Tuesday, December 7, 2010

2 berita sahaja~~

Assalamualaikum

Berita Hari Ini: Sumber- Utusan Malaysia Online

  1. TV AlHijrah ( sempena Ma'al Hijrah..sesuai2..pndai pilih tarikh)

PM melancarkan stesen televisyen terbaru, TV AlHijrah yang menyediakan pelbagai program bercirikan Islam di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di Kompleks Pusat Islam semalam.

"Saya yakin TV AlHijrah boleh mencapai objektifnya untuk memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya"

Ulasan: Semoga stesen tv ini mampu menyedarkan "pihak2" yg sebelum ni x tahu bagaimana ajaran Islam yang sebenarnya. 


   2.  ProfessorSWEET alternatif baru gula.

Gula naik 20sen?? aku pn x taw sbb jarang beli barang2 dapur. Jom baca artikel drpd http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Menyedari hakikat itu, sebuah syarikat milik penuh bumiputera, Manisglobal Sdn. Bhd. (Manisglobal) tampil memperkenalkan sejenis sirap pemanis berjenama ProfessorSWEET iaitu pengganti gula yang dihasilkan 100 peratus daripada pati tebu asli (SCE) dengan menggunakan teknologi nano.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzli Che Seman berkata, produk itu mendapat pengiktirafan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan pihaknya juga telah melakukan testimoni terhadap 2,000 responden sebelum ia dipasarkan.

Ia mempunyai kadar kemanisan lebih tinggi daripada gula biasa, tetapi hampir tiada kalori, lemak, kolesterol, protein, sukrosa dan karbohidrat, sekali gus sesuai digunakan seisi keluarga sebagai pengganti gula dalam minuman dan masakan.

ProfessorSWEET dijual pada harga serendah RM19.90 di pasaran bagi kandungan 700 mililiter.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi stokis, ejen atau pengedar syarikat itu boleh menghubungi talian 06-7687323 atau melayari laman web http://www.professorsweet.com./

Ulasan: Penulis mmg x suka manis2....1 sudu sudah cukup, "Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman"

Sekian sahaja untuk berita hari ini....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...