Tuesday, March 15, 2011

Hangin~

Ayat-ayat di bawah ditujukan kepada orang yang tak reti hargai kebaikan orang lain, wat pala taw, penting diri, tak leh blah, bajet bagus dan sifat-sifat mazmumah yang berkaitan dengannya

**************

Arghhhh

Memang tak dak perasaan toi la hang ni

Aku dah boring. boring. dan boring tahap dewa gaban ngan sikap hang tu

"Stop playing game" la KAWAN

Tapi

Tak pa

Lepas ni hang jangan banyak soal, jangan banyak tanya

Aku tak mau kacau hidup hang dah

Dah berbuih-buih berbusa-busa aku dok cakap

Hang boleh buat tak taw

Macam tunggui

Dah semua hang nak ambik ringan sangat

Semua nak ikut kepala hang

Ikut suka hang

Kali ni aku nak ikut kepala aku pulak

Aku pun leh buat macam mana hang buat kat aku

Ingat aku ni BODOH sangat

So

"What you give, you MUST get it back"

"Lantaklah" solusi yang aku pilihAku dah letih..Bak Hang

*******
Sekian. Marah yang sengaja 'hang' timbulkan

Monday, March 14, 2011

Hitam atau Putih??

Assalamualaikum


Hari ni nak cerita pasal mata. Mata aku. Bukan mata orang lain. Mata merupakan benda pertama yang aku tengok bila kenal seseorang. Aku sangat minat jenis mata yang renungannya tajam dan dalam (kecuali orang psiko). Seksi kot. Haha. Kalau lelaki aku suka tengok mata Tarabas (Nicholas Rogers) watak dalam cerita yang agak femes dulu-dulu iaitu The Cave of The Golden Roses. Aku tak la mengikuti sangat cerita ni, kalau tengok pun sebab nak tengok mamat Tarabas tu. Tapi sayangnya dia bukan HERO.  Kalau perempuan pulak aku suka tengok mata Megan Fox, awek Shia Labeouf dalam Transformers. Cantik gila mata dia kan.


  
Inilah Megan Fox. Lawo kot mata dia. Siap kaler kelabu lagi.

Tu cerita bab mata yang cantik. Yang aku nak fokuskan sekarang ialah mata aku makin hari makin rabun. Mungkin sebab hari-hari mengadap PC (personal computer) walaupun bukannya buat kerja sangat. So kuasa kanta atau spectacles power (bukan seperti power yang dimiliki power rangers) daripada 100 lebih dah naik kepada 200. Memang Apek kedai spek sarankan aku pakai spek (ringkasan untuk spectacles) supaya mata aku tak bertambah teruk. Padahal aku tau, motif sebenar adalah nak jual spek. Mula-mula nak chek ja, tapi besa la, sekali dia dah dapat pelanggan, dia akan pastikan pelanggan tu MESTI beli. Strategi pemasaran la tu.

Dulu penah ada spek. Tapi disebabkan muka aku tak lawa kalau pakai spek ( padahal tak pakai pun tak lawa mana), aku malas nak pakai hari-hari. Tapi kali ni aku bertekad nak pakai. Aku pilih la bingkai yang nampak stylo skit. Agak mahal. Tapi disebabkan nak jaga mata, kena la berkorban sikit walaupun duit sebonarnya dah hampir kering. Apa-apa pun aku dah bayar deposit. Kena la ambik gak.


Masalah sekarang aku konfius (sebetulnya confuse) nak pilih bingkai putih ka hitam. Apek tu cakap putih nampak moden. Tapi bagi aku lawa tu memang lawa cuma nampak over la pulak sebab aku bukan la penah pakai secara tetap, hanya secara sambilan. Dalam hati memang nak pilih hitam, tapi dia cakap macam ni;

'hitam sudah biasa, macam cerita P.Ramlee'.

Tapi stail OldSchool tu yang aku suka. Aku dah pun mintak beberapa pendapat orang ramai, da yang cakap hitam is better. As a beginner rasanya mulakan yang biasa-biasa dulu kot. So aku akan tukar balik ke BINGKAI HITAM. MUKTAMAD!( kalau boleh tukar la, harap-harap boleh) Hehe.


