Monday, January 17, 2011

Movie Marathon

Salam.

Hari sabtu lepas ( 15 Jan 2011) aku dengan adik-adik buat movie marathon. 2 cerita ja mampu. tu pun dah habis rm60 ( 3 orang + 2 movie) membazir tahap cipan. tapi berbaloi aku layan movie kali ni.

First Muvi: Faster
filem boleh tahan best. tak rugi kalau tengok. tak tengok pun tak rugi. sekadar hiburan.
Cerita ni start 2.20pm. tapi kami sampai Village Mall. 2.24pm. agak lambat. tapi nasib baik sempat jugak beli tiket. Memang bersesuaian dengan Muvi yang kami nak tengok tu. Jalan cerita boleh tahan. tak serabut kepala. ada jugak teka-teki sikit. Bagus jugak buatkan cerita tak jadi terlalu mendatar dan membosankan macam cerita Damping Malam. Bintang utama Faster, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock. yang lain-lain aku tak berapa kenal. Ada tiga watak utama Driver (The rock), Cop (tak kenal mamat ni), dan Killer (pun aku tak kenal). Watak Driver dengan Cop ok dan wajar tetapi watak Killer tak berapa masyuk. tambah-tambah babak dia dengan aweknya. Memang tak perlu. Tapi biasa la filem mat saleh. mesti nak jugak menyelitkan unsur-unsur porno. Tapi bagusnya tengok wayang, babak-babak sedemikian dipotong.  aku boleh bagi 4.5 bintang untuk filem ni. Tema filem ni, Balas dendam. Kalau nak baca sinopsis boleh cari kat google ataupun cari kat sini.

http://www.filmofilia.com/2010/09/06/dwayne-johnsons-faster-poster/

Second Muvi: Khurafat



Durasi muvi ni tak lama dalam masa 1 jam 20 minit. tapi banyak adegan terkejut. seram tak berapa. memuaskan hati berbanding cerita seram melayu yang aku tengok sebelum ni ( Janin dan Damping Malam). Banyak gila hantu kiri kanan atas bawah. Yang bestnya tu bila ending yang tak disangka-sangka. Bagus jugak jalan cerita. Kredit kepada Syamsul Yusof sebagai pengarah dan watak utama ataupun hero muvi ni. Pelakon lain-lain, Liyana Jasmay (bini syamsul atau johan), Sabrina Ali ( Anna atau hantu), Fauziah Nawi ( mak johan) dan lain-lain. Aku boleh bagi 4 bintang. Sinopsis macam biasa boleh cari kat google. melambak-lambak. aku malas nak tulis panjang-panjang. ha ha. tak pun cari kat link bawah ni.  

http://www.hollywood91.com/01/khurafat-movie-screen-cinema-great-day-tiramisu-tv3-fasha-sandha-dan-jejai.html

Monday, January 10, 2011

Perubahan~

Salam

Mulai dari tarikh hari ni. ( 11.1.11) aku akan belajar untuk mengurangkan bercakap benda-benda yang tak perlu dan perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang sensitif ataupun yang buat-buat sensitif. yang tak best tu bila apa yang orang-orangan cakap aku boleh tahan. tapi apa yang aku cakap semua orang- orangan tak boleh terima. Sakit gila jiwa aku.

Aku tak buat salah. tapi disalah fahamkan dan disalah ertikan

Tapi siapa la aku. yang harap orang nak jaga hati dan perasaan aku. Manusia yang rasanya tak bagi faedah kepada manusia yang lain. Mungkin jugak banyak menyusahkan. Walaupun aku rasa aku tak banyak menyusahkan orang-orangan.

Kalau aku masih diingat. Jangan tanya kenapa ada perubahan. Sebab perubahan ni untuk:

orang-orang yang sensitif

orang yang buat-buat sensitif

orang asyik mintak dijaga hati dan perasaan depa. tapi tak mau jaga hati dan perasaan aku.

Biar jiwa aku sakit. Tapi seronok lagi kalau depa turut rasa sakit. biar depa mohon maaf. Nampak macam berdendam. Tapi nawaitu hanya untuk merubah manusia yang agak bongkak.  mementingkan diri.

Sekian

Bila mata mula berat~

Salam

Hari ni lepas pekena McD ( dah berapa kali aku telan Mcd. mewah sungguh padahal dah nak papa kedana). Aku ambik set murah sikit. harga tak sampai rm10. Spicy McChicken Deluxe. Balik ofis. Mengantuk gila. Nak tidoq, keadaan tak berapa best. sebab kena tidoq atas meja. Nak cari lenguh satu badan. Tidoq pun tak berapa lena. Tapi mau ada katil ka, tikaq pun dah cukup. Hanyut....

