Hari kedua selepas Raya Aidil Adha, sorang member aku telah selamat berkahwin iaitu Nor Fauzah & Mohd Zave. Tahniah la buat mereka berdua semoga berbahagia hingga akhir hayat. Amin.
Pernah dengaq pantang ni:
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
Buat pertama kalinya dalam hidup, aku dengaq pantang larang ni. Sehari sebelum majlis, aku dengan beberapa orang member aku yang belum berkahwin pi la rumah dia, ingat boleh tolong apa yang patut sebab kami ni memang kawan baik sejak dari zaman kanak-kanak. Masa dok tolong siapkan bunga telur, tiba-tiba mak dia masuk bilik, mintak baju lama pengantin perempuan tu untuk baling/ lempaq atas bumbung rumah. Kami pun agak kehairanan jugak la. Apakah motif mak dia berbuat sedemikian. Oleh sebab tak dak sorang pon tau, masing-masing buat derk ja. Jadi hari ni aku tergerak hati pulak nak cari apa maksudnya. Hehe.
Berbalik kepada kenduri kahwin, Majlis pada esok harinya, berjalan lancarnya. Tapi hujan turun jugak walaupun tak lebat. So tak tau la apa motif lempar baju atas bumbung tu. Hmmmm. Renung-renungkan.
No comments:
Post a Comment