Lebih kurang macam ni la spek tu. Over sangat tak? Spek ni kepunyaan blogger ni.

ni pulak contoh spek bingkai putih. Nampak over la pulak rasa kalau aku pakai. Untuk makluman ni bukan balak aku. hiasan semata-mata. Haha

Sekian repekan aku tu kali ni. Adios...



Tarabas, Tajam tuu renungan dia.


Cerpen~

Assalamualaikum

Lama betul rasa tak menulis. Padahal baru 4 hari aku tinggalkan blog aku. Minggu lepas bermaksud 10 & 11 Mac 2011. Aku telah terbang ke Kuala Lumpur. Ada lawatan makmal. Mula-mula melawat makmal RISDA. Tengok depa punya Documentation dan Implementation MS ISO/IEC 17025:2005. Kalau tengok depa punya kerja, nampaknya makmal kat tempat kerja aku ni sangatlah memerlukan banyak kerja bagi menyamai depa punya kerja. Berapa banyak kerja daa. Hari kedua (selepas cancel flight balik dengan sengajanya) melawat pulak makmal kat NanoC Sdn Bhd. Garang kot CIK/PUAN/CIK PUAN tu. Sedikit eksyen. Tapi tak kisah la. Sat ja melepak kat tempat depa. Tapi sebelum sampi NanoC ni, boleh pulak Pak Cik teksi tu sesat. Nak marah pun orang tua, kena la hormat. Sabaq ja la. Ni la namanya dugaan.

Aku tak mau merepek panjang pasal lawatan tu. Tapi satu benda yang best masa kat LCCT (baru ja sampai) ialah aku jumpak Nas-T/Nas Muammar Zar/Hasbullah Hj Ismail/Takiyuddin Ayub @ ABU KAMI!!!. Aku agak gumbira gak la masa tu. Cuma tak dak plak orang pi mintak autograf kat dia. Takkan aku salah orang kot. Mungkin sebab dia ni artis yang tak la meletup sangat so tak ramai la yang ambik pot dengan kehadiran mamat tu kat situ. Apa-apa pun sangat berpuas hati walaupun tak sempat nak tya ' Betoi ka ni Nas-t' haha. Tapi muka dia sangat la tidak stylo macam selalu. Tak mungkin pelanduk dua serupa. Sebab aku dah tenung dalam-dalam. Memang dia pun. Tak pa la, da jodoh. Leh jumpak lagi.

Ni aku nak sentuh sikit bencana alam yang teruk yang berlaku kat Jepun. Pada 11 Mac 2011, lebih kurang 1.30-1.45 petang waktu Malaysia, Kalu tak silap. Berlaku gempa bumi yang dahsat (8.9 skala Richter) dan menyebabkan ombak tsunami setinggi 10m. Memang menakutkan. Adakah ini bala? Hanya Allah SWT ja yang tahu. Sebagai manusia kita perlu la ambik peringatan daripada kejadian yang begitu dahsat ini. Walaupun tak kena di tempat sendiri. Semoga ruh-ruh saudara muslim yang terlibat (sekiranya ada), ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amiin. Lepas tu pulak, Jepun ni ada loji Nuklear yang memang merbahaya kalau bocor. Gempa bumi baru-baru ni telah menyebabkan struktur loji rosak. Bacaan lanjut tekan sini. Kesan radiasi tu boleh bagi effect teruk kepada kesihatan manusia. Semoga kita dijauhkan daripada kesan bahaya tersebut.

Sekian sahaja untuk kali ni. Teringin gila nak makan McFlurry~~~

Tuesday, March 8, 2011

Dugaannya~

Assalamualaikum

Sebagai seorang Raingers (tak berdaftar..kena daftar ka?), aku nak kongsi satu lagu Hujan yang ada kena-mengena dengan masalah aku sekarang. Apakah masalah tersebut? Jawapan boleh diperoleh daripada bait-bait lagu ni. Hehe

 
Woo....
Bapanya mahukannya jadi seorang askar
bukan cita-citanya
bukan impiannya

Dia terlalu muda
tuk tinggalkan keluarga
bila tiba masanya
pilu mula terasa

Berkecamuk hati
hatinya sendiri
persoalannya kini
sampai bila mampu ku bertahan
mampukahku bertahan

