Tuesday, November 8, 2011


Assalamualaikum wbt.

Pernah nampak atau perasan tak gambar kat atas ni? Selalunya kita boleh nampak kat bandar-bandar besar. Kalau setakat pekan Padang Serai, tak dak kot. Aku dulu pun tak tau apa fungsi laluan kuning yang mempunyai permukaan sedemikian. 

Hari tu ada layan 360 kat TV3. Penah tengok? Aku jarang tengok, kalau ada topik menarik baru tengok. Tapi episod minggu tu pasal laluan kuning ni la. Rupa-rupanya untuk orang cacat penglihatan. Orang cacat penglihatan ni, memiliki deria sentuhan yang sangat peka dan sensitif. Sebab tu depa boleh baca tulisan Braille. Selama ni dok ingat laluan ni hanya untuk mencantikkan jalan. Konservatif betoi. Jadi bagi orang cacat penglihatan yang perlu bergerak seorang diri, depa refer kat laluan ni la untuk mengelakkan mereka langgar tiang ka, masuk longkang ka. Tak perlu la mereka mengharapkan bantuan orang ramai 100%. 

Tapi ada jugak orang yang tak berapa nak prihatin boleh pulak g parking kenderaan kat area yang ada laluan ni. Jadi benda ni boleh mengganggu perjalanan golongan istimewa ini. Pihak berkuasa perlu la lebih tegas dalam menangani hal ni. Orang-orang yang sihat walafiat pulak perlu lebih prihatin. Rasanya ada jugak yang tak tau fungsi laluan ni. Sekian. 


Friday, November 4, 2011

Novel~

Assalamualaikum wbt

Bukan nak ulas sangat pasal novel. Just nak cerita novel-novel RAMLEE AWANG MURSHID (RAM) yang aku dah baca dan akan baca. 




Ni novel terbaru yang aku beli, BAGAIKAN PUTERI . Sejak bila ntah aku dok gila beli novel. Macam aku penah tulis dulu aku teringin nak kumpul koleksi novel-novel karya Ramlee Awang Murshid. Tak tau la best ka tak sebab belum mula baca lagi, tapi tengok sinopsis macam best sebab ada kisah dua zaman yakni zaman dulu ala-ala zaman pahlawan dan masa sekarang. 

Sebelum novel BAGAIKAN PUTERI, aku baru ja menghabiskan MANDATORI. Apa yang best pasal MANDATORI ni, ada seorang lelaki yang mempunyai 4 perwatakan. Terjadinya empat watak ini disebabkan kisah hidup yang terpaksa diharungi. 



Sebelum MANDATORI aku layan RAYYAN FANTASI. Haa..yang ni bila aku dah mula baca tak boleh nak berenti. Kira ni novel paling laju la aku habiskan. Tajuk pun ada perkataan Fantasi, jadi jalan cerita novel ni agak fantasi. Ala-ala Filem THOR la pulak. 



UNGU KARMILA ni pulak aku beli masa zaman ngaji kat USM dulu. Kira novel pertama RAM yang aku beli dengan duit sendiri. Novel ni ok jugak, ada unsur seram, kadang-kadang rasa meremang jugak baca tengah-tengah malam, sorang-sorang. 



HATIKU DI HARAJUKU novel yang pernah aku baca. Tu pun pinjam kat member. Kalau boleh nak beli, tambah koleksi. Bagi aku sangat menarik. Tapi ada jugak bagi ulasan tak best. Mungkin itu pendapat masing-masing. 

Wednesday, November 2, 2011

Pallas Jazz~

Assalamualaikum wbt.

Alahai lama gila tak post apa-apa kat blog ni. Perasaan nak meng'update' apa-apa entri tak dak langsung. Bajet nak buat blog tak mau bagi orang tau identiti. Tapi bila orang tau macam malas pulak nak menulis. Tambah-tambah cerita peribadi. Aku jenis pemalu. Abaikan.

