Assalamualaikum....
Ni aku nk cerita psal animasi baru yg org Malaysia wat. Siri Animasi SALADIN yg dah ditayangkan kt TV1 kul 7.30 setiap Sabtu dan siaran ulangannya pada Ahad 9.30 malam diterbitkan Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC) dan Al-Jazeera Children Channel (AJCC) . Aku dah layan cerita ni dlm 2 episod gak la. Bg aku cerita ni ok la,menarik dan animasinya cantik macam mat2 salih wat. Cuma secara teknikalnya aku x reti nk komen sbb aku bkn expert ngan grafik dan animasi ni. Aku da search bbrapa blog yg bagi komen sal siri animasi ni, ada yg suka, ada jugak yg x bp puas hati...aku just letak 3 komen, komen no 3 aku bubuh penuh sbb pendek, yang no 2 pjg lg tp aku just amik ksmpulan, kalu nk bc komen2 dia yg len leh la bkk dia pya blog yang aku dah aku sediakn linknya. Personally, aku lagi suka cerita ni drpd Upin & Ipin sbb watak2 yg lebih dewasa kot. Upin & Ipin macam utk budak2 sket..hehe..Kabarnya Siri Animasi Saladin ni pernah memenangi kategori Teknologi Terbaik di Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF) dan Tokyo Big Sight Award di Tokyo International Anime Fair 2007 bagi kategori imej janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan khas visual dan animasi.Dahsat gak 2...Papa pn, lain padang, lain blalang, lain org lain pandangan...
Komen 1
"Sabtu lepas ada keluar cerita animasi ni kat tv. Bukan anak aku jer terpacak tengok tv penuh minat, dengan mama dia sekali terpegun. Yer la, sebelum ni banyak citer kartun omputih jer kat tv, takpun jepun mari. Bila ada kartun mengisahkan pahlawan islam zaman dulu-dulu mesti la aku kagumm dan teruja nak tengok"
Komen 2
"Maka kesimpulannya, berdasarkan poin-poin aku di atas, maka aku mengatakan aku “tidak bersetuju” dengan animasi ini. Tak ada markah atau pujian yang boleh aku bagi.
Yang aku nampak ialah akibat daripada terlampau ingin mendapat pengiktirafan daripada Barat (melalui “pembaratan” watak dan dialog dalam kartun Saladin ni), serta keinginan yang mendalam untuk “menjulang” kalimah “BOLEH” kita, sepertimana “projek-projek mega” kita yang lain yang di‘sugar-coat’kan sebagai hebat dan berkualiti tinggi dan bertaraf dunia, sedangkan hasilnya cuma “kulit” saja yang lebih… isi tarak!
Anda boleh cuba cari di Youtube, tonton dua episod terawal siri kartun ni, dan nilai sendiri. Bagi aku sendiri, bak kata orang putih, “I’m not impressed”…
Komen 3
Saladin animasi pertama memenangi hadiah di Jepun
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Berkenaan dengan topik Saladin, perbalahan mengenai sama ada bumiputra atau tidak, tidaklah elok untuk dibicarakan secara negatif tanpa membuat kajian dan homework. Animasi Saladin, adalah sebuah produksi yang saya anggap sebagai sebuah teamwork, yang memberikan komitmen bukan sekadar syarikat yang membina animasi 3D, tetapi juga bermula dengan peringkat awal dari komunikasi, pertukaran data dan authorization, pengkajian terperinci, process, perbincangan dengan pelbagai pihak dan pembabitan pembikinan karikatur, story board, idealogy dan juga kajian terperinci mengenai tokoh terkenal, Salahudin. Sebagai contoh, sehinggakan sebuah pisau, anak panah yang dibuat perlu dihasilkan atas kajian pada kurun tersebut.
