Wednesday, January 5, 2011

Sekali sekala cakap politik

Salam

Aku dengan politik tak dak la rapat sangat. Tapi sekali sekala ckp pasal politik tak salah kan. Aku pun dah cukup umur nak mengundi. Mungkin tahun ni. Btol ka?.Aku tak berapa pasti bila.

Semalam aku layan berita.aku ni bukan rajin sangat nak layan berita time pukul 8 tu. sebab time tu la aku baru terhegeh-hegeh nak solat Maghrib.nak mandi. dan sebagainya. Berbalik pasal berita tadi. Aku ada tengok berita kat TV3 dan TV1. Dua-dua Tv cerita pasal politik.  Yang heran tu bila depa sibuk dok cerita benda-benda tak berapa baik pasal parti pembangkang. Aku bukan nak sebelah mana-mana parti. Tapi apa yang aku nampak. KETIDAKADILAN. Mereka menggunakan media sepenuhnya untuk mendedahkan salah pihak lain. Habis salah sendiri? Simpan buat pekasam. Kalu boleh makan dengan nasik panas tak pa la jugak. Kenapa salah diri sendiri tak diheboh-heboh. Tahu pulak malu. Tak faham aku. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Sepatutnya "berani kerana benar, takut kerana salah". Aku memang tak pandai cakap-cakap politik. Tak berani nak cakap lebih-lebih. Sebab ilmu tak cukup. Sekadar ambik tahu. Memang kena ambik tahu. Tak mau jadi macam lembu ditindik hidungnya. Kena ambik tau pihak sana cakap apa.pihak sini cakap apa. Baru buat penilaian. Tapi aku lebih terima pendapat pihak tu. Sebab pendapat dan bahasan pihak ni lebih meyakinkan berbanding pihak satu lagi. Pihak yang aku tak berapa terima pendapatnya selalu cakap berbelit-belit. Tiada bukti kukuh. Cakap bunyi angin. Haha.

Siapa pihak yang tak syok tu?

UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

Ternyata kesimpulan kat sini Media memang dipengaruhi pihak pemerintah.Kata negara demokrasi. Mungkin sebab adanya ketakutan dalam diri mereka. Terpaksa bertopeng. Untuk jaga periuk nasi karan sendiri. Sekali lagi aku nak tekankan kat sini. Aku hanya menyokong kebenaran. Bukan memilih ikut orang. Pilihan dari akal sendiri. Bangga jadi diri sendiri walaupun bukan menjadi kebanggaan orang lain.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...