Thursday, December 16, 2010

Bruno Mars~~

Salam.

Tajuk dipilih sbb 1 hari aku just play lagu ni kat Windows Media Player. Video clip dia quite nice gak la.ada awek cun.heroin fast & furious: tokyo drift xsilap. x taw lak pa nama chikaro 2.haha.

Hari ni 10Muharram 1432H. cepat btol msa bjalan.rasa mcm bru ja smbut Maal Hijrah hari 2. Aku rjin sket hari ni. Tunaikan puasa sunat 10Muharram di samping selesaikan hutang.hihi.

Bengang ngan sum1. Suka ikut kepala dia. taw dia lg layak tuk tentukan sgalanya. Agak2 la. Damn tol.

He's back. punya la lama tuk dia wat kemunculan. Very happy for it.

Tuesday, December 14, 2010

Tangan PJQ Tertusuk paku~~

Assalamualaikum...

Melayang not RM5...dah la dlm purse aku ada RM7 + 10 dolar Australia. Mmg nasib aku agak baik semalam. aku perasan masa dlam area tempat kerja. kalu kt luar..sapa la aku nk mntak tlong. Ntah macam mana la paku tu boleh wujud. Haishhh.

1st time aku mguruskan hal tayar kna paku..haha..LAWAK..msti cina 2 gelak sama aku..tya mcm2..biasa la pengalaman pertama. So pasni aku taw la kalu tayar kena paku perlu settle mcm mn. Hari 2 kna belah blakang, ngan mamat JEPun...tp alhamdulillah dah settle.


p/s: Mr Lim x jadi dtg..yess...bila dia nk balik? lama siot....

Monday, December 13, 2010

member kawen~~

Assalamualaikum......

Story yg nak distorykan hari ini ialah perkahwinan...Kira tahun ni antara tahun yang paling ramai kenalan2 aku yang dapat anak, yang kawen, dan yang bertunang. Ada senior skolah, member satu batch, junior dan jugak sama 1 tempat kerja. Setakat pengetahuan aku, senior smkab yang dah ada anak mcm Kak Faizah, Kak Laili, K Sheila...ramai lagi la, just sebut nama2 yang terlintas kt otak aku. Yang just married plak K Mardiana, K Rodziah, K Norma dan beberapa org lg..otakku x brapa ligat memikirkan nama2 diorang semasa menilis post ni. Junior aku yang dah kawen Athirah, Nazeremi + Nurul, yang sama tempat kja K Ina (bln 11)Musliana dan Mizi (11 dan 12 Dec tp aku dpt g sbb jauh kot) tp yg best bila member sama batch aku yang dah kawen.

Dah berkahwin:
  • Aiman+ Asma. Dah anak sorang...
  • Rizal+ x sure nama wife dia sbb aku x attend walimatul urus depa..masa 2 aku dkt USM kot...
  • Farhiyatul + suami yang bernama...
  • Asma+ Jamil ( senior skolah smkab) (11.12.10)
  • Syuhada+ Khairul Ikram (11.12.10)
Akan berkahwin a.k.a bertunang:
  • Hazirah a.k.a egie
  • Nadrah ( x taw la btol ka x)
  • Syafiq Suratman ( prim. school)
  • Hasima (Prim.school)
  • Syuhada Ghani
Gambar-gambar aku snap sket ja, 2 pn pki Mr Sony aku. X upload sbb gmbaq x lawa sgt, gmbar aku lagi la hampeh...aku x ambik trus...hanya mengharapkan kamera2 kawan aku yang megapixelnya lagi high + dengan kamera yg canggih, bermacam2...Gambar2 boleh dirujuk melalui FB kawan2 ku....

Hope sgt aku dpt attend semua kenduri kawen member 1 batch x kira la masa primary/secondary/Matrix/Uni....Sronok tgk org bahagia. Hehe..aku tergelak kecil mengenangkan nasib diri. Aku dan kawen...jauh panggang dri api. Semua urusan aku serahkan kpd Yang Maha Esa bg menentukan segalanya.

Thursday, December 9, 2010

cepat dalam lewat~~

Assalamualaikum...........

