Monday, March 26, 2012

Suku Abad ~

Assalamualaikum wbt...

Tahun ni 26 Mac 2012, umur dah masuk suku abad. Berapa? 1/4 daripada 1 abad. 1 century equal to how many years? Huhu.

Makin tua pulak rasa, tapi kualiti hidup masih di takuk yang lama. Adoyai. Dah kena start berubah. Dah tak boleh terlalu ikut perasaan. Ikut hati. Think wisely using aqal.

Hadiah yang paling best -------> still boleh bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada suma kawan-kawan, senior, junior, students, ex-student and family yang sent birthday wishes thru Facebook and SMS yesterday.

Sekian.


ni la kek yang aku makan semalam (dalam mimpi) haha


p/s: ucapan yang ditunggu menjadi ucapan yang terakhir.

Monday, March 12, 2012

John Carter~

Assalamualaikum wbt...

Dalam dok sibuk-sibuk mencari info pasal urusan kerja yang agak mencabar kesabaran, aku nak kongsi sikit la pasal movie terbaru yang aku tengok kat panggung wayang baru-baru ni. Movie apa? Sila lihat poster. Bila dengan sapa dan kat mana? Biarlah rahsia atas sebab-sebab keselamatan dalam kawasan. Haha.


John Carter asal bumi tapi disebabkan satu insiden, menyebabkan dia telah terkeluar daripada atmosfera bumi dan terdampar di planet Marikh, tanpa bantuan roket dan tak memerlukan tong oksigen. Sekelip mata dah sampai. Jalan cerita dia macam Filem Thor jugak cuma terbalik sikit. Dalam Thor, hero mai Bumi, tapi dalam filem ni hero pi planet depa yakni Planet Marikh @ Mars, tetapi mereka menggelarkan planet ini sebagai Barsoom.

 
Bila dia dah sampai Mars, masa mula-mula tu dia agak tak reti la nak jalan-jalan atas Mars sebab graviti planet tu lain daripada kat Bumi. Disebabkan ketumpatan (kot) tulang manusia bumi berbeza ngan orang kat Mars, kita boleh melompat macam belalang kat planet ni. Syok betoi. Kiranya dia ada kuasa la. Kuasa agak luar biasa bagi orang-orang Mars. Macam dalam poster kat atas, dia siap boleh hawing (bukan bahasa Inggeris yang tapi perkataan yang bermaksud membaling jauh-jauh) monyet putih gergasi ni.


John Carter & Tharks

Makhluk pertama John Carter jumpak kat Marikh adalah geng Tharks (kalau tak silap). Ketua depa kagum dengan kelebihan si John ni. So dia bawak balik jumpak geng dia. Banyak benda-benda yang jadi kat situ. Sila tengok sendiri. Haha.


John Carter & Puteri Marikh

Ni la hero dan heroin filem ni. Hero memang hensem, baru semangat sikit nak tengok. Heroin boleh tahan comei. Perempuan ni macam campuq-campuq sikit, tak tau la asal mana.

Time kat Barsoom, depa tengah perang sebab merebut kuasa, nak sapu kawasan. Standard la, yang jahat nak tawan kawasan baik. Geng-geng baik ni kira dah nak surrender dah mula-mula, tapi sebab adanya John Carter sebagai Hero, dia la yang jadi penyelamat. Ada la macam-macam jadi sampai la dia falling in love dengan puteri Marikh ni. Siap sampai kawen. Tapi masa malam perkahwinan dia tu, satu lagi insiden telah terjadi menyebabkan dia terpelanting balik kat bumi.

Masa terdampar kat bumi, terjadi lagi beberapa insiden yang aku tak mau cerita, hampa kena la tengok sendiri. Hehe

Keseluruhan, bagi aku cerita ni boleh tahan, ada banyak jugak action. Cuma aku tak berapa minat cerita-cerita yang terlalu fiksyen. Tapi rata-rata orang memberi komen positif pasal filem ni dan mendapat rating yang agak tinggi. Sila-sila la pi tengok atau beli DVD tak pun download sendiri lagi jimat cuma dia punya sound effect tak sama macam kat panggung wayang. Haha.

Friday, March 9, 2012

Doktor cinta tak bertauliah ~

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba ja aku rasa pening, nak m****h. Mugkin sebab khusyuk sangat dok baca blog yang macam-macam fesyen tulisan. Dah naik cramp mata. Haha.

Jumaat hari ni lepak dalam office ja,  tak ada keinginan nak keluaq memandangkan kemarin aku dah travel agak jauh. Kamunting. Jauh tak? 100 km lebih sehala, jauh la kan. Haha.

Aku bukan nak cerita bab semalam, tapi nak cerita bab masalah cinta. Bukan masalah cinta aku, masalah cinta kawan-kawan aku dan mereka adalah lelaki.

Sepanjang aku hidup ni, 2-3 tahun lepas ni ja aku start rapat sikit la dengan lelaki. Sebelum-sebelum ni bukan tak rapat. Tapi aku jenis pemalu. Sejak aku kerja ni la aku lebih berani sikit. Buang rasa malu. Jadi senang sikit aku nak buat kerja. Tambah-tambah kat tempat kerja aku ni memang ramai lelaki, Staff dan student. Jadi rasa malu aku agak berkurang, kadang-kadang memang malu tapi cover. Haha.

