Saturday, January 22, 2011

Pagi Sabtu~

Assalamualaikum

Dah lama tak merasa kerja hari Sabtu, tapi hari ni kena mai kerja sebab ada ceramah Maal Hijrah~. Ceramah mula pukul 10.00 a.m lebih kurang dan habis sebelum pukul 1.00 p.m. Dr Sharifah bagi ceramah boleh tahan, ada la jugak lawak-lawak sambil menyampaikan ilmu, kira tak la boring sangat. Isi-isi kandungan ceramah walaupun tak menepati tajuk, kira best jugak la. Apa yang disampaikan lebih umum, tapi masih berkaitan dengan hijrah.

Antara benda yang aku ingat masa ceramah tu:

* Banyakkan zikir, solat dan baca al-quran. Pahala dihitung berdasarkan huruf.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

sumber : http://wajibtajwid.com/blog/al-quran/pahala-membaca-al-quran.html/



* Dalam majlis ilmu doa dimakbulkan. InsyaAllah
 
Kita boleh tengok kalau hadir kuliah agama, ustaz-ustaz akan baca doa yang panjang, kadang-kadang dalam bahasa melayu ( contoh tempat aku dulu).
 
Waktu-waktu Doa Mustajab.
 
(1). Sepertiga Akhir Malam
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
(9). Ketika Saat Sedang Hujana (Hujan)
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
(11). Ketika Lailatul Qadar
(12). Doa Ketika Hari Arafah

sumber: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=436&Itemid=63


* Akhiri majlis ilmu dengan Tasbih Kaffarah



Antara yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW didalam beberapa riwayat antaranya ialah:

1.Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu” .

2. Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata:

Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Maka berkata seorang lelaki:

 Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis” .

3. Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.


*Kena tingkatkan diri, tak boleh berada tahap yang sama, hari esok kena sentiasa lebih baik daripada hari ini.

*Amalkan ayat 1000 Dinar untuk memperoleh rezeki yang tak disangka-sangka tapi hanya untuk umatnya yang bertaqwa kepada Allah SWT


http://www.google.com/

Ayat ini boleh diamalkan selepas sembahyang, tapi rezeki datangnya dari Allah SWT, perlukan usaha. Tapi kalau sekadar mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tanpa usaha, adalah sia-sia. 

Walaupun tak banyak point yang aku tulis, kira ok la sebab ada jugak benda yang nak dikongsi. Lagipun aku dengar ceramah tadi tak buat catatan. Sekadar mengingat apa yang aku sempat save dalam kepala.   

Okeh, sekian saja sampai di sini. Wassalam










Friday, January 21, 2011

Hijrah~

Assalamualaikum

Pagi ni aku bangun awal, lepas dengar azan Subuh, terus terjaga, dalam hati ingat nak sambung lagi tidur (bisikan syaitan), tapi bila dengar muazzin masjid Sidam Kiri melaungkan kalimah



Solat itu lebih baik dari tidur

terus aku bangun. Bersalah pulak rasa tak bangun. Lepas sembahyang Subuh dan baca Ma'surat (time rajin dan bangun awal) aku sambung tidur jap (jangan tiru aksi ini) tapi tak lena pun, setakat tidur-tidur ayam. Tambah-tambah pulak bila Cikgu hantar mesej suruh aku bangun sembahyang Subuh. Time tu dah 7.00 a.m. Tapi sekarang ni Subuh masuk waktu lambat, hari pun lambat siang. Oleh yang demikian la aku selalu terlajak tidur dan Subuh gajah (ada ka?). Lepas mandi dan bersiap, keluar rumah pukul 8.05a.m. Memandangkan hari ni Jumaat, jadi tak banyak sangat la kereta, lori, bekho dan sebagainya maka pemanduan aku tak banyak masalah. Sampai tempat kerja pun cepat 2 minit daripada hari biasa.
 
Lambat pulak aku rasa waktu berjalan hari ni, nak tunggu rehat jam 12.45p.m pun berjanggut jugak la rasa. Hari ni aku dengan kawan pi jalan-jalan kat Central Square. Tak dak benda yang best pun. Dok usha-usha beg, tak dak pulak yang murah-murah. semua RM40 keatas. Sebelum balik singgah Watson, beli barang sikit. Untungnya barang yang aku nak beli tu ada offer, BUY 1 FREE 1. Jadi kongsi dengan kawan. Dapat la separuh harga. Bagus. Jimat sikit duit aku.
 
