOW' sangat. Memang banyak halangan dan dugaan betul sepanjang perjalanan ke Big Cinemas, Kulim tu. Disebabkan terlalu banyak rintangan yang harus ditempuhi, den dan adik den, telah terlewat hampir 15 minit. Rugi-rugi.

Tapi filem best ni giler lah. Memang puas hati. Hero-hero yang mantap. Kalau orang ajak tengok sekali lagi pun den sanggup.

Part paling best semestinya aksi ligan kereta sambil bawak bilik kebal. Haha. Lawak-lawak.

Den bagi 5 bintang. Paling best Vin Diesel, hero fevret den. Tapi dalam filem ni den suka usha mamat Jepun- Han (Sung Kang) cool habis...Hehe

 
 
p/s: sampai bila dia nak bisu seribu bahasa, aku dah tak tahan kot ngan prangai dia....arghhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...