Nak dijadikan cerita, 2-3 kes jugak cinta jugak aku kena hadap. Ada yang bermasalah dengan awek, asik gaduh. Ada yang sangsi dengan awek, takot depa syok sendiri. Macam-macam betoi la depa ni. Kadang-kadang rasa aku dah jadi macam doktor cinta plak , padahal aku bukan banyak pengalaman sangat dalam cintan-cintan ni. Kalau nak kongsi masalah cinta pun rasanya aku segan. Rasa macam benda tu tak la terlalu rumit, cuma jadi teruk bila terlalu sangat ikut perasaan. Sampai boleh tensen teruk-teruk.

Bukan aku tak suka dengaq masalah depa. Cuma kadang-kadang aku rasa aku ni bukan orang yang betoi untuk depa luah perasaan. Haha. Tak pun depa jenis nak cri orang yang boleh dengaq masalah depa ja. Tak payah bagi nasihat papa. Tapi takkan la aku nak diam camtu ja. Mesti aku terkeluaq gak nasihat sikit-sikit. Lawaknya ada yang kata, depa lebih semangat dengaq nasihat aku. Hadoi.

Cuma kadang-kadang sampai gak tahap aku macam agak slow sikit bagi respon, sebab ada yang hari-hari dok update pasal awek dia. Sorry la kalau ada yang terasa dengan perubahan sikap aku tu. La ni pon dia dah slow sikit ngan aku. Mungkin dia dah ok ngan awek dia kot.

Apa-apa pun aku nak nasihat sikit la, nak nasihat banyak tak pandai. Nasihat untuk diri aku jugak yang kadang-kadang suka gak pikiaq ikut perasaan. Nak nasihat satu ja, bila bercinta tu kena ingat, baru bercinta bukan berkahwin. Jadi tak boleh la nak control sana sini, jeles teruk-teruk. Berpada-pada sudah la. Jangan sampai gaduh-gaduh teruk. Lepas tu putus. Macam sia-sia, buang masa. Buang duit pon ada. Always think positive. Huhu.

Setakat ni ja la bebelan yang seberapa. Sekian

Thursday, March 8, 2012

Tidak Bertajuk ~

Assalamualaikum wbt....

Adoi. lama betoi la tak update blog ni. Saja la hari ni mai mana ntah mood nak buat entri biasa-biasa. Tambah-tambah ada yang dok suruh update. Malu kot bila orang dok baca blog aku. Padahal entri hampeh-hampeh belaka.

Sebab-sebab tak update:
  1. malas dan tak dak idea best
  2. internet slow
Macam biasa, semua biasa-biasa ja yang jadi dalam hidup aku sepanjang tak menulis ni. Tapi perkara agak best yang terjadi dalam suku pertama tahun 2012 adalah: dapat jejak kaki kat Singapura buat pertama kalinya walaupun tak sempat nak jelajah satu Temasik tu. Dah tak dak kudrat rasanya nak jalan-jalan. Lagipun pi atas urusan kerja bukan tujuan nak bercuti-cuti Singapura sangat. Gambaq-gambaq yang sempat tangkap pun aku tak tengok lagi. Masih dalam simpanan Cik Anggur.

Perkara kedua yang best: dapat anak sedara baru pada 14 Februari 2012. Lelaki. Ahmad Nu'man Wa'ie Mohd Shahrin. Kalau aku tak silap eja la. Maksud pun dah lupa. Tak sampai sebulan lagi. Jadi tak reti sangat lagi nak main-main ngan dia.

2 benda ni ja la yang agak memberi kesan yang berlainan dalam masa awal-awal 2012 ni. Lain-lain Allah SWT yang akan aturkan.

Ni nak cerita sikit la. Cerita ni tak dak la penting sangat pon aku rasa. Tapi agak bengang gak la. Tapi kutahan aja. Susah la aku nak melenting kat orang walaupun dalam hati rasa macam ada taman yang dah terbakaq rentung.  

Apa perasaan hampa bila ada kawan yang susah nak diteguq? Bila tenguq mula la kaitkan dengan benda-benda yang jauh sangat kaitannya dengan benda yang diteguq. Pastu jenis tak boleh terima teguran terus rasa tekanan. Kalau time tekanan plak,dia suka buat benda bukan-bukan yang kadang-kadang boleh bahayakan diri. Bahaya betoi la. Aku pun dah tak tau nak handle kawan yang macam ni. Bukan maksud aku tak mau pedulik dah kat dia. Tapi dah tak reti nak ubah cara dia tu. benda yang diteguq tu pun bukan la untuk kebaikan aku sorang, tapi untuk kebaikan dua-dua pihak.

Apa-apa pun, la ni dia dah tarik muka ngan aku. Nak wat lagu mana lagi pun tak tau. Terima ja la bila orang dah slow ngan kita.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...