Sunday, December 16, 2012

Kegemaran~

Assalamualaikum....

Lama bebenor aku tak update blog ni. Last update pon entri versi lepas geram. Rasa nak buat blog baru, tapi macam dah lupa steps. Malas plak nak searching bagai. Lagipun perasaan geram tu dah hilang. Aku dah mula bukak buku baru lepas buku lama tu aku humban dalam tangki najis. Tempat yang selayaknya. Haha. Metafora sahaja. Lupakan hamba Allah yang tak berapa nak berguna tuh. I mean, tak berguna dalam hidup aku. 

Tukar topik.....

Pernah layan Misteri Malam TV9. First time layan masa Daphne Iking dok story pasal dia punya pengalaman seram. Disebabkan aku tertengok separuh jalan, tahap keseraman tu tak tinggi sangat. Lepas cerita Daphne, Awi Rafael pulak cerita his creepy experience. Memang seram habis, tambah aku dok sorang malam tu. Tak sempat habis dia cerita aku dah tukaq channel. Haha. 

myKECOH..aku pon tak sure awat aku suka sangat kat mamat ni. Haha.  Cilok dari  blogger  azharoldtown TQ.  
6 Progresif pon best gak. Aku memang suka cerita-cerita yang ringan camni. Boleh layan dan gelak-gelak. Tambah-tambah ada 'abu' aku as KECOH , memang tak akan miss la kalau tiada aral melintang. Minggu lepas aku skip cerita ni sebab layan Malaysia vs Thailand, Piala Suzuki AFF. Kalah plak tu. Game pon boring. Boleh tengok kat tonton, tapi kalau asyik loading ja, malas plak nak tgk. 

Lagi satu cerita yang aku akan cuba untuk tidak missed ialah Pretty Little Liars yang misteri dengan watak A tu, sampi kesudah tak tau sapa itu A. Tapi kalau google, PLL ni dah masuk Season 3, tapi kat Malaysia baru ada Season 2. Confirm la Season 2 ni still tak tau sapa A tu. Jenuh la nak menunggu...huhu

Cukup la kot 3 cerita. Ada banyak lagi, sebab aku hantu tv. Tapi next time sambung....adios



Friday, September 7, 2012

I'm Sorry !


Assalamualaikum.

Langit Menangis. Lagu Nazim Othman dalam Dejavu di Kinabalu. Bukan nak cakap pasal lagu ni cuma terasa macam aku dah buat seseorang sedih sehingga wujud post di mukabuku 'hari yang menyedihkan'. Perh..sejak sekian lama, buat pertama kali rasanya membuatkan orang terasa dengan kelantangan lidah penulisanku. 

Rasanya dah banyak kali aku cakap benda sama. Cuma kali sebab aku dah tersangat-sangat- sangatlah kecewa tahap dewa, terpaksa jugak lepaskan semua. Walaupun mata dia dah naik juling, kepala pening, mental tertekan dek tulisan aku yang macam &^^%%&. 

So sorry kawan. InsyaAllah itu yang terakhir. Yes yang terakhir. Aku nak tenang. No more serabut-serabut. 

Monday, September 3, 2012

Sabaq~

Assalamualaikum...

kalau boleh marah depan-depan hidung,mata macam ni baru puas hati!!

TAPI

Marah Itu Dari Syaitan. Jadi Bersabarlah Seboleh Mungkin

Ada orang,  selalu ambik ringan pasal perasaan orang lain.orang yang dah banyak berjasa. Orang yang sanggup pentingkan orang lain dari diri sendiri. Sanggup bersusah untuk kesenangan orang lain. Jauh sekali nak merungut, nak menghampakan perasaan. Tak pernah mengungkit depan-depan. Nak jaga hati punya pasal. Tak mau orang cop mengungkit. Buruk siku. 

Siap kena layan macam kain buruk. Macam tunggui. Lagi teruk kalau kena bambu sekali. Ikut hati mau ja bagi sepakan penalti. Bukan nak suruh balas jasa. Tapi cukup dengan rasa hormat. Ni tak, boleh persoal lagi. Ikut hati mau ja report kat mak bapak dia. Takot dicop Bodoh Lembu plak. Sapa suruh hang baik hati sangat. 