Pagi td lambat gila bgun..siap mimpi ntah apa2...yg aku ingat..ada majlis kt sekolah adik llki aku mungkin majlis penyampaian hadiah/ ala2 konvo universiti sbb ramai sgt org..pusing trus kepala...dipendekkan crita, skali mcm mn chewing gum yg aku makan melekat kt rmbut..aduss tensen gila dok menonyoh ( membuang) dr rmbut aku.. tp kalu diikutkan, kt alam realiti aku bertudung wlaupn x selitup yg disyariatkan dalam Islam. Dalam alam fantasi aku semalam, freehairstyle la plak...lama jugak aku dibuai mimpi 2..masa 2 maybe dah pkul 7 lebih...nasib baik kesinambungan mimpi tersebut beralih kpd situasi yg baru. sedang asik aku membasuh rambutku (akibat terkena chewing gum)..Mr Sony Eric menjerit, x igt lagu apa..aku lihat skrin..tertera nama Kak Y..aku agkat ttpi suara llki yg garau kedengaran, baru bgun tidur agaknya... llki tersebut memberitahu yg dia suami Kak Y, jdinya En A la yg buat panggilan. aku kenal En A dan Kak Y, sbb dua2 kerja kt tmpat aku kja...Dia just tya mana Kak Y...dalam rasa hairan dan berfikir mcm mna En A dpt nombor telefon aku... tup2 aku tersedar dari lamunan...

" alamak, dah 7.22..subuh gajah aku hari ni..." Ampun ya Tuhan, hambamu ini kalah lg dgn bisikan syaitan durjana,,,,"

Keluar dri bilik, nmpak adik aku melingkar dpan tv, CD Korea yg dia tgk smlam, x ditutup, kureng toi dia ni..membazir karan ja...

Aku amik wuduk, solat...mandi ..bersiap...cepat plak aku bersiap...slalunya bgun awal..siap lambat jugak... arini 8.04minit...aku myusur pergi kerja....Perjalanan hari ni x byak masalah, kreta pn x byak..kt cini ari jumaat kereta agak lengang..ari Jumaat & Sabtu kebyakkan pekerja cuti trutamanya sektor kerajaan...

Sampai tempat kerja hampir2 8:31:00...seb bek sempat, pas sarapan..mgadap PC...sampi abis wak2 kerja...haha..aku seorg pekerja yang x produktif dan proaktif...Ya Allah..bosan btol hidup mcm ni...bila la nk berakhir...

RAHSIA MENJADI JUTAWAN


Rahsia mendapat wang berjuta-juta sudah terbongkar.Prabayar Kombo
Malaysia jana income kombo dengan hanya menekan sms dan mempromosikan url
anda.Sistem web kami menggunakan spillover matrik 10x10 memudahkan ahli
menjana income ribuan ringgit dengan mudah dan cepat.Luangkan 5minit anda
untuk melihat web kami. Anda pasti teruja--->


Wednesday, December 8, 2010

Kebosanan yg dirasai ditambah dicampur disogok disaluti kekenyangan n kekembangan sepinggan maggi goreng mamak( berdekatan masjid taman ria jaya) disulami air teh o ais limau yg x kaw mcm kopi kapal api btol2 kaw membuatkan dri ini MENGANTUK

Saladin~~

Assalamualaikum....

Ni aku nk cerita psal animasi baru yg org Malaysia wat. Siri Animasi SALADIN yg dah ditayangkan kt TV1 kul 7.30 setiap Sabtu dan siaran ulangannya pada Ahad 9.30 malam diterbitkan Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC) dan Al-Jazeera Children Channel (AJCC) . Aku dah layan cerita ni dlm 2 episod gak la. Bg aku cerita ni ok la,menarik dan  animasinya cantik macam mat2 salih wat. Cuma secara teknikalnya aku x reti nk komen sbb aku bkn expert ngan grafik dan animasi ni. Aku da search bbrapa blog yg bagi komen sal siri animasi ni, ada yg suka, ada jugak yg x bp puas hati...aku just letak 3 komen, komen no 3 aku bubuh penuh sbb pendek, yang no 2 pjg lg tp aku just amik ksmpulan, kalu nk bc komen2 dia yg len leh la bkk dia pya blog yang aku dah aku sediakn linknya. Personally, aku lagi suka cerita ni drpd Upin & Ipin sbb watak2 yg lebih dewasa kot. Upin & Ipin macam utk budak2 sket..hehe..Kabarnya Siri Animasi Saladin ni pernah memenangi kategori Teknologi Terbaik di Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF) dan Tokyo Big Sight Award di Tokyo International Anime Fair 2007 bagi kategori imej janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan khas visual dan animasi.Dahsat gak 2...Papa pn, lain padang, lain blalang, lain org lain pandangan...





