Monday, April 25, 2011

Pening~

Assalamualaikum

Saja nak merapu benda-benda yang berlegar-legar dalam kepala otak aku, asyik pikiaq benda ni ja sejak dua menjak ni. Penat tol.

Susahnya menjadi seorang yang sangat perasan. Tak kisah la perasan bagus. Perasan ada peminat. Macam-macam perasan lagi la.

Penyelesaian : Berhenti jadi seorang yang perasan.

Susahnya jadi orang yang baik hati sangat. Orang tak menghargai langsung.

Penyelesaian: Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali (boleh pakai lagi ka?) Janji jangan jahat yang membawa kepada dosa-dosa besar. Jahat untuk bagi pengajaran rasanya sangat sesuai untuk manusia zaman sekarang.

Susahnya nak membuang sesuatu yang dah lama kita simpan sebab sayang/berharga/ada nilai sentimental. Kalau disimpan mungkin bagi sakit hati/menyemak bilik/boleh buat duit.

Penyelesaian: Yang boleh buat duit. Sila simpan. Yang membuatkan anda sakit hati, tapi sayang nak buang, sila jangan simpan ditempat yang anda boleh nampak. ataupun suruh orang lain tolong simpankan. tak pun hadiahkan kepada budak-budak kampung/ jiran-jiran anda. haha

p/s: sapa-sapa ada penyelesaian yang lagi bagus. dialu-alukan.

Pertama kali~

Assalamulaikum

Hari ni adalah hari pertama dalam hidup aku p renew insuran dan cukai jalan sorang-sorang. Nak cerita sikit pengalaman, aku kalau buat kerja pertama kali, mesti ada benda tak kena. Mula-mula, p ambik duit dekat SP Plaza, sekali mesin ATM tu lembab macam siput da. Rajin pulak aku patah balik p Bank Islam Lagenda Height. Jauh gak tu. Hal ini disebabkan oleh aku nak keluarkan duit Tabung Haji aku. Tu ja yang ada. Duit gaji pun tak masuk lagi. 

Lepas ambik duit. Patah balik p pekan Sungai Petani, tujuannya nak p renew kat Ambank berdekatan dengan Central Square.

Lepas parking berbayar, RM 2. Mahal kot. padahal aku nak parking sat ja. Jalan-jalan. Bila sampai terus naik tangga. aku nampak "INSURAN KERETA- TINGKAT DUA". Bila masuk nampak sorang amoi.

Amoi: Mau buat apa?
Aku: Nak renew roadtax ngan insuran.
Amoi: Bank apa?
Aku: Bank apa? (aku tak berapa nak paham soalan amoi ni)
Amoi: bank apa? sekarang kereta tu u punya ka.
Aku: haa. Ambank. Kereta saya la. Baru 1st time nak renew.
Amoi: oo. u turun tingkat satu, tangga sebelah.
Aku: ok. makasih

%^&*(*()(()...adus saipa la aku nak perasan ada tangga satu lagi. Padahal aku dah pernah mai dah hari tu. Patut la aku rasa ofis dia pelik ja.

Lepas turun tangga naik tangga, Letih tu. Nasib aku agak baik la, orang tak ramai, dalam 4-5 orang ja. sampai turn aku, kak jaga kaunter tu  mula cakap:

Kak 1: Nak buat pa dik?
Aku: Renew insuran ngan roadtax.
Kak 1: No kereta?
Aku: PJQ $%^&
Kak 1: eh, dah ada orang bayaq ni. sebelum ni da sapa-sapa bayaq tak?
Aku: eh tak suruh sapa-sapa bayaq pun. (lam hati kata sapa la baik sangat sangup bayaq roadtax ngan insuran kereta aku..perasan toi)
Kak 1: tempat adik ambik kereta dah buat bayaran kot.
Kak 2: haa. maybe la.
Kak 1: haa. xpa, mai kak double check balik.

selepas beberapa saat.

Kak 1: haa. betul la. depa dah bayaq.
Aku: ooo. camtu ka. kena p ambik roadtax kat kedai la. xpa la, makasih.

Padahal kedai aku ambik kereta ari tu memang awal-awal dah telefon tanya, aku nak suruh depa renew ka tak. Aku tak sangka pulak. bila aku dah setuju, depa dah buat awal-awal. Ingatkan bila bayaq baru depa nak buat. Bagus gak la depa buat camtu. Tolong renew awal-awal. Harap aku, last minit baru hegeh-hegeh nak pi buat.  Malas nak cakap depan kak-kak tu. Mau kena t. Buat malu ja.