Walaupun dalam hati marah berbakui-bakui. Kat depan-depan tak berani plak nak bersuara. Lidah kelu seribu bahasa. Marah berlapik-lapik. Tapi orang kalau dah buta hati, tak kan paham la apa yang nak disampai. Dibuat derk lagi ada la. Sangat tak paham bila dia boleh buat-buat tak paham apa yang cuba dipahamkan. Kena sound sekali baru dia nak paham kot. Asyik dok diam sampai bila pon dia tak mau berubah. 

Mungkin jugak jalan terbaik adalah lari jauh-jauh. Macam pernah dibuat dulu, lari jauh-jauh, lastly dia kembali. 3 tahun lebih. Rasanya cukup jauh berlari. Tapi dia kembali akhirnya tanpa menyebut pasal kisah-kisah yang dah jadi sejarah yang tak pernah padam dalam otak. 

Perh...benda pa la yang dok merepek. Tension gila. Dah tak tahan kot ngan sikap seorang, dan beberapa orang manusia tu. Ayat, tindakan manusia tu tadi memang betoi-betoi menambah tahap kebengangan. Depan-depan. Masa hati tengah HOT. Astaghfirullah. 

Ya Allah, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Dan itulah yang cuba dijaga walaupun dah terlampias sedikit. 

-the end-

Monday, July 16, 2012

Ice Age 4: Continental Drift

Assalamualaikum wbt

Kemarin bersamaan 16 Julai 2012. aku sempat  melayan Ice Age 4: Continental Drift 3D kat Big Cinema, Kulim bersama adikku.Harga tiket RM18. mahal tu. Pastu beli tiket hampir 10 minit terlewat. Walaupun pada dasarnya aku hanya tengok Ice Age 1  tanpa menghayati Ice Age 2: The Meltdown dan Ice Age 3: Dawn of Dinosaurs. Jadi aku tak berapa pasti cerita ni adalah sekuel daripada Ice Age 3 ataupun tak. 

Love Diego sebab wataknya yang sentiasa COOL dan tak lupa si Scrat yang sentiasa melucukan 


Ni kira pertama kali aku dengan terbuka hatinya nak tengok movie animasi. Selalunya aku tak berapa suka layan cerita kartun kat panggung wayang. Tapi Ice Age ni sememangnya best dan tak mengecewakan kot. Kelakor. Cuma yang tak berapa nak best sebab ianya 3D. Aku pening sikit tengok cerita jenis dalam 3-Dimension ni. Tambahan kena pakai spec yang tak berapa cool 2. Sangat spoil. 

Ice Age kali ni rasanya berkisar pasal Manny the Mammoth nak kembali kepada familinya selepas terpisah  ke tengah laut yang luas semasa berlaku perpecahan pada struktur tanah. Jadi bermula la pengembaraan Manny, Diego, Sid dan Nanny untuk kembali semula ke daratan untuk bertemu dengan famili Manny and haiwan-haiwan lain. Dalam perjalanan depa tu, terserempak pulak dengan seekor monyet huduh dan agak keji, Captain Gutt (lanun) dengan anak-anak kapal yang jahat tetapi agak blurr. Berlaku beberapa aksi sepak menyepak, tumbuk menumbuk, terpelanting sana sini sebelum berjaya mengalahkan geng-geng pirate tersebut. 

Sesuai jugak ditonton sebab cerita ni ringan, tak serabut kepala, boleh enjoy gelak-gelak. Walaupun kartun, tapi ada jugak pengajaran yang boleh dijadikan tauladan. 

Thursday, May 3, 2012

Ayat Mau Power~

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba teringat soalan-soalan power anak-anak sedara aku. 

Kes 1

Masa tu kenduri dekat kampung ja, kak aku drive masa pi kenduri, time balik dia suruh aku balik dulu, bawak anak-anak sedara aku balik. Masa nak bawak tu, tiba-tiba anak sedara aku yang masa tu umur dia 5 tahun bersuara. 

Anak sedara  : Awak reti bawak kereta ke tak ni?