Komen 1

"Sabtu lepas ada keluar cerita animasi ni kat tv. Bukan anak aku jer terpacak tengok tv penuh minat, dengan mama dia sekali terpegun. Yer la, sebelum ni banyak citer kartun omputih jer kat tv, takpun jepun mari. Bila ada kartun mengisahkan pahlawan islam zaman dulu-dulu mesti la aku kagumm dan teruja nak tengok"


Komen 2


"Maka kesimpulannya, berdasarkan poin-poin aku di atas, maka aku mengatakan aku “tidak bersetuju” dengan animasi ini. Tak ada markah atau pujian yang boleh aku bagi.

Yang aku nampak ialah akibat daripada terlampau ingin mendapat pengiktirafan daripada Barat (melalui “pembaratan” watak dan dialog dalam kartun Saladin ni), serta keinginan yang mendalam untuk “menjulang” kalimah “BOLEH” kita, sepertimana “projek-projek mega” kita yang lain yang di‘sugar-coat’kan sebagai hebat dan berkualiti tinggi dan bertaraf dunia, sedangkan hasilnya cuma “kulit” saja yang lebih… isi tarak!

Anda boleh cuba cari di Youtube, tonton dua episod terawal siri kartun ni, dan nilai sendiri. Bagi aku sendiri, bak kata orang putih, “I’m not impressed”…

Komen 3
 
Saladin animasi pertama memenangi hadiah di Jepun

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Berkenaan dengan topik Saladin, perbalahan mengenai sama ada bumiputra atau tidak, tidaklah elok untuk dibicarakan secara negatif tanpa membuat kajian dan homework. Animasi Saladin, adalah sebuah produksi yang saya anggap sebagai sebuah teamwork, yang memberikan komitmen bukan sekadar syarikat yang membina animasi 3D, tetapi juga bermula dengan peringkat awal dari komunikasi, pertukaran data dan authorization, pengkajian terperinci, process, perbincangan dengan pelbagai pihak dan pembabitan pembikinan karikatur, story board, idealogy dan juga kajian terperinci mengenai tokoh terkenal, Salahudin. Sebagai contoh, sehinggakan sebuah pisau, anak panah yang dibuat perlu dihasilkan atas kajian pada kurun tersebut.

Saya ingin memperbetulkan bahawa untuk membuat animasi 3D ini, kita perlu melalui pelbagai rintangan, yang penting ia bukan semudah membuat sahaja. Walaupun bagi sesetengah pihak lihat perkara ini mudah untuk dilaksanakan, namun terdapat proses yang kompleks yang bukan saja merangkumi aspek rekaan jalan cerita, karikatur dan animasi tetapi juga pembabitan sejarah, perkakasa dan props yang betul, keadaan zaman tersebut dan seterusnya proses sinematografi. Kalau nak bercerita, satu mukasurat memang tidak cukup.

Tetapi sebagai anak melayu yang turut serta dalam pembabitan animasi Saladin ini, saya tidak setuju sekiranya credit hanya diberi bagi SilverAnt. Kumpulan illustrasi Saladin yang majoritinya bumiputra dan bangsa-bangsa lain yang turut terlibat menghasilkan kualiti yang baik dalam penghasilan karya dan jalan cerita, saya sendiri kagum dengan dedikasi artis-artis Saladin, yang bukan saja kreatif, malah serious dan amat passionate dengan pembabitan mereka. Kami pelbagaikan idea, kreativiti dan teamwork, sebagai team yang serba boleh dan majmuk. Oleh itu, bagi yang salah sangka, harap jangan pula berfikir bahawa Saladin ini hanya dihasilkan oleh 'orang bukan tempatan'.