Kena pulak p kedai Produa tu kat Taman Sejati nun. Tak pa, memandangkan roadtax aku memang akan mampus esok. Sampai-sampai. Buat bayaran. Boleh terus belah. Dapat la roadtax. Kalu buat kat bank tadi mau kena mai pulak esok ambik roadtax.

Kesimpulan, belajaq daripada kesalahan. Haha

Thursday, April 21, 2011

Campur~

Kalau sanggup menghabiskan duit untuk ilmu- memang dipuji.

Tapi kalau orang yang yang memberi ilmu- tak meletakkan harga yang tinggi - lagi terpuji rasanya.

Kalau yang meletakkan harga yang tinggi- mungkin sebab nak untung semata-mata.

Apa motif ambik satu peperiksaan yang berharga hampir RM 6oo.00 untuk sekali?

Belum harga kalau masuk kelas.

Nak bayar gaji pemeriksa?

Nak nampak 'high standard'?

Memang tak patut.
______________________________________________________________________

Ada orang buat kerja dan tak faham apa yang dibuat- TERUK

Ada orang buat kerja dan faham apa yang dibuat - BAGUS

Ada orang tak reti buat kerja dan tak ambik inisiatif nak buat dan faham - BODOH

Ada orang tak reti buat kerja. Tak ambik inisiatif nak buat, faham, tau nak mengarah- TOLOL & BENGAP


BIAR LAMBAT. ASAL SELAMAT
JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN
TAK KAN LARI GUNUNG DIKEJAR
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN
ALANG-ALANG MENYELUK PERKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN

Saturday, April 9, 2011

Layan~

Jiwa-jiwa yang sakit..Arghhh...Kejadah layan benda sia-sia. Aduss pasai pa la kena hadap benda ni sekali lagi. 

Tolong explain....!! 

Harap la~



Sunday, April 3, 2011

ABPBH 2010~

Wahh..Shaheizy Sam menang besaq semalam, I mean (tak bleh blah) Bintang Paling Popular 2010. Sam sangat cute semalam. Dah la siap bawak mak naik pentas. Memang sempoi la hang..haha..Nasib baik bukan Lisa Surihani yang menang. Hehe. Bukan tak suka ataupun kerana jantinanya perempuan atau dia 100 kali cun daripada aku. Tapi nanti-nanti la dia dapat. Belum masanya. Dapat Anugerah Pelakon Wanita untuk Filem .Kira ok la daripada tak menang langsung. Nanti marah pulak kipas-kipas Lisa. Kepada pemenang-pemenang yang lain (klik), tahniah jugak.

Tahniah...Sam

Cute habis der~hehe

Friday, April 1, 2011

Jimat Semat~

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni langsung dalam kepala tak dak idea yang bernas-bernas, yang ada pasal DUIT. Bulan ni memang aku nak pakai banyak duit. Sebabnya kereta aku (yang belum diberi nama kerana tak jumpak nama yang sesuai) dah sampai waktu kena bayaq Insuran sama Cukai Jalan a.k.a Road Tax. Aduss..habis la simpanan aku tu. Sayang gila nk withdraw walaupun tak banyak mana. Tapi tu ja la sumber duit yang aku ada. Nak pinjam kat mak aku?  Macam tak patut ja malah telah melanggar prinsip hidup. Cehh. (Padahal dah berapa banyak prinsip hidup yang aku dah langgar. Haha. )

Tak pa, gaji bulan ni belum lagi masuk. Hujung bulan mungkin. Road Tax aku pun mati hujung bulan. Timing yang sangat perfect. Kalau diikut-ikutkan bulan ni banyak gila barang aku nak beli. Aku bagi 2 contoh:  

Seluar denim hitam memandangkan seluar sedia ada dah semakin 'season' dan sangat tak sesuai nak pakai p keja.

Kain Ela nak buat baju. Baju kurung aku dah tak banyak. Aduss.

Nampaknya bulan depan la kena tunaikan semua permintaan. Macam Jin. Namun begitu (skema) bulan depan kena servis kereta pulak. Aduss. Sabaq ja la.

Lupa pulak nak cakap. 26 Mac 2011 yang lepas, umur aku dah bertambah lagi setahun. Tapi tahun ni tak dak apa-apa yang best atau special. Yang penting bersyukur sangat-sangat dapat peluang untuk hidup lagi. ( malas tul bila sampai part serius. haha).

Yang tu ja la aku nak story. Sebuah cerita yang boring. Kesimpulannya, aku mengalami sedikit masalah kewangan, tapi tak reti-reti nak berjimat.

Sekian~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...