Dua tiga hari ni aku asyik teringat zaman sekolah menengah pulak. Paling rindu nak pakai baju sekolah dan kasut sekolah. Dulu kasut paling aku jaga. Aku mampu pakai jenama Pallas Jazz ja. Design sempoi. Kena dengan jiwa dan raga.

~Pallas Jazz pujaan hati satu masa dulu ~

Design ni la yang selalu jadi pilihan. Tak taw sebab pa. Haha. Lagi satu suka ubah cara ikat tali kasut. Tu pun sebab dok tiru kak-kak satu dorm yang agak gila-gila. Kapur kasut mesti taruk nila sikit. Kasi nampak biru. Kalau putih asal tak menyerlah sangat. Kalau hari pertama sekolah (Ahad) kasut mesti la putih bersih lagi, mai tengah hari kadang-kadang ada la member-member terpijak. Siap ambik pemadam padam. Tak tahan. Punya la jaga. Aduss rindu-rindu. Ni kes aku tolong sapu kapuq kat kasut sekolah anak sedara aku la ni. Hehe.

Banyak lagi la benda nak cerita pasal zaman sekolah, tapi hari ni nak cerita yang ni ja. Huhu

Monday, August 8, 2011

Slow Motion Frame by Frame~

Today I don't feel like doing anything   
                                                              I just wanna lay in my bed
                                                         Don't feel like picking up my phone,
                                                           so leave a message at the tone'
                                                    Cause today I swear I'm not doing anything   

~ LAZY SONG by Bruno Mars


Lirik lagu ini adalah hiasan semata-mata

Alahai hari ni semuanya lambat. Sampai tempat kerja lambat. Tak banyak pun, aku sampai pada jam 8:31:57. 

Hari ni internet punya speed pon macam siput daa. Lambat.

Lagi satu yang lambat. MASA. Terasa lambat gila jam berjalan. Sabar ja la. Kalau boleh membuta time-time macam ni kan syok. Tapi masalahnya aku kat office, kalau kat rumah dah lama kot. 


Today dah masuk 9 Ramadhan, bermakna hampir 1/3 part daripada jumlah hari berpuasa. Tapi dah berapa juzuk dah cover? Masa tazkirah hari tu ustaz tu ada bagitau, dalam setahun kita kena khatam Al-Quran sekurang-kurang 2 kali setahun. Bermakna sekali dalam bulan Ramadhan dan sekali lagi di luar bulan Ramadhan.     


Marilah sama-sama kita renung-renungkan terutamanya aku.HUHU

Ramadhan itu awalnya adalah rahmat, tengahnya adalah maghfirah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.





Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN KAREEM



Puasa datang lagi...

1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011 bersamaan dengan ulangtahun kelahiran seorang TEMAN 1 Ogos 1988-2011.

Selamat Berpuasa kepada seluruh UMAT ISLAM di PLANET EARTH ni.

Semoga Ramadhan kali ni lebih-lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan yang lepas.

Amin..

Tazkirah Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".

Tuesday, July 26, 2011

Lambat sudah~

Assalamualaikum

Hari ni aku lambat lagi. Aduss. Ni semua gara-gara kes sambung tidoq balik. Aku ni benda paling susah nak buat dalam hidup. BANGUN PAGI. Memalukan betol.

Bila dah lambat, sure sampai tempat kerja pun lambat. Bila dah scan dah merah. Minggu ni dah 2 kali aku merah. Setakat ni tak la kena sound dengan big boss. Tapi kena perli dengan member-member ada la jugak. Sekali pernah member aku cakap aku ni MISS MERAH. Tapi aku tak ambik hati. Sebab memang betoi. Haha.

Antara faktor utama aku sampai lambat, semestinya la sebab bangun lambat. Tapi ditambah dengan faktor-faktor lain menyebabkan aku bertambah-tambah lambat. Kalau lambat sebab bersolek sakan, memang tak boleh terima la, tambah-tambah kalu aku dah lambat, 5 minit ja aku boleh bersiap. 

Faktor-faktor sampingan yang aku sebut tadi adalah seperti berikut.