Berkenaan dengan bahasa melayu, kita perlu pertimbangkan skip untuk bahasa yang sesuai. Kami tak mahu produk kami dirosakkan dengan suara alih bahasa seperti Sinchan dan Doraemon, sehinggakan Spongbob pun dialih bahasa, sedikit sebanyak menghilangkan mood animasi tersebut. Pendidikan bahasa itu penting. Lihat saja bagaimana pertukaran alih bahasa seperti Doraemon dan Sinchan tidak mendidik para melayu memperkayakan bahasa mereka, malah, ia membuat kita bertutur dalam bahasa pasar, sedikit sebanyak membuatkan kita lupa, tanpa menyedari bahawa bahasa Melayu sebenarnya ada keistimewaan & keindahannya. Jadi saya harap saudara dan saudari menyokong kami dan berharap dapat bersabar. Kami cubakan yang terbaik, dan kami perlu mengukur aspek kualiti dan ketelitian. Insya'Allah

Berkenaan dengan tokoh, sebenarnya terdapat perbagai cerita animasi yang mempertekankan tokoh lain seperti Silat Lagenda, ya itu Hang Tuah dan sebagainya telah dibuat, namun apa yang kami ingin target adalah audience antarabangsa. Sekiranya karakter Saladin sudahpun dikenali dalam peta sejarah, dan juga yang terbaru, Saladin diperkenalkan sekali lagi di dalam filem Hollywood (Kingdom of Heaven). Dengan Saladin, animasi ini bukan sahaja mempertekankan aspek animasi, malah penekanan terhadap penyampaian cerita, agar dianggap sebagai individu yang memberi inspirasi dan inovasi, bukanlah sebagai pengganas yang sering menjadi tanggapan negatif negara barat. Yang penting, Saladin siri animasi akan memberi penekanan harmoni, kekeluargaan, persahabatan, komedi, ketabahan dan karisma Salahudin, sebagai tokoh terkemuka yang dihormati dan digeruni ramai. Kami juga ingin menyelitkan pendidikan dan informasi sains dan teknologi, yang diasaskan sendiri oleh orang islam, yang sering diendahkan oleh umat kita sendiri. Contohnya, bayangkanlah, enjin kereta sebenarnya dicipta oleh Al-Jazari yang telah memberi revolusi dalam teknologi di zaman kegemilangan tamadun Islam. Untuk informasi mengenai kegemilangan tamadun Islam, kunjungi 1001 Muslim Invention.

Satu lagi tepukan buat kumpulan tempatan bumiputra dari syarikat 'Lescopaq', yang berjaya membuat film animasi 'Geng'.

Sekian, wassalam.

Muid Latif




Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi

Assalamualaikum...

Dulu masa sekolah kt SMKAB..aku dpt masuk klas aliran sains agama. Kelas 2 namanya Al-Kindi..kira masa F4& F5 aku kelas ni la..so ttiba rasa nk share sket pasal siapa Al-Kindi dan sejarah hidup beliau. Artikel ni aku ambik dr website http://ummatanwasatan.net/2009/02/al-kindi/ dan disusun oleh WAN SUHAIBAH WAN SU


Al-Kindi merupakan tokoh atau ahli falsafah Muslim pertama keturunan Arab dari suku Kindah yang amat produktif dan menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi atau juga dikenali sebagai Al-Khindi (801-873). Al-Kindi dilahirkan di Kufah, pusat pengajian dunia pada masa itu. Bapanya adalah Gabenor Kufah pada masa pemerintahan Khalifah Abbasiah di bawah khalifah al-Mahdi dan Harun ar-Rashid.

Al-Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Minatnya terhadap ilmu falsafah begitu tinggi terutama ketika beliau mengunjungi Baghdad. Di sini juga Khalifah Al-Ma’mun telah mendirikan Baitulhikmah dan mempengaruhi beliau untuk menimba ilmu dan beliau sangat senang dengan suasana intelektual di kota ini. Di sinilah akhirnya beliau dikenali sebagai seorang sarjana terkemuka di Baghdad.

Pendidikan al-Kindi bermula di Kufah, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad. Pengetahuan tentang ilmu falsafah amat tinggi dan menurut beliau falsafah harus diterima sebagai sebahagian peradaban Islam. Khalifah al-Ma’mun melantiknya ketua di pusat pengajian di Baghdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. (Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik, dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al- Mutawakkil)