Sampai tempat kerja, dah dekat pukul 3.00 p.m, 15 minit lewat. kalau selalu lewat mampus la. tapi kami ni jenis pekerja yang baik, kadang-kadang ja lambat, selalunya awal. Ha Ha. Esok Sabtu (22 Jan) kena kerja macam biasa. Adus. Tapi sebelah pagi ada ceramah Maal Hijrah ( dah lama lepas tapi baru nak buat) . Penceramah jemputan Prof  Madya Dr Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya dengan tajuk 'Hijrah Dari Kaca Mata Malaysia Masa Kini". 
 
Kalau aku diberi peluang untuk bagi pandangan pasal tajuk ni, rasanya Malaysia tak banyak berhijrah kepada yang tak baik kepada yang baik. Kalau dari segi gejala sosial, memang teruk sekarang, jangan cakap tempat lain, tempat aku sendiri pun boleh tahan teruk. Contoh, baru-baru ni aku tengok 3 orang budak perempuan (rasanya masih sekolah) hisap rokok. Secara terang-terang dan tak dak rasa malu langsung. Kalau bab kapel-kapel ni aku tak mau komen panjang sebab kena batang hidung sendiri. Nak kawan tu boleh tapi jangan sampai lebih-lebih. Sebab tu la sekarang banyak budak-budak sekolah, budak-budak U yang buang anak. Tak pernah pulak aku dengar orang yang dah kerja buang anak. Mana depa belajar pun aku tak tau, kalau nak cakap tengok tv, tak dak la sangat adegan-adegan yang teruk. Kalau CD dengan Internet, mungkin jugak la. Tambah-tambah pulak aku dengar ada cadangan nak bagi notebook dekat budak-budak sekolah. lagi la parah. Rasanya tak salah budak-budak buta IT, tak dak la jadi benda pelik-pelik. Kalau nak cerita bab sosial sampai esok pun tak habis.
 
Kita cakap bab agama. Rasanya banyak masjid-masjid kat Malaysia takut nak buat ceramah suka-suka hati. Silap-silap ustaz yang bagi ceramah kena gam. Padahal apa yang disampaikan tu betul, cuma bila terkena batang hidung sendiri, dituduh pulak berpolitik dalam masjid. Aku pun tak paham masalah diorang ni. Kalau tak betul, buat apa nak marah. Kata Malaysia negara demokrasi, rakyat bebas bersuara. Tapi apa yang aku nampak, kalau rakyat suarakan benda yang berbeza dengan perspektif kerajaan sekarang, siap la.
 
Bab ekonomi. Bab ni aku tak reti nak komen, sebab tak pandai. Yang aku tau, banyak harga barang baik. Nak turun susah. Tapi aku dengar cerita, bini pemimpin pakai baju yang kain harga beribu-ribu semeter. Tak layan la kalau kain pasang RM 48.00. bagi aku tu pun dah mahal. Kalau upah, bertambah mahal. Mungkin dia rajin bersedekah. Mana tau kan.
 
Bab pemimpin. Bini pemimpin ramai lagi yang tak berhijrah (tak pakai tudung). Bagaimana seorang pemimpin tak mampu nak suruh isteri dan anak-anak berhijrah. Padahal benda tu wajib. Aku pun bukan la baik sangat. Tapi sebagai pemimpin kena la tunjuk contoh. Rakyat boleh ikut. Ada pulak pemimpin yang isteri pakai tudung elok. Anak pulak bukak sana sini. Aku malas nak cakap sapa. Tapi aku cakap benda betul bukan main tembak.
 