Kat sini aku nak kongsi sikit tips nak hilangkan rasa mengantuk. Aku salin dan lekat daripada forum mana ntah. Aku ada bagi tau kat bawah. Saja-saja nak bergelak tawa sikit. Bagi kurang nafsu mengantuk.



Tip-tip agar hilang mengantuk di pejabat

• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.

• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.

Jika semua ini masih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai)

Sunday, January 9, 2011

AJL 25

Assalamualaikum

Dipendekkan cerita. Semalam (9 Jan 2011) telah berlangsungnya AJL 25. Aku punya ramalan memang tak mengena langsung. Ha Ha Ha. Kalau diputarkan kembali memori. Masa Meet Uncle Hussein menang. Memang depa menjadi target aku. 

antara yang menjadi ramalan aku
Tapi yang tensionnya boleh pulak aku tertidur masa depa umum sapa yang menang. Hampeh betul aku. Jaga-jaga. Faizal Cheryl dan Ally Iskandar dah nak cakap bye bye.


adegan kat mana aku tak tau

'Tolong Ingatkan Aku- Ana Raffali' yang menang. Agak tak berapa puas hati. Mungkin sebab aku tak berapa paham lirik dan tak berapa jelas masa dia nyanyi lagu tu. dan aku pun tak pernah gatai tangan dan tak pernah rajin nak cari lirik. tak berminat kot. Yang aku perasan masa Ana buat persembahan. muncul Zahiril Adzim. walaupun dia x bagi apa-apa effect ( pendapat aku), tapi mungkin sebab dia jugak Ana boleh menang. Tak Boleh pakai langsung aku punya kesimpulan. Seratus peratus tak betul. Dah Juri dah suka lagu tu. Tambah-tambah Sifu M. Nasir yang jadi ketua juri.

Kalau perasan. Lagu M. Nasir pun guna bait-bait lirik yang jenuh nak paham. Tak jelas. Senarai artis yang menang jugak semalam:

Drama King ( Black & M.U.H)- 2.
Noktah Cinta ( Hafiz) -3
Hanyut ( FT)- Persembahan terbaik
Noktah Cinta ( Hafiz) - Vokal terbaik



tak berapa minat cuma suspek dengan bakat

memang mantap walaupun kadang-kadang sikit terlebih
Secara peribadi. Persembahan Berlari ( Tomok) dan Hanyut ( FT) yang agak menarik dan aku suka. Patut menang. Apa-apa pun kemenangan dah tersurat. Dah tak boleh ditarik balik. Terima seadanya.   

p/s: Tolong Maafkan Aku.

Friday, January 7, 2011

Bila hati rasa tak seronok.

Assalamualaikum.

Hari Jumaat pertama dalam tahun 2011.

Sejak dua menjak ni aku selalu rasa tak seronok. Boring kata org putih. Rasa kosong. Tak terisi dengan benda-benda yang seronok dan menyeronokkan menghiburkan walaupun ada macam-macam hiburan kat tv.Siang malam. tak berhenti-henti. Cakap pasal hiburan kat tv, sekarang ni aku hari-hari ( Isnin- Khamis) layan cerita TIRAMISU kat TV3 slot Akasia. Boleh tahan jugak la drama ni. Suka hati tengok Pierre Andre anak teruna Khatijah Tan tu belakon. Syarifah Amani punya lakonan biasa-biasa saja. Tapi kadang-kadang lakonan dia sedikit plastik. Tapi tu pendapat aku. Mungkin orang lain suka.  

Tajuk lain.jalan cerita lain. HAHA.

Sekadar nak meluahkan rasa tak seronok. Apa yang tak seronok. Aku nak simpan ja dalam hati. Bukan jiwang. Tapi bila dah ada perubahan. Macam ni la aku rasa.

Rasa perasaan tak seronok tu kurang bila aku luahkan kat sini. Walaupun masih jadi tanda tanya. Tapi nak jadi tanda tanya sapa. Belum tentu ada yang baca blog aku.

Berbalik pasal hiburan tadi. 9 Januari ni ada Juara Lagu. Aku nak sokong HUJAN. seperti biasa. Seorang Raingers kena sokong walaupun tak menang. A.P.I boleh tahan. Kita tunggu dan lihat sebab ramalan aku bukan benar belaka.Tersasar sikit daripada kata-kata Umbrella.  