Apabila al-Ma’mun meninggal dunia, abangnya (al-Mu’tasim) menjadi Khalifah, dan al-Kindi dikekalkan dalam jawatannya, serta mengajar anak al-Mu’tasim. Bagaimanapun, ketika pemerintahan al-Wathiq, dan terutamanya al-Mutawakkil, peluang al-Kindi mulai surut. Terdapat pelbagai teori-teori mengenai ini: sesetengah orang mengatakan ‘kejatuhan’ al-Kindi akibat persaingan di pusat ilmu pengetahuan dan yang lain pula merujuk kepada penyeksaan yang ganas oleh al-Mutawakkil terhadap orang Islam yang tidak ortodoks (serta bagi bukan Muslim). Malah, pada suatu ketika, al-Kindi pernah dipukul dan perpustakaannya disita. Al-Kindi sebenarnya memiliki perpustakaan peribadi, iaitu al-Kindiyah. Di perpustakaan itulah beliau menghimpun pelbagai karya dan manuskrip dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Akan tetapi, ada keluarga ilmuwan, Bani Musa yang iri hati terhadap perpustakaannya yang besar dan luas itu. Mereka mengadakan persengkokolan dengan Khalifah al-Mutawakkil dan berjaya memujuk khalifah untuk menyita perpustakaannya dan memberikan kepada mereka. Namun akhirnya perpustakaan itu dikembalikan semula kepada al-Kindi.

Al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Selama hayat beliau (dan untuk kira-kira seabad selepas itu) beliau dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling besar, ada akhirnya hanya diatasi oleh nama-nama hebat seperti Abu Al-Nasr Al-Farabi (Al-Pharabius) dan Ibn Sina (Avicenna). Beliau dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun sesungguhnya beliau sering dirujuk hanyalah sebagai “ahli falsafah Arab”.

Satu daripada matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di suatu pihak dan teologi spekulatif dan diwahyukan di suatu pihak yang lain (bagaimanapun sebenarnya beliau menolak teologi spekulatif). Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.

Pendekatannya kepada bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan neo Plato. Bagaimanapun, hasil kerjanya amat penting kerana beliau memperkenalkan dan mempopularkan falsafah Yunani di kalangan cendekiawan Muslim. Kebanyakan apa menjadi perbendaharaan falsafah ‘piawaian Arab’ berasal daripada al-Kindi, dan sesungguhnya, jika tidak kerana al-Kindi, ‘hasil kerja’ ahli falsafah seperti al-Farabi, Ibn Sina, dan al-Ghazali mungkin tidak mencapai tahap yang mengagumkan.

Sebagai seorang doktor, al-Kindi merupakan ahli farmakologi pertama yang menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada jenis dadah yang terdapat pada masa itu. Sebagai salah seorang ahli kimia yang tersohor, beliau telah membuktikan akan kesilapan mitos yang mengatakan logam asas mudah diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Dalam bidang matematik pula, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khusus bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arab.

Al-Kindi menulis sekurang-kurangnya 250 buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (32 buah buku), falsafah dan perubatan (22 buah buku), ilmu logik (9 buah buku), dan fizik (12 buah buku). Pengaruhnya dalam bidang fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Khindi juga aktif dalam bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab.

Kebanyakan daripada buku-buku beliau, malangnya telah hilang. Bagaimanapun beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab — yang lebih penting lagi, 24 buah hasil karya beliau yang hilang telah dijumpai semula.

Antara sumbangan besar al-Kindi ialah 11 buah teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor. Al-Kindi memberikan sumbangan besar bagi perkembangan ilmu pengetahuan. Selain menulis banyak buku, beliau juga membantu para penguasa dalam merancang dan membina terowong, jambatan, alat peperangan dan alat pengukur ilmiah. Sebagai ahli kimia, beliau telah berhasil mensintesiskan beberapa campuran dan berjaya menghasilkan peralatan perang, kaca, perhiasan dan minyak wangi, melalui proses kimia, seperti penyulingan, penguapan, peleburan, dan pengendapan.

Al-Kindi juga menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti berikut:

•Astronomi (16 buah)
•Arithmetik (11 buah)
•Geometri (32 buah)
•Perubatan (22 buah)
•Fizik (12 buah)
•Falsafah (22 buah)
•Logik (9 buah)
•Psikologi (5 buah)
•Muzik (7 buah)

"11 AMALAN YANG TERBALIK DI MALAYSIA"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkahini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kitamaka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

p/s: 'share' drpd FB Saudara Nur Azhan.

Pagi yg gelap~~

Assalamualaikum...

