Thursday, February 28, 2013

Lagu Pilihan Februari ~

Assalamualaikum wbt ...

Lirik lagu yang sangat sweet, bermakna dan melodi yang merdu mengalun-alun tidak menyesakkan kepala melayannya. Lagu yang dimaksudkan, yang dipilih sepanjang Februari 2013 adalah Love You So by Maher Zain. Tapi jugak sangat menyukai versi melayunya yang menusuk kalbu iaitu Ku Milikmu. Dakwah melalui muzik. Jom layan. Confirm jatuh cinta.

Versi Melayu : Ku Milikku


sumber: Youtube


Versi Inggeris : Love You So


sumber: Youtube

Tuesday, February 19, 2013

Harapan~

Assalamualaikum wbt.

" Harapan 
  Harapan menjadi layu
  Ingin ku bahgia bersama
  Menjadi kenangan
  Memburu impian masa kita selamanya " 

Harapan by Hyper Act
------------------------------------------------------------

Entri ini dimulakan dengan chorus lagu Harapan yang jadi soundtrack Seindah Sakura slot Akasia TV3 satu ketika yang lalu. Dalam drama ni, watak Fahrin sangat-lah hampeh. Naik meluat aku tengok. Haha. 

sapa layan?

Kenapa aku bercakap pasal Harapan ni? Ye la hari ni agak hot dalam dunia artis bercerita pasal Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang?? Haha. Pelik kan.Depa ni sempat bertunang seminggu sahaja.  Kenapa la dia tak siasat dulu habis-habisan. Tapi tak pasti la tunang dia tu betul-betul isteri orang ka tak. Satu hal lagi pulak, Fizz ni sebenarnya sebelum-sebelum ni bercintan dengan Almy Nadia. Artis jugak. Tup-tup bertunang dengan minah lain. Kalau aku jadi si Fizz ni tak tau la nak letak muka kat mana. 

Ini la yang aku maksudkan, memberi harapan kepada orang lain,  but at last, dia sendiri yang memusnahkan harapan tersebut. Tak kisah la terjadinya benda-benda camni kat perempuan atau lelaki. Tapi kes yang jadi depan mata aku selalunya perempuan. hehe. 

Bukan nak sebelahkan perempuan sebab aku perempuan. Perempuan ni unik, walaupun nampak dia tu jenis outstanding habis, dia still malu dengan lelaki kot( tak semua, sesetengah!) . Kalau dah lelaki tu tak mboh, dia tak terhegeh-hegeh kot pujuk rayu (ingat, perempuan pon ada ego), tambah-tambah kalau lelaki tu bertunang atau kahwin senyap-senyap. Muka tetap senyum. Tapi kat dalam, sakit hati !!!! - Tuhan sahaja yang tau. Tabek spring la kat perempuan macam ni. 

Bagi yang tak berapa nak matang, mungkin ada yang akan ambik tindakan kurang cerdik kalau ditinggalkan oleh balak/pakwe/boyfriend-  macam tak dak semangat belajaq la, telan pil tidur banyak-banyak (terpengaruh dengan drama) bla bla. Sepatutnya kita kena fikir positif,  matang, redha dan percaya itu bukanlah jodoh kita beb. 

Lagi satu pesanan, bertunang jangan heboh-heboh sangat-diam diam sudah. Nabi Muhammad SAW sendiri menyarankan untuk merahsiakan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan. Time bertunang ni la nak kenai sama ada dia betoi betoi sesuai tak dengan kita. Tapi kalau hang tu artis lain cerita sikit la, orang buat senyap-senyap pon wartawan boleh hidu. Hehe. 

Pesanan Ustaz Azhar Idrus untuk LELAKI & PEREMPUAN : 


klik untuk besorkan imej


Monday, February 18, 2013

3 Tabiat Memandu yang Grrrrrr !!! ~

Assalamualaikum wbt.

Aku merupakan seorang pemandu kereta. Baru 3 tahun lebih memandu. Kira junior lagi la. Memandangkan hampir setiap hari memandu, macam-macam perangai pemandu yang dapat dilihat, yang paling tak best bila ianya menyakitkan hati dan menerbitkan maki hamun (dalam hati) haha. Aku senaraikan 3 ja la bersempena 3 tahun aku memandu. Huhu. 

=======================================================================

# 1 : Memandu Sambil Makan Angin

Memang hangin la kalau nak cepat sampai tempat kerja, kereta depan bawak kereta 60km/j. Kalau pemandunya warga emas boleh dimaafin lagi la. Ni tengok sihat, bertenaga, macho habis, bawak kereta slow  nak m****s. Bukan la nak mencarut. Dia tak rasa bersalah ka tengok kereta belakang berderet-deret. Bukan suruh kau bawak laju-laju, tapi gunakanlah kelajuan yang agak-agak tidak membuatkan orang lain mencarutkan kau. Ada pulak yang bersembang-sembang dengan orang sebelah, ntah apa yang disembangkan ntah, nak sembang pi la kedai makan, tak pon berhenti tepi jalan, hang sembang la puas-puas. Nak ingatkan, yang aku membebel ni untuk waktu pagi time orang sibuk pi kerja ja. Waktu-waktu lain aku tak kisah sangat. Hehe. 

