Assalamualaikum
Pagi ni aku bangun awal, lepas dengar azan Subuh, terus terjaga, dalam hati ingat nak sambung lagi tidur (bisikan syaitan), tapi bila dengar muazzin masjid Sidam Kiri melaungkan kalimah
Solat itu lebih baik dari tidur |
terus aku bangun. Bersalah pulak rasa tak bangun. Lepas sembahyang Subuh dan baca Ma'surat (time rajin dan bangun awal) aku sambung tidur jap (jangan tiru aksi ini) tapi tak lena pun, setakat tidur-tidur ayam. Tambah-tambah pulak bila Cikgu hantar mesej suruh aku bangun sembahyang Subuh. Time tu dah 7.00 a.m. Tapi sekarang ni Subuh masuk waktu lambat, hari pun lambat siang. Oleh yang demikian la aku selalu terlajak tidur dan Subuh gajah (ada ka?). Lepas mandi dan bersiap, keluar rumah pukul 8.05a.m. Memandangkan hari ni Jumaat, jadi tak banyak sangat la kereta, lori, bekho dan sebagainya maka pemanduan aku tak banyak masalah. Sampai tempat kerja pun cepat 2 minit daripada hari biasa.
Lambat pulak aku rasa waktu berjalan hari ni, nak tunggu rehat jam 12.45p.m pun berjanggut jugak la rasa. Hari ni aku dengan kawan pi jalan-jalan kat Central Square. Tak dak benda yang best pun. Dok usha-usha beg, tak dak pulak yang murah-murah. semua RM40 keatas. Sebelum balik singgah Watson, beli barang sikit. Untungnya barang yang aku nak beli tu ada offer, BUY 1 FREE 1. Jadi kongsi dengan kawan. Dapat la separuh harga. Bagus. Jimat sikit duit aku.
Sampai tempat kerja, dah dekat pukul 3.00 p.m, 15 minit lewat. kalau selalu lewat mampus la. tapi kami ni jenis pekerja yang baik, kadang-kadang ja lambat, selalunya awal. Ha Ha. Esok Sabtu (22 Jan) kena kerja macam biasa. Adus. Tapi sebelah pagi ada ceramah Maal Hijrah ( dah lama lepas tapi baru nak buat) . Penceramah jemputan Prof Madya Dr Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya dengan tajuk 'Hijrah Dari Kaca Mata Malaysia Masa Kini".
Kalau aku diberi peluang untuk bagi pandangan pasal tajuk ni, rasanya Malaysia tak banyak berhijrah kepada yang tak baik kepada yang baik. Kalau dari segi gejala sosial, memang teruk sekarang, jangan cakap tempat lain, tempat aku sendiri pun boleh tahan teruk. Contoh, baru-baru ni aku tengok 3 orang budak perempuan (rasanya masih sekolah) hisap rokok. Secara terang-terang dan tak dak rasa malu langsung. Kalau bab kapel-kapel ni aku tak mau komen panjang sebab kena batang hidung sendiri. Nak kawan tu boleh tapi jangan sampai lebih-lebih. Sebab tu la sekarang banyak budak-budak sekolah, budak-budak U yang buang anak. Tak pernah pulak aku dengar orang yang dah kerja buang anak. Mana depa belajar pun aku tak tau, kalau nak cakap tengok tv, tak dak la sangat adegan-adegan yang teruk. Kalau CD dengan Internet, mungkin jugak la. Tambah-tambah pulak aku dengar ada cadangan nak bagi notebook dekat budak-budak sekolah. lagi la parah. Rasanya tak salah budak-budak buta IT, tak dak la jadi benda pelik-pelik. Kalau nak cerita bab sosial sampai esok pun tak habis.
Kita cakap bab agama. Rasanya banyak masjid-masjid kat Malaysia takut nak buat ceramah suka-suka hati. Silap-silap ustaz yang bagi ceramah kena gam. Padahal apa yang disampaikan tu betul, cuma bila terkena batang hidung sendiri, dituduh pulak berpolitik dalam masjid. Aku pun tak paham masalah diorang ni. Kalau tak betul, buat apa nak marah. Kata Malaysia negara demokrasi, rakyat bebas bersuara. Tapi apa yang aku nampak, kalau rakyat suarakan benda yang berbeza dengan perspektif kerajaan sekarang, siap la.
Bab ekonomi. Bab ni aku tak reti nak komen, sebab tak pandai. Yang aku tau, banyak harga barang baik. Nak turun susah. Tapi aku dengar cerita, bini pemimpin pakai baju yang kain harga beribu-ribu semeter. Tak layan la kalau kain pasang RM 48.00. bagi aku tu pun dah mahal. Kalau upah, bertambah mahal. Mungkin dia rajin bersedekah. Mana tau kan.
Bab pemimpin. Bini pemimpin ramai lagi yang tak berhijrah (tak pakai tudung). Bagaimana seorang pemimpin tak mampu nak suruh isteri dan anak-anak berhijrah. Padahal benda tu wajib. Aku pun bukan la baik sangat. Tapi sebagai pemimpin kena la tunjuk contoh. Rakyat boleh ikut. Ada pulak pemimpin yang isteri pakai tudung elok. Anak pulak bukak sana sini. Aku malas nak cakap sapa. Tapi aku cakap benda betul bukan main tembak.
Cukup rasanya pendapat aku. macam nak tulis panjang. Sebab aku geram dengan sesetengah blogger yang kutuk-kutuk sana sini. Sampai ulama' pun kena bantai sekali. Agak-agak la kawan. Esok kita tengok pulak apa pandangan Dr Hayati pasal hijrah ni. Sekian
No comments:
Post a Comment