Hari nie mlas gler nk bgun p kja..sejuk yg mencengkam, suasana yg gelap..mmg antara faktor utama untuk meneruskan mimpi di alam fantasi. Aku mimpi pa smlam ek..x igt lak. Arini plan nk bgun awal, nk masak nasik kt adik llki aku. Mak ngan kak sulung xdak..g K.L smlam, ziarah mak lang aku yg sakit tenat. Adik aku plak jenis x reti berdikari sgt wlaupun umoq dah 16thn..ish2...

Bgun 7.15a.m..gsok gigi..g msak nasik.Lauknya, semestinya lauk smalam, mana la smpt nk msak....aku bkn rjin nk bgun awal2...hehe...pas masak mandi + siap2+ 8.04 minit br kereta aku jalan. Ujan plak, xleh la bwak laju ( laju aku 70-80km/j ja). Tgh aku asik drive 2, mangkuk hayun mn ntah, ptong keta kt slekoh...nk cepat2 p mn ntah..dah la arah bertentangan, seb bek aku pn x laju..kalu x abis la PJQ aku 2, ngan aku2 skali jalan kot. BODOH tol...meluat gila aku ngan driver2 yg x reti sabaq mcm mangkuk td 2...keta blakang aku lak, siap bg lmpu tinggi kt aku kot..apa kes..bkn salah aku pn...aku just nk mgelak...nk mampos kalu aku x brek td... hmmm...alhamdulillah la aku selamat jugak smpi tempat kja..Merah plak aku harini..xpa la...mggu ni br skali kot...hehe

p/s: nak bsuh keta..kotoq nk mmpos..tp asik hujan ja...cana...


Tuesday, December 7, 2010

2 berita sahaja~~

Assalamualaikum

Berita Hari Ini: Sumber- Utusan Malaysia Online

  1. TV AlHijrah ( sempena Ma'al Hijrah..sesuai2..pndai pilih tarikh)

PM melancarkan stesen televisyen terbaru, TV AlHijrah yang menyediakan pelbagai program bercirikan Islam di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di Kompleks Pusat Islam semalam.

"Saya yakin TV AlHijrah boleh mencapai objektifnya untuk memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya"

Ulasan: Semoga stesen tv ini mampu menyedarkan "pihak2" yg sebelum ni x tahu bagaimana ajaran Islam yang sebenarnya. 


   2.  ProfessorSWEET alternatif baru gula.

Gula naik 20sen?? aku pn x taw sbb jarang beli barang2 dapur. Jom baca artikel drpd http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Menyedari hakikat itu, sebuah syarikat milik penuh bumiputera, Manisglobal Sdn. Bhd. (Manisglobal) tampil memperkenalkan sejenis sirap pemanis berjenama ProfessorSWEET iaitu pengganti gula yang dihasilkan 100 peratus daripada pati tebu asli (SCE) dengan menggunakan teknologi nano.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzli Che Seman berkata, produk itu mendapat pengiktirafan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan pihaknya juga telah melakukan testimoni terhadap 2,000 responden sebelum ia dipasarkan.

Ia mempunyai kadar kemanisan lebih tinggi daripada gula biasa, tetapi hampir tiada kalori, lemak, kolesterol, protein, sukrosa dan karbohidrat, sekali gus sesuai digunakan seisi keluarga sebagai pengganti gula dalam minuman dan masakan.

ProfessorSWEET dijual pada harga serendah RM19.90 di pasaran bagi kandungan 700 mililiter.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi stokis, ejen atau pengedar syarikat itu boleh menghubungi talian 06-7687323 atau melayari laman web http://www.professorsweet.com./

Ulasan: Penulis mmg x suka manis2....1 sudu sudah cukup, "Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman"

Sekian sahaja untuk berita hari ini....

Abu & Sesuatu

Assalamualaikum.....


Abu & Sesuatu adalah blog yg baru dibuka kembali selepas blog sebelomnya tidak aktif....hehe...org nk wat blog ak pon nk wat....saja2..kdg2 menulis ni best jugak...tp kalu berbakat, msti ramai yg seronok dgn pa yg kita tulis....


crita melayu yg paling ak bley layan byak kali

Ramai yg tya..knapa ABU? Lam FB abu, lam ym ABU...Nama pakwekah?

Hehe....Kalu nk taw ak mnat ABU ni dr cerita KAMI ni laa ...mamat yg pki cap kt pic sblah ni....
walaupun lam cita ni dia nakai gila...tp ntah la..ada sesuatu kt ABU ni yg ak syok gila la kt watak dia....sempoi tp cuteeee.....hehe

So harap2...xdak la org tya lagi knapa ABU....