Cukup rasanya pendapat aku. macam nak tulis panjang. Sebab aku geram dengan sesetengah blogger yang kutuk-kutuk sana sini. Sampai ulama' pun kena bantai sekali. Agak-agak la kawan. Esok kita tengok pulak apa pandangan Dr Hayati pasal hijrah ni. Sekian 

Tuesday, January 18, 2011

Imelda Marcos

Salam

Hari ni macam biasa datang hampir tepat-tepat pukul 8.30 a.m (sangat menepati waktu). Terus pi kafe, makan Roti John berharga RM 1.20 dan air kosong (bawak dari rumah gara-gara nak berjimat). Lepas sarapan masuk ofis. dan seperti hari-hari biasa. wajib godek-godek PC. Pertama-tamanya mesti tengok FB, kot-kot ada orang hantar komen best-best. Pastu perkara wajib seterusnya baca paper Utusan dan Kosmo. Kosmo aku baca dulu sebab berita dia ringkas-ringkas. sekadar nak tau apa jadi kat dunia sekarang. Masa aku baca ruangan Dunia kat Kosmo, terbaca tajuk berita ni

"Isteri bekas PresidenTunisia bawa emas"
TUNIS - Leila Trabelsi yang merupakan isteri bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke luar negara bersama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih £35 juta (RM171.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Bacaan seterusnya boleh klik kat sini

Aku bukan nak cerita pasal Isteri bekas Presiden ni, cuma tertarik dengan teks ni:

"Isteri Zine itu digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab"

Macam pernah aku dengar nama Imelda Marcos, baru aku ingat ni salah satu dialog Lyn ( Liyana Jasmay dalam cerita KAMI the Series). Part kat mana Lyn nak pi mintak duit kat mak dia sebab tak cukup duit nak byaq duit fotostat dia punya fanzine. Lebih kurang macam ni la dialog tu cuma tak berapa ingat dialog sebelum dialog ni.

Lyn: korang ingat mak aku Imelda Marcos ke?
Kawan Lyn 1: Sapa Imelda Marcos tu, pelakon Telenovela ke? haha
Kawan Lyn 2: Ntah aku pun tak tau.

Aku pun tak tau sapa Imelda Marcos tu. Walaupun dah berkali-kali aku ulang tengok cerita tu, baru hari ni aku tau sapa Imelda Macos. Apa yang baru baca dari Kosmo tadi Imelda Marcos ni isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang telah digulingkan oleh rakyat pada 1986 (setahun sebelum aku lahir) selepas memerintah secara diktator (patut la kena guling, pemerintah kuku besi, kejam dan zalim) sejak Disember 1965 (21 tahun rakyat merana). Imelda ni terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin itu (tak patut)

sumber: www.kosmo.com.my
Imelda (ingatkan muka mat saleh) dan Suami
Cun jugak Imelda ni masa muda

tapi bila dah tua

*
*
*

tak berani nak komen

koleksi kasut-kasut Imelda.
Mak aih punya la banyak. ni baru kasut, beg baju bla bla. tak taw la berapa lori

Setakat ni ja la aku boleh kongsi. Sebagai intro. kena banyak lagi baca pasal Imelda Marcos ni. Nanti cerita bukan-bukan, salah fakta, dah memburukkan orang lain pulak. lagipun ni bukan blog gosip yang tak berapa pasti kebenarannya. hehe. 

Monday, January 17, 2011

Batu~

masing-masing membatukan diri
masing-masing diam 
masing-masing ego
masing-masing asyik salahkan masing-masing
masing-masing tak mau mengalah
masing-masing ikut suka masing-masing


Movie Marathon

Salam.

Hari sabtu lepas ( 15 Jan 2011) aku dengan adik-adik buat movie marathon. 2 cerita ja mampu. tu pun dah habis rm60 ( 3 orang + 2 movie) membazir tahap cipan. tapi berbaloi aku layan movie kali ni.