Aku : Erkk ? gheti la...( padahal nervous gak aku pon)

Haha, lawak gila aku rasa. Masa tu aku baru ja pandai drive kereta. Manual. Jadi kadang-kadang masuk gear main bedal ja, tak pandai bajet lagi masa bila nak pakai gear 1 bila masa nak pakai gear 2 bla bla. So bila dia tengok aku ni macam terkial-kial ja, terus tanya soalan macam tu dengan expression muka yang suspicious. Haha. Dia panggil aku awak sebab dia asyik lupa pangkat aku. Tambah-tambah mak ngan bapak sedara dia ramai sangat, dan jarang-jarang balik kampung. Haha

Kes 2

Anak sedara : Mak Teh tau tak terjemahan Surah Al-Fatihah?

Aku : Erkk ? Hm...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasi...hmmmm..errr...

Tetiba dia potong line. 

Anak Sedara : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasi hari pembalasan. Hanya Engkau kami sembah dan memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan yang engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat.

Lancar tanpa sekat-sekat. Malu oi. 

Anak sedara aku yang sorang ni macam ala-ala ustazah sikit. Baru darjah 4. Bagus la tu. Tapi yang buat aku terkejut tu boleh pulak mai soal aku. Nasib la Surah Al-Fatihah. Ada gak la aku hafal. 

Ada banyak lagi, tapi yang aku dok teringat sampai sekarang dua kes ni la. Budak-budak sekarang ni agak outspoken betoi. 

Wednesday, May 2, 2012

ShowDown Twenty Twelve ~

Assalamualaikum WBT

Showdown 2012 is back. Semalam dah start top 12 punya persembahan. Selepas 2-3 minggu pemilihan yang melibatkan battle, meltdown. Penat kot nak tunggu Maple Loo & Joe Flizzow pilih top 12.

Bagi aku tahun ni tak ada crew yang mcm Elecoldshot macam tahun lepas, kebanyakkan sama ja, dan tahun ni banyak group yang mempunyai sorang bunga yang dikelilingi kumbang. 

Antara 12 group yang telah membuat persembahan semalam. 

Soul Gang - best gak depa ni, ala-ala Floor Fever aku penah minat dulu, lagu yang dipilih pon best berbanding crew-crew lain semalam yang pilih lagu yang tak berapa nak best. 

Syko Breakerz Crew - tak berapa best sangat, biasa ja 

The Hype - best jugak, ada 4 orang ja ahli kumpulan, nampak macam tak lengkap. 

Inversion - best jugak

E.G.S Monster - best jugak, depa ni pernah masuk untuk 2010 ka 2011 ntah, tapi kali ni depa nampak lain.

D'Vol Blacky Wacky - boleh tahan la.

Project Elementz - besa ja bagi aku, tapi dapat pujian Maple ngan Joe. 

Kitta Move - best. Mai dari Sabah

Walawei - best gak. Budak sekolah lagi. Better pi sekolah dulu la. Dah habis baru masuk SD. Haha

Dem Lepak Boyz - boleh la.

We Taking Over - serabut sikit, besa la banyak B-Boy dalam group

Soul Crazy - Semua perempuan. Aku rasa macam best. Sebab masa time depa perform, aku tertidoq la. Adoi. 

Persembahan Bebas, without specific theme, but next week, dah start ada theme. Minggu depan 90's punya Music Genre. 

Pesembahan yang menarik bagi aku adalah Soul Gang & Kitta Move. 

Crew mana yang masuk battle semalam pon aku tak pasti, sebab dah hanyut dibuai mimpi yang tak sudah. Ada ka penyingkiran? Hmmm....




Tuesday, April 24, 2012

Kosong. Kosong

Assalamualaikum...

Ingat FB ja tukar jadi TIMELINE, alih-alih blogspot pon bertukar wajah jugak. haha

Aku nak karang puisi sikit hari ni. Tiba-Tiba.

Aku bukan sapa-sapa

Aku bukan pengadil taekwondo
Aku bukan bakal jururawat
Aku bukan bakal doktor
Aku bukan bakal cikgu
Aku tak pernah pergi Mongolia
Aku tak secomel Rapunzel
Aku tak pernah main ski atas salji
Aku tak pernah pos Poskad dari oversea

bila kita ni bukan sapa-sapa. Mula la orang lupa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...