1. Kebanjiran Kenderaan Berat 
Memang tak dinafikan la, laluan yang aku selalu guna untuk mai keja memang menjadi laluan fevret kepada lori-lori, treler-treler yang berganda besaq daripada kereta kecilku. Tak kisahlah depa nak guna jalan tu, tapi masalahnya bila dah berat, mesti la lambat. Hadoi. Kadang-kadang aku boleh ja sampai tepat pada waktu, tapi disebabkan kemunculan makhluk raksasa ni, aku lagi la lambat. Nak membuat pemotongan memang tak selamat. Dah la single lane. Kalau dua lane macam kat highway tu kan senang. 

Jadi aku rasa, kenderaan berat macam depa ni kena la start bergerak dalam pukul 8.30 keatas. Tambah-tambah waktu kemuncak orang nak pi keja dalam area 8.00-8.30 pagi. Lepas tu depa nak beratur dari Sungai Petani sampai Padang Serai pun tak pa dah. 

2. Kereta Mahai Tapi Bawak Slow
Ni satu lagi aku pantang, pakai kereta cun mahai dah, tapi bawak pulak slow. Tengok meter 240km/j...tapi bawak tak sampai 80 km/j kot. Aku nak potong satgi depa kata tak padan ngan kereta kecik. Tapi aku potong kalau  selamat, time tak selamat tu yang aku agak bengang. Macam tadi, pakai Toyota Vios, bawak slow, pastu time 2 lorong dia ambik belah kanan, belah kiri pun banyak kereta. Sabaq ja la. 

3. Traffic Light Tak Munasabah
Ada la traffic light sebelum sampai tempat kerja aku lembab nak mampos. Padahal jalan tu tak sibuk sangat pun. Kalau ada number aku rasa kena tunggu 99 saat dah. Kadang-kadang tak dak kereta pun, kena jugak tunggu. Aduhai. Patutnya orang yang set tu, usha line la dulu. Baru set. Ni men tembak ja. 

Aku bukan la nak buat alasan. Tapi benda ni hanya nak membantu orang yang kadang-kadang terlambat bangun. Bukan sengaja pon nak bangun lambat. Haha. Boleh terima ka. 

Ni pendapat aku ja la, sebab rumah aku dikira jauh gak dari tempat kerja. Kalau sapa-sapa yang dekat, tapi mai lambat gak. Aku no comment la.Haha

:: L.e.w.a.t ::

seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.



Monday, July 25, 2011

Lama sudah~

Assalamulaikum

Haha..lama betul den tak tulis. Sejak dua menjak tiga menjak ni asyik menjenguk blog orang. Blog sendiri bersawang. Den tengok follower pun tak bertambah. So rasa boleh stop sementara aktiviti posting memosting. Haha. 

Lagipun tak dak cerita best pon yang jadi dalam hidup den selama den tak menulis. Banyaknya benda yang jadi menghabiskan duit den, menyakitkan hati den. Den pulak memang tak suka sangat nak kongsi kesedihan dan kepayahan den. Rasanya elok den simpan dalam. Biaq makan dalam. Biaq den sorang-sorang ja tanggung. 

Pejam celik pejam celik minggu depan dah masuk Bulan Ramadhan. Aii..cepat sungguh la masa berlalu. Tapi den ja yang tak banyak berubah. Masih ditakuk lama. Kalau ikutkan kita perlu ubah diri kita. Maksudnya hari ni perlu lebih baik daripada semalam. Tak boleh lebih teruk. Tapi den rasa, kadang-kadang tu ja lebih baik, selalunya lebih teruk daripada semalam. 

Tapi Ramadhan tahun ni den macam berazam nak buat sesuatu, tapi tak tau la menjadi ka tak. Haha. Kang den takut orang cakap den nak menunjuk-nunjuk pulak. Tapi biaq la orang nak mengata den ni hangat-hangat tahi ayam ka. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Mungkin tahun ni kita tak boleh sempurnakan, InsyaAllah kalau ada umur yang panjang, bertemu lagi dengan Ramadhan, kita boleh perbaiki lagi. 


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...