First Muvi: Faster
filem boleh tahan best. tak rugi kalau tengok. tak tengok pun tak rugi. sekadar hiburan.
Cerita ni start 2.20pm. tapi kami sampai Village Mall. 2.24pm. agak lambat. tapi nasib baik sempat jugak beli tiket. Memang bersesuaian dengan Muvi yang kami nak tengok tu. Jalan cerita boleh tahan. tak serabut kepala. ada jugak teka-teki sikit. Bagus jugak buatkan cerita tak jadi terlalu mendatar dan membosankan macam cerita Damping Malam. Bintang utama Faster, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock. yang lain-lain aku tak berapa kenal. Ada tiga watak utama Driver (The rock), Cop (tak kenal mamat ni), dan Killer (pun aku tak kenal). Watak Driver dengan Cop ok dan wajar tetapi watak Killer tak berapa masyuk. tambah-tambah babak dia dengan aweknya. Memang tak perlu. Tapi biasa la filem mat saleh. mesti nak jugak menyelitkan unsur-unsur porno. Tapi bagusnya tengok wayang, babak-babak sedemikian dipotong.  aku boleh bagi 4.5 bintang untuk filem ni. Tema filem ni, Balas dendam. Kalau nak baca sinopsis boleh cari kat google ataupun cari kat sini.

http://www.filmofilia.com/2010/09/06/dwayne-johnsons-faster-poster/

Second Muvi: Khurafat



Durasi muvi ni tak lama dalam masa 1 jam 20 minit. tapi banyak adegan terkejut. seram tak berapa. memuaskan hati berbanding cerita seram melayu yang aku tengok sebelum ni ( Janin dan Damping Malam). Banyak gila hantu kiri kanan atas bawah. Yang bestnya tu bila ending yang tak disangka-sangka. Bagus jugak jalan cerita. Kredit kepada Syamsul Yusof sebagai pengarah dan watak utama ataupun hero muvi ni. Pelakon lain-lain, Liyana Jasmay (bini syamsul atau johan), Sabrina Ali ( Anna atau hantu), Fauziah Nawi ( mak johan) dan lain-lain. Aku boleh bagi 4 bintang. Sinopsis macam biasa boleh cari kat google. melambak-lambak. aku malas nak tulis panjang-panjang. ha ha. tak pun cari kat link bawah ni.  

http://www.hollywood91.com/01/khurafat-movie-screen-cinema-great-day-tiramisu-tv3-fasha-sandha-dan-jejai.html

Monday, January 10, 2011

Perubahan~

Salam

Mulai dari tarikh hari ni. ( 11.1.11) aku akan belajar untuk mengurangkan bercakap benda-benda yang tak perlu dan perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang sensitif ataupun yang buat-buat sensitif. yang tak best tu bila apa yang orang-orangan cakap aku boleh tahan. tapi apa yang aku cakap semua orang- orangan tak boleh terima. Sakit gila jiwa aku.

Aku tak buat salah. tapi disalah fahamkan dan disalah ertikan

Tapi siapa la aku. yang harap orang nak jaga hati dan perasaan aku. Manusia yang rasanya tak bagi faedah kepada manusia yang lain. Mungkin jugak banyak menyusahkan. Walaupun aku rasa aku tak banyak menyusahkan orang-orangan.

Kalau aku masih diingat. Jangan tanya kenapa ada perubahan. Sebab perubahan ni untuk:

orang-orang yang sensitif

orang yang buat-buat sensitif

orang asyik mintak dijaga hati dan perasaan depa. tapi tak mau jaga hati dan perasaan aku.

Biar jiwa aku sakit. Tapi seronok lagi kalau depa turut rasa sakit. biar depa mohon maaf. Nampak macam berdendam. Tapi nawaitu hanya untuk merubah manusia yang agak bongkak.  mementingkan diri.

Sekian

Bila mata mula berat~

Salam

Hari ni lepas pekena McD ( dah berapa kali aku telan Mcd. mewah sungguh padahal dah nak papa kedana). Aku ambik set murah sikit. harga tak sampai rm10. Spicy McChicken Deluxe. Balik ofis. Mengantuk gila. Nak tidoq, keadaan tak berapa best. sebab kena tidoq atas meja. Nak cari lenguh satu badan. Tidoq pun tak berapa lena. Tapi mau ada katil ka, tikaq pun dah cukup. Hanyut....

Kat sini aku nak kongsi sikit tips nak hilangkan rasa mengantuk. Aku salin dan lekat daripada forum mana ntah. Aku ada bagi tau kat bawah. Saja-saja nak bergelak tawa sikit. Bagi kurang nafsu mengantuk.



Tip-tip agar hilang mengantuk di pejabat

• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.

• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.

Jika semua ini masih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...