# 2 : Terhegeh-hegeh masa lampu hijau.

Ni seekor lagi, masa lampu hijau dia buat lambat-lambat, elok lampu kuning baru hang reti nak tekan minyak.Banyak kali dah kena aku ni.  Sakit hati betoi aku. Kalau kuning nak slow tu memang aku tak kisah. Apa yang dia buat dalam kereta tu pun tak taw la, takkan dalam kereta hang buat kerja office kot. Tolong la fokus time memandu. Walaupun orang cakap hang skema, pedulikkan ja, daripada orang maki-maki belakang hang.  

# 3 : Brek, Brek, Brek dan Brek...Bre...kkkkk...

Sakit jiwa gak spesies jenis suka main brek-brek ni. Padahal jauh g kereta kat depan nun. Mungkin ni spesies trauma, tak pon sms sambil memandu, syok menyembang ngan partner sebelah atau belakang yang paling best buat kerja-kerja office dalam kereta, buzy melampau la katakan. 

========================================================================

So, saranan aku, tolong-lah fokus semasa memandu, aku pon pernah tak fokus, dan pernah sondol kereta orang yang merupakan seorang peguam!!!. Sekarang ni memang selalu berhati-hati la, tapi kalau nak kena gak, memang tak boleh nak elak la kan. Tapi tak salah kalau mencegah dari awal. Pandu cermat, nyawa selamat, jangan lambat sangat sampai orang maki tak hengat ;))

Orang Baru~

Assalamualaikum wbt. 

Tajuk macam sambut anak atau kakak/abang/adik ipar pulak kan. Anak sedara baru mungkin. Bulan Mac ini. Campur tolak bahagi darab dah nak masuk 10 orang anak sedara aku. Ramai kan? Kalau semua balik memang tunggang langgang rumah. Haha.

Berbalik kepada tajuk yang diberi, yang dimaksudkan adalah student INSEP yang baru. INSEP tu stand for Industrial Skills Enhancement Programme untuk lepasan diploma atau ijazah. Maklumat lanjut boleh search kat http://www.kismec.org.my 

Kalau ikutkan aku ni bukan la rapat sangat dengan students aku, tetapi memandangkan bilik aku sebelah kelas depa, kira kena rapat gak la. Nanti di-cop berlagak pulak kan. Memang tak dinafikan depa ni semuanya ok-ok belaka dan yang uniknya setiap batch lain-lain perangai. Banyak aktiviti yang aku join sekaki macam jungle trekking, main bowling, makan-makan, main netball dan sewaktu dengannya. 

Gambaq-gambaq and video kat bawah ni la batch yang baru habis belajaq kat sini (minggu lepas). Tak ramai 10 orang ja yang terdiri daripada Ali, Afiq, Faris, Din, Saiful, Adib, Rahim, Alex, Shahdan dan jugak Sabri. Sila-lah tonton sebagai kenangan. Huhu. Semoga berjumpa lagi kalau ada umur yang panjang ;)



BBQ Pantai Merdeka 
BBQ Pantai Merdeka
Terjah Monkey Beach

Jalan-Jalan atas Titian Kanopi Taman Negara Pulau Pinang

Kemarin, 18 Februari 2013 masuk lagi satu batch. Setiap kali masuk ja batch baru, aku macam segan-segan skit la. Setakat ni memang tak pernah ada masalah, mula-mula ja aku jadi segan gila bak hang. Haha. Harap-harap depa-depa ni pon ok-ok jugak. Ada 8 lelaki 3 perempuan. Tak sempat nak berkenalan, dan selalunya tak pernah berkenalan secara formal, kenai secara semulajadi. 



Sunday, December 16, 2012

Kegemaran~

Assalamualaikum....

Lama bebenor aku tak update blog ni. Last update pon entri versi lepas geram. Rasa nak buat blog baru, tapi macam dah lupa steps. Malas plak nak searching bagai. Lagipun perasaan geram tu dah hilang. Aku dah mula bukak buku baru lepas buku lama tu aku humban dalam tangki najis. Tempat yang selayaknya. Haha. Metafora sahaja. Lupakan hamba Allah yang tak berapa nak berguna tuh. I mean, tak berguna dalam hidup aku. 

Tukar topik.....