Wo..
Wooooo

Nampak ketarakah dilema diwajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu (2x)

Beginikah selalunya cinta
diakhiri sengsara setelah dicurahkan semua
cubaku dalami
sampai termimpi-mimpi
namun apa yang ku jumpa semuanya sama

Berkecamuk hati
hatinya sendiri
persoalannya kini sampai bila mampu ku bertahan
mampukahku bertahan

Woooo

Nampak ketarakah dilema diwajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu (2x)

Wooo

Ini semua dugaanNya
semua dugaanNya

Woooo

Nampak ketarakah dilema diwajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

sumber lirik: sila tekan
Tajuk Lagu: Dugaannya





Sunday, March 6, 2011

127 Hours~

Assalamualaikum

Lupa pulak nak cerita apa aktiviti aku minggu lepas. Mula-mula ingat plan nak pi tengok wayang tak jadi, sebab adik bongsu aku patah tangan. Tapi disebabkan ada barang yang nak dibeli. So boleh la dijadikan alasan untuk keluaq dan tengok wayang. Destinasi pilihan adalah Big Cinemas Kulim. Hal ini adalah disebabkan filem yang aku nak tengok still not available kat panggung-panggung area Sungai Petani.

Filem yang sempat tengok adalah 127 Hours. Black Swan belum ditayangkan kot. Mula-mula baca ulasan cerita ni kat Utusan Malaysia Online macam best. Tapi rasanya bagi sapa-sapa yang minat filem aksi tak akan rasa best kot kalau layan filem ni. Filem ni berbentuk survival. So kebanyakkan scene tertumpu masa Aaron ni tersepit di celah-celah rekahan/ ruang. Yang menyayat hati tu bila dia ambik keputusan untuk mematahkan dan mencabut tangan sendiri. Kalau aku memang tak sanggup sebab tak berani kot. Disebabkan semangat untuk hidup tu tinggi, so kena la berkorban sikit. Daripada mati macam tu ja. Lagipun belum sampai ajal walaupun tak makan 4-5 hari dan terpaksa minum air kencing sendiri. Erkk.Ewww(ala-ala AnwarHadi). Lagi satu Aaron (James Franco) kuat berkhayal. Sian tol.

Jadi aku nak sarankan kat sini, sapa-sapa yang suka filem-filem survival sahaja boleh layan cerita ni. Kalau suka filem aksi-aksi better cari filem lain. Takut tertidoq dalam panggung ja nanti. Rugi RM 10@ RM7.

Sekian sahaja.

Wednesday, March 2, 2011

Filem Minggu Ini~

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal movie yang aku teringin nak tengok. Black Swan(BS) dan 127 Hours. Sinopsis BS versi English boleh tengok sini.  Bila baca artikel kat Utusan Malaysia pasal Filem 127 Hours macam best jugak. Tambah-tambah hero yang aku suka iaitu James Franco (kawan Spiderman) yang jadi watak utama. Filem BS rasanya dah tayang kat panggung sekarang ni, Filem 127 Hours tak pasti la plak. Kalau boleh hujung miggu ni nak layan movie ngan rOck rOck ! .Hehe, tu ja la aku nak cerita hari ni. Sekian.

best ka?

Macam best. Ensem gila kan JF ni. huhu
 p/s: Cikgu dah sampi Korea kot.

Tuesday, March 1, 2011

Bleach~

Assalamualaikum

Ichigo Kurosaki
Semalam sementara tunggu cerita Begitukah Cinta, aku saja-saja layan Bleach. Ingatkan tak best, rupa-rupanya boleh tahan jugak. Ada part-part lawak dicelah-celah aksi. Hehe. Dulu kartun Jepun aku just layan SlamDunk ja. yang lain-lain aku pandang sebelah mata.

Cerita ni dulu ada waktu malam kat TV3, kul 11 malam. Tapi masa tu aku tak berminat nak layan. Sekarang ni ada pulak time 6.30 petang hari Selasa. Minggu depan tengok sambungan episod lepas yang berkisarkan pasal air. Aku tak berapa pasti episod berapa dan tak tau hujung pangkal cerita ni. Sekarang baru nak minat. Mari baca sedikit penerangan tentang Anime Bleach kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...