Dah nak dekat 5.30 petang. sampai masa untuk balik. Tapi kena hiraukan kata-kata BOS. Balik lambat sikit daripada biasa.

p/s: Nak ucap terima kasih kat Mr Zahiril Adzim. Sebab dia aku tulis penuh. tak dak short form. Tak caya. layan blog dia. http://zahiriladzim.blogspot.com/





Wednesday, January 5, 2011

Sekali sekala cakap politik

Salam

Aku dengan politik tak dak la rapat sangat. Tapi sekali sekala ckp pasal politik tak salah kan. Aku pun dah cukup umur nak mengundi. Mungkin tahun ni. Btol ka?.Aku tak berapa pasti bila.

Semalam aku layan berita.aku ni bukan rajin sangat nak layan berita time pukul 8 tu. sebab time tu la aku baru terhegeh-hegeh nak solat Maghrib.nak mandi. dan sebagainya. Berbalik pasal berita tadi. Aku ada tengok berita kat TV3 dan TV1. Dua-dua Tv cerita pasal politik.  Yang heran tu bila depa sibuk dok cerita benda-benda tak berapa baik pasal parti pembangkang. Aku bukan nak sebelah mana-mana parti. Tapi apa yang aku nampak. KETIDAKADILAN. Mereka menggunakan media sepenuhnya untuk mendedahkan salah pihak lain. Habis salah sendiri? Simpan buat pekasam. Kalu boleh makan dengan nasik panas tak pa la jugak. Kenapa salah diri sendiri tak diheboh-heboh. Tahu pulak malu. Tak faham aku. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Sepatutnya "berani kerana benar, takut kerana salah". Aku memang tak pandai cakap-cakap politik. Tak berani nak cakap lebih-lebih. Sebab ilmu tak cukup. Sekadar ambik tahu. Memang kena ambik tahu. Tak mau jadi macam lembu ditindik hidungnya. Kena ambik tau pihak sana cakap apa.pihak sini cakap apa. Baru buat penilaian. Tapi aku lebih terima pendapat pihak tu. Sebab pendapat dan bahasan pihak ni lebih meyakinkan berbanding pihak satu lagi. Pihak yang aku tak berapa terima pendapatnya selalu cakap berbelit-belit. Tiada bukti kukuh. Cakap bunyi angin. Haha.

Siapa pihak yang tak syok tu?

UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

Ternyata kesimpulan kat sini Media memang dipengaruhi pihak pemerintah.Kata negara demokrasi. Mungkin sebab adanya ketakutan dalam diri mereka. Terpaksa bertopeng. Untuk jaga periuk nasi karan sendiri. Sekali lagi aku nak tekankan kat sini. Aku hanya menyokong kebenaran. Bukan memilih ikut orang. Pilihan dari akal sendiri. Bangga jadi diri sendiri walaupun bukan menjadi kebanggaan orang lain.


Tuesday, January 4, 2011

Sekitar Hari2 di Tahun Baru

Salam

1 Januari 2011
Buat pertama kali aku jmpak Amy Search depan mata. hehe. Amy mai Kepala Batas, Penang sempena Family Day First Solar. Tempat abg aku kerja. Dia nyanyi 5 lagu. Lagu 1st tu aku x sure tajuknya apa.Pastu lagu Kerja Gila, Gadisku, Rozana dan Isabella. Syok gak la walaupun aku x la minat sgt Amy Search. Nyanyian dia pn still mantap mcm kt lam tv jugak. Performance dalam 30 minit lebih ja. Enjoy gak. G Family Day ni byak makan ja.Nk men x byak kupon lak.Hampeh btol.

2 Januari  2011
Pas g kenduri kat Kg Banggol ( dekat2 ngan kg aku jugak), g CS lak. Saja menghabiskan masa yang boring kt umah. Tgk wayang ja la xtvt yang agak best pn. Layan DAMPING MALAM. Aduhai.seram tu seram la jugak.tapi x btol2 myeramkan aku, terkejut2 ada la.macam ada bnda yang kurang. x puas hati. klimaks pn x brapa mantap.Dah 2 kali aku layan filem Melayu seram.dua2 filem aku x puas hati.Nasib baik tiket rm7 ja. Pas layan muvi. Layan Mcd Properity Burger. Murah plak burger ni aku rasa. Sblom ni mcm mahal. Pas2 balik rumah.

4 Januari 2011
Xdak benda yang best kt tempat kerja aku hari ni. Cuma CPU Pc aku kena tukar. Dah la x smpat nk wat Backup. Mmpos la aku kalu suma data xleh nk cri balik. Ya Allah.Mudahkan la urusan mereka yang akan mencari backup file 2. Mungkin depa buat hari ni atau esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...