Assalamualaikum.
Hari Jumaat pertama dalam tahun 2011.
Sejak dua menjak ni aku selalu rasa tak seronok. Boring kata org putih. Rasa kosong. Tak terisi dengan benda-benda yang seronok dan menyeronokkan menghiburkan walaupun ada macam-macam hiburan kat tv.Siang malam. tak berhenti-henti. Cakap pasal hiburan kat tv, sekarang ni aku hari-hari ( Isnin- Khamis) layan cerita TIRAMISU kat TV3 slot Akasia. Boleh tahan jugak la drama ni. Suka hati tengok Pierre Andre anak teruna Khatijah Tan tu belakon. Syarifah Amani punya lakonan biasa-biasa saja. Tapi kadang-kadang lakonan dia sedikit plastik. Tapi tu pendapat aku. Mungkin orang lain suka.
Tajuk lain.jalan cerita lain. HAHA.
Sekadar nak meluahkan rasa tak seronok. Apa yang tak seronok. Aku nak simpan ja dalam hati. Bukan jiwang. Tapi bila dah ada perubahan. Macam ni la aku rasa.
Rasa perasaan tak seronok tu kurang bila aku luahkan kat sini. Walaupun masih jadi tanda tanya. Tapi nak jadi tanda tanya sapa. Belum tentu ada yang baca blog aku.
Berbalik pasal hiburan tadi. 9 Januari ni ada Juara Lagu. Aku nak sokong HUJAN. seperti biasa. Seorang Raingers kena sokong walaupun tak menang. A.P.I boleh tahan. Kita tunggu dan lihat sebab ramalan aku bukan benar belaka.Tersasar sikit daripada kata-kata Umbrella.
Dah nak dekat 5.30 petang. sampai masa untuk balik. Tapi kena hiraukan kata-kata BOS. Balik lambat sikit daripada biasa.
p/s: Nak ucap terima kasih kat Mr Zahiril Adzim. Sebab dia aku tulis penuh. tak dak short form. Tak caya. layan blog dia. http://zahiriladzim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment