Assalamualaikum wbt.
Pernah nampak atau perasan tak gambar kat atas ni? Selalunya kita boleh nampak kat bandar-bandar besar. Kalau setakat pekan Padang Serai, tak dak kot. Aku dulu pun tak tau apa fungsi laluan kuning yang mempunyai permukaan sedemikian.
Hari tu ada layan 360 kat TV3. Penah tengok? Aku jarang tengok, kalau ada topik menarik baru tengok. Tapi episod minggu tu pasal laluan kuning ni la. Rupa-rupanya untuk orang cacat penglihatan. Orang cacat penglihatan ni, memiliki deria sentuhan yang sangat peka dan sensitif. Sebab tu depa boleh baca tulisan Braille. Selama ni dok ingat laluan ni hanya untuk mencantikkan jalan. Konservatif betoi. Jadi bagi orang cacat penglihatan yang perlu bergerak seorang diri, depa refer kat laluan ni la untuk mengelakkan mereka langgar tiang ka, masuk longkang ka. Tak perlu la mereka mengharapkan bantuan orang ramai 100%.
Tapi ada jugak orang yang tak berapa nak prihatin boleh pulak g parking kenderaan kat area yang ada laluan ni. Jadi benda ni boleh mengganggu perjalanan golongan istimewa ini. Pihak berkuasa perlu la lebih tegas dalam menangani hal ni. Orang-orang yang sihat walafiat pulak perlu lebih prihatin. Rasanya ada jugak yang tak tau fungsi laluan ni. Sekian.
No comments:
Post a Comment