Pernah layan Misteri Malam TV9. First time layan masa Daphne Iking dok story pasal dia punya pengalaman seram. Disebabkan aku tertengok separuh jalan, tahap keseraman tu tak tinggi sangat. Lepas cerita Daphne, Awi Rafael pulak cerita his creepy experience. Memang seram habis, tambah aku dok sorang malam tu. Tak sempat habis dia cerita aku dah tukaq channel. Haha. 

myKECOH..aku pon tak sure awat aku suka sangat kat mamat ni. Haha.  Cilok dari  blogger  azharoldtown TQ.  
6 Progresif pon best gak. Aku memang suka cerita-cerita yang ringan camni. Boleh layan dan gelak-gelak. Tambah-tambah ada 'abu' aku as KECOH , memang tak akan miss la kalau tiada aral melintang. Minggu lepas aku skip cerita ni sebab layan Malaysia vs Thailand, Piala Suzuki AFF. Kalah plak tu. Game pon boring. Boleh tengok kat tonton, tapi kalau asyik loading ja, malas plak nak tgk. 

Lagi satu cerita yang aku akan cuba untuk tidak missed ialah Pretty Little Liars yang misteri dengan watak A tu, sampi kesudah tak tau sapa itu A. Tapi kalau google, PLL ni dah masuk Season 3, tapi kat Malaysia baru ada Season 2. Confirm la Season 2 ni still tak tau sapa A tu. Jenuh la nak menunggu...huhu

Cukup la kot 3 cerita. Ada banyak lagi, sebab aku hantu tv. Tapi next time sambung....adios



Friday, September 7, 2012

I'm Sorry !


Assalamualaikum.

Langit Menangis. Lagu Nazim Othman dalam Dejavu di Kinabalu. Bukan nak cakap pasal lagu ni cuma terasa macam aku dah buat seseorang sedih sehingga wujud post di mukabuku 'hari yang menyedihkan'. Perh..sejak sekian lama, buat pertama kali rasanya membuatkan orang terasa dengan kelantangan lidah penulisanku. 

Rasanya dah banyak kali aku cakap benda sama. Cuma kali sebab aku dah tersangat-sangat- sangatlah kecewa tahap dewa, terpaksa jugak lepaskan semua. Walaupun mata dia dah naik juling, kepala pening, mental tertekan dek tulisan aku yang macam &^^%%&. 

So sorry kawan. InsyaAllah itu yang terakhir. Yes yang terakhir. Aku nak tenang. No more serabut-serabut. 

Monday, September 3, 2012

Sabaq~

Assalamualaikum...

kalau boleh marah depan-depan hidung,mata macam ni baru puas hati!!

TAPI

Marah Itu Dari Syaitan. Jadi Bersabarlah Seboleh Mungkin

Ada orang,  selalu ambik ringan pasal perasaan orang lain.orang yang dah banyak berjasa. Orang yang sanggup pentingkan orang lain dari diri sendiri. Sanggup bersusah untuk kesenangan orang lain. Jauh sekali nak merungut, nak menghampakan perasaan. Tak pernah mengungkit depan-depan. Nak jaga hati punya pasal. Tak mau orang cop mengungkit. Buruk siku. 

Siap kena layan macam kain buruk. Macam tunggui. Lagi teruk kalau kena bambu sekali. Ikut hati mau ja bagi sepakan penalti. Bukan nak suruh balas jasa. Tapi cukup dengan rasa hormat. Ni tak, boleh persoal lagi. Ikut hati mau ja report kat mak bapak dia. Takot dicop Bodoh Lembu plak. Sapa suruh hang baik hati sangat. 

Walaupun dalam hati marah berbakui-bakui. Kat depan-depan tak berani plak nak bersuara. Lidah kelu seribu bahasa. Marah berlapik-lapik. Tapi orang kalau dah buta hati, tak kan paham la apa yang nak disampai. Dibuat derk lagi ada la. Sangat tak paham bila dia boleh buat-buat tak paham apa yang cuba dipahamkan. Kena sound sekali baru dia nak paham kot. Asyik dok diam sampai bila pon dia tak mau berubah. 

Mungkin jugak jalan terbaik adalah lari jauh-jauh. Macam pernah dibuat dulu, lari jauh-jauh, lastly dia kembali. 3 tahun lebih. Rasanya cukup jauh berlari. Tapi dia kembali akhirnya tanpa menyebut pasal kisah-kisah yang dah jadi sejarah yang tak pernah padam dalam otak. 

Perh...benda pa la yang dok merepek. Tension gila. Dah tak tahan kot ngan sikap seorang, dan beberapa orang manusia tu. Ayat, tindakan manusia tu tadi memang betoi-betoi menambah tahap kebengangan. Depan-depan. Masa hati tengah HOT. Astaghfirullah. 

Ya Allah, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Dan itulah yang cuba dijaga walaupun dah terlampias sedikit. 

-the end-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...