Dizziness~~


since yesterday until today..kepala pusing macam:

dok pusing roundabout sbb x taw jalan
*
dok pusing nk nek parking atas kt supermarket kt Alor Staq, lupa lak nma mall 2
*
dok tgu bas smbil usha kreta, mto, lori dan org2
*
nek Pirate Ship kt Genting Highland

sekadar hiasan..hehe

Awal Muharram a.k.a Ma'al Hijrah 1432H/2010

Salam Ma'al Hijrah


Kemarin 1 Muharram 1432 H, aku cuti...xdak sambutan papa kt area tmpt aku bermastautin, kt tempat aku kja maybe minggu depan kalu x silap, da ceramah sempena Ma'al Hijrah,Tetamu Jemputan : Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Al-Qudsy drpd UM.. InsyaAllah kalu tiada aral melintang.

Serba sedikit mngenai 1 Muharram 1432H:
1) Tema: 1 Malaysia, 1 Ummah ( bp byak 1 daa)
2) Tokoh Ma'al Hijrah 1432 Peringkat Kebangsaan : Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
     Sapa2 yg x kenal sapa Tan Sri ni..jom check it out her profile;

    
     Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
     Gabenor Bank Negara
     63 Tahun
     Penerima Tokoh Ma'al Hijrah Wanita Pertama negara selepas 24 tahun ia dianjurkan.
     Dapat hadiah RM 100,000 (byak tuuuu), pingat + plak (xdak kaitan ngan masalah gigi) + sijil 
     penghargaan.
     Ayahnya Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid. ( Tp depa ni nmpak mcm ktrunan mat
     salih) penah gak dpt Tokoh Ma'al Hijrah. (salute2)
     Pemegang Sarjana & Ijazah Kedoktoran Kewangan & Ekonomi Antarabangsa dr Uni Pennsylvania, AS
     (dahsat kot)
    
untuk maklumat lebih lanjut, leh baca kt blog http://www.cikgudahlia.com/  ataupun search ja kt google/ yahoo/lain2 page..

Sunday, December 5, 2010

sunyi dalam bising~~

Assalamualaikum...

Hari ini hari isnin, 6 Disember 2010 bersamaan 30 Zulhijjah 1431, sok da masuk taun baru ISLAM, 1 Muharram 1432. Apa azam baru??? Pernah ka aku ada azam? Just set lam otak ja kot, bkn lam bntuk hardcopy, ada list segala...bkn jenis aku...

Hari ni sgtlah boring, rasa kosong....rasa malas nk wat kja....besa la isnin kan, tp da lagi yg myebabkan hari ni jadi x best. Mmg sepi....Mcm sajak yg aku cilok dri filem SEPI arahan Kabir Bhatia..ttiba jiwang la plak..skali skala xdak salahnya kn? hehe....



Aku sepiii!!! layannn.....

Wednesday, December 1, 2010

TOPUP OH TOPUP

Salam

Aku kembali membuat bisnes topup melalui TopupBiz.com....dlu Prepaid4u...hehe..x serik2 jual topup, saja nk try company baru lak...sbb company lama byak sgt problem, tmbh2 aku plak mlas nk wat promosi dan cari downline..

Masalah2 yg myebabkan aku stop jual topup masa percubaan pertama dulu:

1) Server asik problem, cna la nk wat bisnes kalu server hampes nk mampus, topup x masuk2, sakit jiwa toi, tmbah2 lak time permintaan yg tinggi..rugi 2,,,,
2) Keuntungan amatlah sedikit sbb aku x cri downline, mmg salah aku pn..xleh nk ckp pa laa..
3) Bila jual topup kt kengkawan yg jenis topup x reti2 nk byaq..jenuh la aku nk support...da lak yg lupa, dah la ku ni spesis x  reti nk mntak hutang.Kena mintak tlong geng Ah Long, bru depa reti nk byaq kot...hehe...
4) Tiba2 plak depa tkaq system, yg membuatkan aku pening dan xmood trus nk jual, maxis rm5 xdak..pdahal org pki topup ni bkn jenis nk topup byak2..kalu leh seminimum mgkin...rugi2...

So harap, kali ni aku lebih rjin, hopefully yg company ni ok, x byak ragam....dan aku akn rjin2 wat promotion...hehe..

My URL...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...