Saya ingin memperbetulkan bahawa untuk membuat animasi 3D ini, kita perlu melalui pelbagai rintangan, yang penting ia bukan semudah membuat sahaja. Walaupun bagi sesetengah pihak lihat perkara ini mudah untuk dilaksanakan, namun terdapat proses yang kompleks yang bukan saja merangkumi aspek rekaan jalan cerita, karikatur dan animasi tetapi juga pembabitan sejarah, perkakasa dan props yang betul, keadaan zaman tersebut dan seterusnya proses sinematografi. Kalau nak bercerita, satu mukasurat memang tidak cukup.
Tetapi sebagai anak melayu yang turut serta dalam pembabitan animasi Saladin ini, saya tidak setuju sekiranya credit hanya diberi bagi SilverAnt. Kumpulan illustrasi Saladin yang majoritinya bumiputra dan bangsa-bangsa lain yang turut terlibat menghasilkan kualiti yang baik dalam penghasilan karya dan jalan cerita, saya sendiri kagum dengan dedikasi artis-artis Saladin, yang bukan saja kreatif, malah serious dan amat passionate dengan pembabitan mereka. Kami pelbagaikan idea, kreativiti dan teamwork, sebagai team yang serba boleh dan majmuk. Oleh itu, bagi yang salah sangka, harap jangan pula berfikir bahawa Saladin ini hanya dihasilkan oleh 'orang bukan tempatan'.
Berkenaan dengan bahasa melayu, kita perlu pertimbangkan skip untuk bahasa yang sesuai. Kami tak mahu produk kami dirosakkan dengan suara alih bahasa seperti Sinchan dan Doraemon, sehinggakan Spongbob pun dialih bahasa, sedikit sebanyak menghilangkan mood animasi tersebut. Pendidikan bahasa itu penting. Lihat saja bagaimana pertukaran alih bahasa seperti Doraemon dan Sinchan tidak mendidik para melayu memperkayakan bahasa mereka, malah, ia membuat kita bertutur dalam bahasa pasar, sedikit sebanyak membuatkan kita lupa, tanpa menyedari bahawa bahasa Melayu sebenarnya ada keistimewaan & keindahannya. Jadi saya harap saudara dan saudari menyokong kami dan berharap dapat bersabar. Kami cubakan yang terbaik, dan kami perlu mengukur aspek kualiti dan ketelitian. Insya'Allah
Berkenaan dengan tokoh, sebenarnya terdapat perbagai cerita animasi yang mempertekankan tokoh lain seperti Silat Lagenda, ya itu Hang Tuah dan sebagainya telah dibuat, namun apa yang kami ingin target adalah audience antarabangsa. Sekiranya karakter Saladin sudahpun dikenali dalam peta sejarah, dan juga yang terbaru, Saladin diperkenalkan sekali lagi di dalam filem Hollywood (Kingdom of Heaven). Dengan Saladin, animasi ini bukan sahaja mempertekankan aspek animasi, malah penekanan terhadap penyampaian cerita, agar dianggap sebagai individu yang memberi inspirasi dan inovasi, bukanlah sebagai pengganas yang sering menjadi tanggapan negatif negara barat. Yang penting, Saladin siri animasi akan memberi penekanan harmoni, kekeluargaan, persahabatan, komedi, ketabahan dan karisma Salahudin, sebagai tokoh terkemuka yang dihormati dan digeruni ramai. Kami juga ingin menyelitkan pendidikan dan informasi sains dan teknologi, yang diasaskan sendiri oleh orang islam, yang sering diendahkan oleh umat kita sendiri. Contohnya, bayangkanlah, enjin kereta sebenarnya dicipta oleh Al-Jazari yang telah memberi revolusi dalam teknologi di zaman kegemilangan tamadun Islam. Untuk informasi mengenai kegemilangan tamadun Islam, kunjungi 1001 Muslim Invention.
Satu lagi tepukan buat kumpulan tempatan bumiputra dari syarikat 'Lescopaq', yang berjaya membuat film animasi 'Geng'.
Sekian, wassalam.
Muid Latif
No comments:
Post a Comment