Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda~

Tahniah kepada seluruh Skuad Harimau Muda kerana telah membolot emas pada Kejohanan Sukan Sea yang ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno.Memang bergelora rasa dijiwa bila tengok perlawanan yang berjalan selama 2 jam lebih. 2 jam yang sangat lama aku rasa.  Emas telah dirampas dihadapan ribuan penyokong Skuad Garuda. Itu yang penting, setelah pasukan Malaysia dilayan dengan hampeh sekali. Satu tamparan yang sangat pedih. Haha

Malaysia ngan Indon kalau bab sukan, rasanya tak pernah sebulu. Bukan kat padang bola ja, untuk game lain pon sama. Aku pun tak paham dengan Indon ni. Asik nak bermusuh. Adoii.

Tapi memang puas hati tengok, tambah-tambah menang walaupun tengok pemain macam dah larat nak main. Kesian pon ada. Nasib la depa still boleh bertahan sampai  ke Penalti.

Secara peribadi, aku suka Baddrol Bakhtiar la main, Kapten plak. Memang dia menjalankan tugas yang baik semalam. Banyak bantu pasukan. Orang Kedah pulak tu. Bangga jadi orang Kedah. Haha. Kecik ja orangnya, tapi stamina ngan semangat yang tinggi.

Penjaga gol kontrobersi jugak tak kurang hebatnya, Khairul Fahmi Che Mat..ada orang panggil dia KFC? haha..lawak betoi. Bagus jugak dia, banyak keep goal. Haha

Mohd Muslim Ahmad, pemakai jersi no 24, Defender. Bagus jugak dia main. Pengulas asik sebut nama dia ja. Kira seorang pertahanan yang baik la. Tinggi dan kacak orangnya. Haha.

Ada lagi sorang pemain. Pakai jersi No 7 semalam. Irfan Fazail .Dia tak la menonjol sangat dan rasanya dikritik sebab tak main dengan bagus. Tapi aku suka tengok dia. Awat pon tak tau. Abaikan. 

p/s: ditulis dah lama, posmen lambat pos...hehe

1 comment:

  1. ion titanium hair color - TITS TO MOST.
    These colors 2017 ford focus titanium may vary depending on titanium drill bit set skin type and condition. There are also many shades of red, brown, grade 23 titanium and pink. The primary race tech titanium color is orange titanium 3d printing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...